Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 5

ENJIN kereta kancil yang baru saja dibaiki dihidupkan semula. Deruan enjin kenderaan yang kedengaran membuatkan Hanzalah senang hati. Lantas, pemuda itu menutup semula bonet hadapan kenderaan tatkala kereta pelangannya sudah disiapkan. Selesai lagi satu pekerjaannya pagi itu.

"Apa masalah kereta aku?"

"Masalah bateri. Tadi masa aku check, bateri dah longgar dan berkarat tu yang enjin tak nak hidup. Lagi satu, spark plug pun kau kena tukar kalau nak kereta tahan lama." Hanzalah memeriksa bahagian tayar pula tatkala dia melihat bunga tayar yang sudah kempis.

Akif terangguk-angguk mengerti kerosakan kereta usangnya itu. Dia baru saja mahu berjimat cermat setelah dibuang kerja. Hailah, muncul pula satu lagi masalah yang menyukarkan pergerakannya untuk mengambil dan menghantar isterinya ke tempat kerja.

"Bunga tayar kereta kau ni pun dah haus. Kena tukar yang baru."

"Lain harilah, Hanz. Aku tengah sengkek sangat sekarang ni. Anak aku baru je masuk tadika. Aku pula baru kena buang kerja disebabkan company bos aku dah bankrupt. Tak dapat nak tanggung gaji pekerja lagi."

Mendengar keluhan rakannya, Hanzalah simpati kepada Akif yang sudah termenung memerhatikan kereta kancil yang baru dibaiki. Jelas terpancar kekusutan di wajah lelaki berkumis itu.

"Kau kena banyak bersabar. Ni ujian untuk kau. Kalau kau nak kerja dengan aku tak ada masalah. Aku memang kekurangan pekerja sekarang ni."

"Betul tu, Kif. Kalau kau nak kerja dengan kitorang aku on aje asalkan kau buat kerja kau dan tak mengular." Suara Ibnu yang sedang membaiki sebuah kereta yang remuk akibat kemalangan turut kedengaran.

"Aku ni manalah pandai baiki kenderaan macam korang berdua. Macam mana nak kerja kalau aku pun tak tahu sangat pasal kereta."

Hanzalah menepuk bahu Akif. Mahu memujuk hati walang rakannya yang ditimpa musibah. Namun, hanya seketika tatkala Akif mencapai pergelangan tangannya. Ada kerutan di dahi pemuda itu melihat kura tangan Hanzalah yang lebam.

"Apasal tangan kau ni? Bengkak semacam aje. Haih takkan betulkan kereta sampai tangan lebam?"

"Tangan aku terjepit pintu..."

"Tak baik menipu Ustaz Hanzalah. Kenapa susah sangat kau nak cakap yang kau baru belasah orang semalam?"

Tak semena-mena, rasa gerun mula menjentik tangkai hati Akif tatkala Hanzalah sudah melabuhkan duduk di sebelahnya. Ini kalau dia kena debik juga dengan Hanzalah tak pasal-pasal wajahnya bengkak-bengkak dek penangan pemuda berwajah tenang itu.

Bukannya dia tak tahu penangan Hanzalah sangat berbisa!

"Hanz... kau jangan cakap dengan aku yang kau buat kerja lama..."

"Bukan. Aku tak berniat nak belasah dia orang pun. Aku cuma nak tolong orang yang dalam kesusahan. Salah ke?" pintas Hanzalah. Dia tersenyum sambil menggaru pelipisnya yang tak gatal. Hailah, nampak sangat dia ini seakan-akan sang pembunuh tatkala Akif sudah memandangnya sinis.

"Baru padan muka bedebah-bedebah tu dengan penangan Hanz. Suka hati aje nak ragut anak orang. Nasib baik Hanz dah rasmikan belasah dulu peragut-peragut tu. Kalau tak... ni..."

Ibnu menunjukkan bisepnya yang tegap sambil menjungkit-jungkitkan kening. "Dah lama aku debik sekali sampai mampus."

Akif tertawa sinis mendengar keangkuhan Ibnu. Meluat pula dia mendengar lelucon Ibnu yang kedengaran konyol itu. Bukannya dia tak tahu Ibnu itu badan saja gagah namun penakut orangnya!

"Tak apalah, Akif. Kau bawakan bersabar ya. Aku akan tolong kau cari kerja yang sesuai. Selebihnya, kau kena berikhtiar juga. Banyakkan berdoa supaya urusan rezeki kau dipermudah. Ingat, doa itu senjata bagi orang mukminin. Serahkan semuanya kepada Allah. InsyaAllah, dia akan bagi kau jalan untuk selesaikan masalah yang kau hadapi sekarang ni."

Kata-kata nasihat daripada Hanzalah buat Akif terpaku. Dia hanya mengangguk. Seakan mendapat suntikan semangat untuk bangkit daripada ujian yang menimpanya saat ini.

Sungguh, dalam diam Akif kagum dengan perubahan mendadak rakannya. Hanzalah... pemuda ini sudah berubah seratus peratus menjadi insan yang penuh dengan akhlak.

Tapi, sudahkah Hanzalah melupakan kisah yang pernah membawanya ke arah kegelapan dahulu?

IKLAN syampu yang sedang ditayangkan di kaca televisyen dipandang kosong. Tiada langsung rasa teruja melihat wajahnya dijadikan model syampu keluaran terbaru itu.

Sesekali, Hayla melurutkan pelipis tatkala kepalanya terasa pusing. Masih kuat rasa paranoid atas insiden yang berlaku semalam. Sungguh, Hayla benar-benar merasakan bahawa dia masih berada dalam keadaan bahaya.

"Bie... you okey ke tak ni?"

Marzuki menuangkan wain ke dalam gelas seraya dihulurkan kepada Hayla. Duduk dilabuhkan di atas sofa. Gusar hatinya melihat Hayla hanya termenung dengan wajah yang pucat tak berdarah.

"You pernah rasa dejavu tak dalam hidup?"

"Dejavu?"

Hayla mengangguk seraya meneguk wain membasahkan tekak. Pandangannya bertaut dengan Marzuki yang sedikit tercengang dengan soalan cepumas itu.

"Dejavu maksudnya kita pernah ada kat satu tempat tapi sebenarnya tu baru pertama kali kita jejak kaki kat sana. Macam tu?"

"Ya. Pernah rasa ke?"

"Pernah. Tapi... dejavu I ni versi lain dari yang lain sikit." Marzuki tersenyum nakal seraya memintal-mintal rambut Hayla yang masih basah.

"Macam mana?"

"Sini... I nak bagi tahu apa dejavu yang I rasa sebelum I dengan you."

Tatkala Marzuki menepuk dadanya, Hayla hanya menurut. Melentokkan kepala di dada Marzuki sambil mengenggam erat tangan si kekasih. Tatkala pipinya diusap lembut, senyuman manis merekah di bibir Hayla. Suka benar dibelai dan dimanjakan oleh Marzuki. Berada di sisi Marzuki buat Hayla rasa nyaman.

"Dulu, I dejavu tengok seorang model ni cantik sangat kat company I kerja sebagai fotografer tu. Setahun kemudian... model yang selalu jadi kegilaan ramai tu dah ada kat sisi I. Dah hampir tiga tahun jadi girlfriend I. Bahagia betul bila model tu pilih I jadi kekasih hati dia."

"Ish dia ni! Orang tanya lain dia nak melencong pula ya!" Laju saja Hayla menegakkan posisi duduknya lalu menampar lembut dada bidang Marzuki. Geram apabila Marzuki sengaja mengenakannya yang sedang kusut.

"Betul apa yang I cakap. Sebelum you terima cinta I... I selalu rasa dejavu kalau you tu jadi milik I. Tak sangka pula apa yang I rasa tu jadi kenyataan."

Marzuki mencuit hidung Hayla. Pandangan redup gadis itu buat dinding hati Marzuki mula bergelora. Apatah lagi wangian di tubuh Hayla yang baru saja selesai mandi membuatkan nafsu lelakinya kembali membuak-buak menginginkan gadis itu.

"I love you, bie." Kucupan lembut dihadiahkan di pipi Marzuki. Hayla mengulum senyum tatkala tatapan sang kekasih buat hatinya terpujuk dengan kejadian mencemaskan semalam.

"I love you too..."

Tak semena-mena, wajah Hayla membahang tatkala bibirnya dikucup oleh si kekasih. Terasa kelat liur di rangkungan tatkala tangan kekar Marzuki merayap ke bahunya yang terdedah. Detak jantung Hayla mula kencang tatkala deruan nafas Marzuki terasa di leher jinjang.

"Jadi milik I, Hayla. I nak you..."

Buru-buru, Hayla bangun tatkala Marzuki ingin membaringkan tubuhnya di atas kusyen. Dia tahu, kemahuan Marzuki untuk memilikinya. Namun, hati Hayla menolak. Tak mampu menunaikan permintaan Marzuki yang ingin hubungan mereka lebih jauh seperti pasangan suami isteri.

"Kenapa susah sangat you nak tunaikan permintaan I? Kalau you cintakan I, you akan serahkan seluruh raga dan jiwa you untuk I, Hayla!"

Marzuki mengeluh panjang. Dia bangun tatkala Hayla masih menolak kemahuannya sebagai seorang lelaki. Kedua-dua belah bahu Hayla dipegang erat. Melihat Hayla mengenakan gaun satin tidur berwarna merah tanpa lengan cukup membuatkan dia semakin hanyut dengan bisikan syaitan.

"Dahlah Zuki... I nak tidur. Esok ada shooting lagi. Takut lambat pula."

Tanpa berlengah, Hayla melangkah ke kamar yang setentang dengan kamar Marzuki. Tombol kunci ditekan. Wajahnya diraup kasar tatkala rasa terkilan menikam sanubari.

Sungguh, Hayla rasa bersalah buat Marzuki kecewa. Jauh di dasar hati, Hayla sendiri keliru mengapa dia tak bisa menyerahkan seluruh dirinya kepada Marzuki sedangkan mereka saling mencintai.

Seakan-akan akal masih bertindak waras menghalang daripada membiarkan Marzuki menguasai dirinya sepenuhnya.

Bersambung...

5.1.2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro