~3~
Hai Assalamualaikum, selamat menjalani ibadah puasa semua. ⚘⚘
Bacaan doa niat puasa Ramadhan harian:
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ
Nawaitu saumagadin an'adai fardi syahri ramadhana hadzihissanati lillahita'ala
"Aku niat berpuasa esok hari untuk menunaikan kewajiban puasa pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala".
Bacaan doa niat puasa Ramadan untuk sebulan:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu shauma syahri ramadhaana kulihi lillaahi ta’aalaa
"Aku niat berpuasa selama satu bulan penuh di bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala"
📌Maksud niat puasa, tidak semestinya berlafaz dengan perkataan, apatah lagi dilakukan beramai-ramai selepas tarawih (seperti yang anda sebut). Amalan seperti ini tidak bersumberkan sunnah dan tidak diamalkan oleh salaf. Cukup sekadar niat di hati bahawa esok nak puasa.
📌Menurut jumhur ulama, diwajibkan berniat itu pada waktu malam (sebelum fajar). Kerana hadis “Sesiapa tidak berniat puasa pada malam hari, maka tiada puasa baginya”.
HR: Abu Daud (no: 2456), Tirmizi (no: 730), Nasai (no: 2332).
📌Kalau langsung tidak terdetik dalam hati pada waktu malam untuk puasa pada esoknya, maka tidak sah puasa di sisi jumhur. contohnya: seorang yang tertidur atau pengsan sebelum maghrib dan sedar selepas subuh keesokannya, maka tidak sah puasanya pada hari itu.
📌Maksud tidak sah puasa ialah: diwajibkan ganti selepas Ramadhan. Bukannya dia dibolehkan makan minum pada hari terbatal itu. Kerana dia tetap wajib menjaga kehormatan Ramadhan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro