00
Pʀᴏʟᴏɢ
_______________________________________
"Hukuman telah dijatuhkan kepada anak malang itu."
"......"
"Memang patut dia dihukum pancung. Dia sudah melakukan suatu jenayah berat."
"....."
"Mengapa dia begitu berani sekali melanggar aturan kerajaan ini? Tidak sayang nyawa betul."
"....."
"Kedegilan dialah yang membawa kepada kematian dia. Sekali engkau langgar aturan raja, tidak ada sesiapa yang dapat terlepas daripada hukumannya."
"....."
"Bodoh sungguh! Harusnya dia sudah tahu, mengambil buah suci di taman istana adalah larangan yang ketiga dalam aturan raja."
Siapa yang mereka ceritakan? Mengapa dia tidak ingat sedikit pun tentang apa yang berlaku?
Siapa yang diberi hukuman hanya kerana sebiji buah suci milik raja?
_______
"Ini semua berpunca daripada engkau!"
Apa salah aku?
"Kalau bukan disebabkan engkau, dia takkan mati!"
Mengapa hati aku rasa sakit tapi tidak ingat apa yang berlaku.
_______
Darah ada di mana-mana. Kekuatan apa yang aku rasakan ini? Mengapa tubuhku luka dan penuh dengan darah?
Telingaku menangkap bunyi teriakan. Perasaan apakah ini? Takut?
_______
Tubuhnya tergeletak di atas tanah. Hanya mampu melihat pemandangan langit merah seperti hari hendak kiamat.
Seluruh tenaganya sudah habis. Pedang bulan sabit ganda yang selalu setia bersamanya masih tergenggam kemas di kedua belah tangannya. Walaupun pertarungannya sudah berakhir dengan diakhiri dengan kekalahannya, pedang itu masih digenggam tidak mahu dibiarkan lepas.
Tiba-tiba bibirnya tersenyum sinis dan pada akhirnya dia tertawa. Namun, jauh di sudut hatinya dia sangat sedih dan kecewa. Dia tertawa dan tersenyum sinis bukan untuk orang lain tetapi untuk dirinya sendiri.
"Saya...gagal lagi. Kutukan dewa akan terus berlanjutan. Hahaha. Bila agaknya...kutukan ini akan berakhir? Saya...sudah penat. Saya...tak larat lagi."
Di tubir matanya, dia mengalirkan air matanya buat kali yang terakhir. Setelah itu, dunianya menjadi gelap.
_______
"Yang Mulia, maaf mengganggu saat Yang Mulia hendak beristirahat. Saya datang menghadap kerana ingin menyampaikan berita."
Raja Una yang merupakan pemerintah Kota Emas, di Padang Pasir yang luas itu melihat ke arah Kanebti dengan raut wajah yang tenang. Dia tidak sekali pun rasa marah dengan kehadiran pengawal peribadinya. Dia masih belum berniat hendak berehat pada waktu itu. Ada hal lain lagi yang harus dia lakukan.
"Teruskan saja apa yang kamu ingin sampaikan. Beta akan mendengar."
Setelah dia berkata begitu, pengawal peribadinya pun bercakap seraya kepala ditunduk sebagai tanda hormatnya kepada Raja Una.
"Wanita yang diselamatkan oleh Yang Mulia empat hari yang lalu sudah sedar. Sekarang, Jnari sedang memeriksa keadaannya atas perintah Yang Mulia sekiranya wanita itu sudah kembali sedar."
Apabila dia mendengar berita itu, dia pun lantas menyuruh Kanebti menyampaikan perintahnya kepada tukang masak diraja untuk sediakan makanan dan minuman kepada wanita itu.
"Kamu boleh pergi sekarang. Arahkan tukang masak diraja sediakan makanan dan minuman untuk wanita itu. Beta akan menyusuli kamu sebentar lagi. Beta hendak bersiap dahulu sebelum datang ke khemah itu."
Sesudah Raja Una berkata demikian, Kanebti pun akur lalu berkata,
"Baik, Yang Mulia."
Usai sahaja dia berkata begitu, Kanebti pun keluar dari khemah sang raja.
_______
"Siapa nama kamu?"
Aku pandang ke arah lelaki itu yang digelar sebagai raja. Dia kelihatan muda dan menarik perhatian aku. Pakaian yang dikenakan pada tubuhnya sudah jelas menunjukkan bahawa dia itu seorang pemerintah yang sangat berkuasa di kawasan padang pasir yang luas ini.
Tubuhnya tinggi dan berotot. Berkulit gelap akibat terlalu lama berjemur di bawah sinar matahari. Warna rambutnya pula putih keperakan dan warna matanya seperti emas. Sangat langka. Mata seperti itu susah hendak jumpa di mana-mana.
"Nama saya...argh!"
Baru sahaja aku hendak menjawab pertanyaan raja itu, kepala aku sakit. Aku pegang kepalaku. Sakit dan berdenyut. Apa sebenarnya yang berlaku terhadap diri aku?
"Kamu tidak apa-apa?"
Aku cuba menahan sakit kepala aku. Mataku ditutup buat beberapa detik dan peliknya perasaan ini. Aku cuba ingat siapa namaku.
Ya! Siapa aku?
Aku...lupa.
_______________________________________
Thanks For Reading
Keep Voted + Comment
▪️Kanebti▪️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro