Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

~6~

☆Tadabbur Kalamullah Ramadhan 1439H☆

وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya" [Surah al-Baqarah 25]

#Allah swt menjanjikan syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan yang berkekalan dan mempersonakan bagi setiap orang yang beriman dan sentiasa melakukan amal soleh disepanjang kehidupannya.

#Bersempena kita berada pada bulan Ramadhan yang mulia ini, inilah peluang besar untuk meningkatkan kesuburan iman kita dan menggandakan amal soleh kita agar dapat meraih tawaran syurga yang dijanjikan Allah swt melaui kalamNya yang mulia itu.

#Tawaran syurga ini dikuatkan lagi sebagaimana diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ

“Apabila menjelmanya Ramadhan, nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ نُودِىَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللَّهِ ، هَذَا خَيْرٌ . فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلاَةِ دُعِىَ مِنْ بَابِ الصَّلاَةِ ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِىَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِىَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِىَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ

“Barangsiapa yang berinfak dengan sepasang hartanya di jalan Allah maka ia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga, 'Hai hamba Allah, inilah kebaikan.’ Maka orang yang termasuk golongan ahli solat maka ia akan dipanggil dari pintu solat. Orang yang termasuk golongan ahli jihad akan dipanggil dari pintu jihad. Orang yang termasuk golongan ahli puasa akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan. Dan orang yang termasuk golongan ahli sedekah akan dipanggil dari pintu sedekah” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa peluang umat Islam untuk menuju jalan yang lurus ke syurga sudah terbuka luas dengan pelbagai amalan yang boleh dilakukan seperti bersedekah, memperbanyakkan solat, berpuasa, berjihad, qiamullail, membaca al-Quran, mendengar tazkirah ilmu, berzikir dan pelbagai kebaikan lain yang boleh dilakukan. Ini bermaksud bahawa di bulan Ramadhan, umat Islam memiliki peluang yang penuh untuk menuju ke syurga Allah swt asalkan bersungguh-sungguh memanfaatkan peluang keemasan ini.

♡Jom memburu syurga yang dijanjikan Allah untuk kita. Kita semua berpeluang untuk memasuki dan tinggal di dalamnya asalkan kita benar-benar menjadi orang yang beriman dan berusaha bersungguh-sungguh melakukan amal soleh dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan rahmat daripada Allah swt♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro