Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 6

"BERANI mati betul besties kau tu kan. Nama je Islam tapi kau tengoklah... dah macam orang barat aku tengok. Tak belajar dari kes hari tu. Tak kisah langsung kalau ada yang mengata pasal dia sebab jadi model untuk pakaian separuh telanjang macam ni."

Zira tertawa sinis tatkala mendengar rungutan Irham yang sedang mengedit foto Hayla yang mengenakan pakaian renang dalam komputer riba. Mendedahkan bentuk tubuh dan kulit si gadis yang putih mulus. Bebola matanya diputar ke atas seraya meneguk segelas Champagne.

"Kau tak payah nak merungut. Bukan kau suka ke tengok dia pakai macam tu? Dari haritu kau merayu, desak dia supaya terima lamaran daripada company kau untuk iklankan produk korang. Dia iklankan jelah asal ada payment!"

Irham tersengih sehingga menampakkan gusinya. Malu sendiri tatkala Zira memulangkan paku buah keras. Sejujurnya, dia memang suka tengok Hayla. Gadis kacukan Pan Asia itu cantik orangnya. Bonus, seksi mata memandang!

"Parut kat dahi dia ni je yang mencacatkan sikit muka dia..."

"Haip! Parut kekal sebab kemalangan tu kau jangan tegur. Hayla paling pantang kalau orang sebut cacat cela kat muka dia terutamanya bahagian parut. Mahunya Hayla jadi hulk terus kalau dia dengar kau kutuk pasal parut," pintas Zira sambil membalas pesanan WhatsApp daripada teman lelakinya.

"Ala..."

"Zira! Jom. Aku dah siap ni. Teman aku pergi shopping kejap. Minggu depan ada event... aku tak beli baju baru lagi ni."

Tatkala suara gemersik Hayla kedengaran di belakang, perbualan Irham dan Zira terhenti serta-merta. Melihat penampilan Hayla yang tertutup pagi itu membuatkan mereka saling berpandangan. Hampir saja mereka terpelongo dengan perubahan gadis itu.

"Zira! Jom..."

"Kau sihat tak?"

Hayla berkerut tatkala soalan cepumas Zira membuatkan dia kaget. Apatah lagi tatkala dahi dan pipinya didemah oleh Zira. Apa yang pelik sangat pun Hayla tak tahu.

"Apahal tanya macam tu?"

"You nampak lain. Bukan you tak suka pakai baju tertutup ni ke? You kata panas macam dalam kawah api."

Hayla mencebik geram dengan sindiran Irham. Panas pula hati Hayla tika mereka mempertikaikan pakaian yang tersarung di tubuhnya saat ini. Kemeja berlengan pendek berwarna hitam dipadankan dengan seluar jeans panjang. Penampilan yang sangat kolot bagi Hayla!

"Daddy suruh! Kalau tak, sampai orang tua tu mati tak habis-habis nak membebel. Bising!"

"Eh kau ni ada pula cakap pasal mati kat daddy kau. Cuba doa elok-elok untuk uncle."

Teguran Zira membuatkan Hayla terkelu buat seketika. Dia mengeluh berat. Tak sengaja mendoakan kematian ayahnya. Tapi, Hayla bengang! Manakan tidak, pendiriannya sebagai gadis kota semuanya harus kelihatan moden. Bebas mengikut kehendak diri! Tapi, seenaknya saja Datuk Sulaiman menggugat kebebasan seorang Hidayah Hayla.

"Teman aku shopping jom..."

"Err... sorry, Hayla. Aku tak boleh teman kau hari ni. Boyfriend aku... dia tiba-tiba nak bawa aku pergi movie date," pintas Zira serba salah.

"Ish kau ni! Kau dah janji nak temankan aku, kan! Apahal tiba-tiba cancel pula ni? Marzuki tak dapat teman, kau pula tiba-tiba spoiler. Dua-dua memang suka mungkir janji eh!" Amarah Hayla mula meluap-luap tika Zira tiba-tiba saja membatalkan rancangan mereka. Walhal, Hayla sudah menyusun jadual kerjanya untuk bersedia dengan persiapan majlis.

"Sorry... next time..."

"Malam ni jadi tak pergi party Betry?" Nada suara Hayla kedengaran kasar.

"Err... tak dapat..."

"Stupid bitch! Kau yang beria-ia ajak aku pergi party dia tau! Sekarang, kau nak batalkan pula? Malaslah aku nak layan kau ni! Sama je dengan Marzuki! Sejak dua menjak ni dua-dua suka mungkir janji!"

Buru-buru, Hayla melangkah keluar dari bangunan itu. Tak betah lagi berhadapan dengan Zira tatkala hatinya meluap-luap dengan api amarah. Di rumah, ayahnya buat otaknya jadi senak. Di luar, rakannya mahupun teman lelakinya suka benar langgar janji!

Tiada langsung ketenangan di lubuk hati Hayla tika ini!

"Hayla! Aku minta maaf. Lain kali aku teman..."

"Tak payahlah! Aku nak balik. Kau boleh pergi berambus!"

"Hayla..."

Zira mengeluh berat. Dia kematian langkah di pekarangan bangunan studio pengiklanan. Dibiarkan saja Hayla yang mengamuk menonong melintasi jalan raya. Biarlah. Selama ini, Zira sudah banyak ikut telunjuk Hayla. Apa salahnya saat ini saja dia ikut kata hatinya sendiri.

Tak semena-mena, bunyi hon yang begitu bingit mematikan lamunan panjang Zira. Hampir saja dia melopong melihat sebuah motosikal yang hampir merempuh tubuh Hayla terseret di atas jalan raya bersama seorang penunggang motosikal yang sudah tersungkur di bahu jalan.

"Hayla!"

PERLAHAN-LAHAN, Hanzalah bangun daripada tersungkur di bahu jalan. Helmet ditanggalkan. Kepalanya terasa pusing. Seluruh tulang-belulang seakan patah tatkala tubuhnya terbanting di atas jalan tar. Sakit! Tapi, melihat si gadis yang sudah terduduk membibitkan rasa bersalah di lubuk hati Hanzalah.

Khilafnya terlalu mengejar masa sehingga dia tak sengaja melanggar si gadis sehingga berlakunya kemalangan di antara mereka. Lantas, dengan langkah terhincut-hincut, Hanzalah menghampiri si gadis yang sudah mengusap buku lali.

"Cik... saya minta maaf..."

"Kau tak nampak ke aku tengah melintas tadi? Sakit tahu tak!" jerkah Hayla seraya mendongak. Memandang si figura tinggi lampai yang sudah duduk mencangkung di hadapannya.

Namun, saat pandangan mereka bertaut, degupan jantung Hayla tiba-tiba kencang. Terasa kelat liur di rangkungan tika ruang memori samar-samar membawanya kepada sebuah kejadian.

Suara jeritan, wajah-wajah yang menakutkan silih berganti bermain di ruang fikiran Hayla. Tubuhnya sedikit menggeletar tatkala ketakutan itu kembali mencengkam sang hati. Ya Tuhan, siapa pemuda di hadapannya saat ini? Hayla rasa dia pernah lihat wajah yang sering kali membuatkan dia dihujani beribu tanda tanya.

Dejavu.

"Saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja langgar cik tadi. Saya bawa cik ke hospital ya."

Sesekali, Hanzalah memandang raut wajah Hayla yang tiba-tiba senyap. Hairan tatkala mata hazel itu memandangnya umpama Hanzalah bakal memberikan ancaman ke atas gadis itu saja.

"Cik..."

"Oh my god Hayla! Kau sakit kat mana? Kau boleh berdiri tak?" Perlahan-lahan, Zira membantu Hayla bangun. Namun, erangan kesakitan Hayla membantutkan pergerakan mereka buat seketika.

"Sakitlah! Aku rasa kaki aku nak patah dah ni!" adu Hayla. Dia mengeluh berat. Menahan sakit yang bukan kepalang. Menghapuskan emosi yang kian berkecamuk tatkala Hanzalah tiba-tiba muncul di hadapan. Hayla tak mahu terus hanyut dalam ketakutan yang tak pernah sirna dalam hidupnya lagi.

"Saya minta maaf, cik. Saya akan bayar ganti rugi..."

"Bagus! Aku nak kau bayar lima ribu untuk kaki aku ni. Ada tak lima ribu?"

Mendengar hal itu, Hanzalah terkelu buat seketika. Pandai benar gadis ini mengikis duitnya sebanyak lima ribu ringgit. Walhal, kecederaan si gadis tidaklah terlalu parah.

"Kalau macam tu kita settle kat hospital. Saya akan bayar kos rawatan untuk cik," tutur Hanzalah. Perlahan-lahan, dia bangun seraya menuntun motosikalnya yang masih tersadai ke bahu jalan.

"Aku nak lima ribu ringgit, bukan nak pergi hospital! Kau ni pekak badak atau ada kelainan otak nak faham bahasa?" Nada suara Hayla naik seoktaf. Amarahnya mula membara tika Hanzalah seakan-akan mahu mengelat.

"Kita ke hospital dulu baru kita bincang pasal lima ribu ringgit. Cik cedera. Kaki tu perlu dirawat berbanding fikirkan pasal duit."

Hayla kaku buat seketika. Ketenangan di raut wajah Hanzalah dengan tutur bicaranya yang lembut buat Hayla kematian bicara. Hanya sorotan mata gadis itu memerhatikan Hanzalah yang cuba menghidupkan enjin motosikal di bahu jalan.

"Eh... aku rasa mamat ni mamat yang tolong kita haritulah. Kau lupa ke, Hayla?"

Kata-kata Zira yang sedang memaut lengan Hayla untuk bangun membuatkan Hayla teringat akan kejadian mereka hampir diragut.

Si pemuda yang berani membelasah peragut-peragut itu demi menyelamatkan mereka. Jadi, pemuda yang melanggarnya inilah si penyelamat. Patutlah... Hayla rasa dejavu saat melihat wajah Hanzalah sebentar tadi. Bijak benar, emosinya bercampur-baur dengan rasa paranoid.

Bersambung...
5.1.2025

40 vote&15 komen update new chapter ❤️‍🔥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro