Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 3

WAJAH anggun yang sedang memperagakan pakaian sempena musim panas di pentas peragaan itu menjadi sorotan ramai. Dentuman muzik bergema di seluruh dewan. Lampu yang menyuluh pentas menambahkan lagi daya tarikan tatkala si gadis yang mengenakan gaun pendek paras lutut berlengan panjang dengan kolar berbentuk V itu melangkah dengan penuh elegan.

Melihatkan itu, Marzuki tersenyum memerhatikan tubuh genit Hayla di pentas. Gadisnya ini memang cantik. Dia bangga menjadi pasangan Hayla yang namanya semakin mendapat tempat dalam dunia peragaan itu. Siapa saja tak suka barang cantik yang mudah disentuh?

Kalau diikutkan naluri lelakinya, ingin saja dia menjadikan Hayla sebagai hak miliknya secara mutlak. Namun, entah mengapa sering saja Hayla menolak permintaannya yang satu itu walaupun mereka saling mencintai.

"Bukan main you renung Hayla tu. Fikir apa?"

"Cantik. Siapa je tak suka tengok benda cantik. Kan?"

Zira tersenyum sinis. Kakinya sudah mengelus betis Marzuki yang duduk di sebelahnya. Sesekali, jari jemarinya bermain-main di tubuh belakang pemuda bertubuh kekar itu. Wangian maskulin yang menusuk rongga hidung Zira menambahkan lagi daya tarikan Marzuki buatnya.

"I ke dia yang lebih cantik?"

Tawa kecil terletus di bibir Marzuki. Dia menepis lembut jari jemari sahabat teman wanitanya itu seraya menegakkan tubuhnya tatkala Zira mula dalam mood merenyam. Marzuki sedikit rimas.

"You ni dah kenapa tanya soalan mengarut? Korang ni macam langit dengan bumi. Mestilah Hayla tu cantik lagi. Semua orang suka tengok kecantikan dia. Muka campuran dia tu tak nampak macam orang Melayu pun. Exotic!"

"Tapi Hayla tak mampu bagi apa yang you nak."

Wajah Marzuki serta-merta tegang tatkala Zira mula memprovokasi. Pandangan mereka bertaut. Entah mengapa dia tercabar tatkala Zira memperingatinya tentang permintaan yang sering ditolak oleh Hayla. Dentuman muzik di dalam dewan itu semakin sayup-sayup.

"I boleh bagi apa yang dia tak boleh bagi kat you..."

Buru-buru, Marzuki bangun tatkala Zira semakin mencabarnya. Dia mendengus. Langkah diatur ke belakang pentas bagi mendapatkan Hayla setelah acara pertunjukan fesyen selesai. Lebih baik dia menjauh sebelum dia bertindak di luar kawalan dengan perilaku Zira yang aneh itu.

🥀🥀🥀

KACA mata hitam dipakai bersama topi pantai bagi melindungi wajahnya daripada terik mentari pada petang itu. Senyuman tak lekang di bibir Hayla tatkala mata-mata keranjang para lelaki ligat memerhatikannya yang hanya mengenakan bikini yang menampakkan kulit mulusnya.

Dengan lenggoknya, gadis itu mencari kawasan untuk berehat di kawasan pantai. Mahu merasai angin yang bisa menenangkan jiwa daripada kekusutan yang bermain di ruang fikiran.

"Kau ni dah gila agaknya. Berani betul kau pakai macam ni kan. Mentang-mentang ni bukan Malaysia."

"Babe... bila lagi? Kau tu tak payah nak acah alim sangatlah. Kau sama je macam aku. Sama-sama suka tayang body dekat orang." Hayla menyelar seraya membaringkan tubuhnya di kerusi rehat. Meluat pula dia dengar Zira mempertikaikan pakaiannya saat ini.

"Tapi sekurang-kurangnya tak adalah aku tayang semuanya macam kau. Kalau ada mana-mana wartawan buat gosip..."

"Diam boleh tak? Kau ni bising macam daddy akulah. Aku serabut! Dahlah orang tua tu pelik semacam sejak dua menjak ni."

"Kau bergaduh dengan uncle lagi?"

"Daddy... suruh aku kahwin dengan Marzuki. Mengarut kan?"

Mendengar hal itu, Zira terbatuk-batuk. Bibirnya terkelu untuk berbicara tatkala emosinya mula bercampur baur. Duduknya ditegakkan. Marzuki dan Hayla akan berkahwin? Sudah tentunya itu keputusan yang mengejut sehingga seluruh tubuh Zira jadi kejang.

"Daddy kau... kenapa suruh kahwin..."

"Entah! Pelik betul orang tua tu. Aku tak faham apa yang ada kat kepala otak dia. Katanya kalau nak elak daripada maksiat kena kahwin. Masalahnya aku dengan Marzuki tak pernah tidur sekatil. Tak pernah lagi bersama macam suami isteri. Ala setakat cium sebagai tanda sayang tu pun salah ke? Tak fahamlah aku kenapa dia tiba-tiba jadi pak lebai!"

Hayla bangun daripada pebaringannya. Dia menanggalkan topi pantai seraya meluru ke arah Marzuki yang sedang bermain bola tampar di pesisiran pantai. Meninggalkan Zira yang masih belum berpuas hati dengan keputusan mendadak Datuk Sulaiman. Dia hanya memerhatikan Hayla dan Marzuki ralit bersukan bersama rakan-rakan mereka.

"Kenapa duduk seorang aje ni, Zira? Kau datang sini bukan jadi bibik Hayla. Pergi enjoy the moment dengan dia oranglah. Atau... kau nak enjoy the moment dengan aku?"

Zira tersentak tatkala Abram melabuhkan duduk setentang dengannya. Lelaki berketurunan Cina itu sudah menjungkit-jungkitkan keningnya tanda mengusik.

"Enjoy the moment dengan kau dapat apa je?"

Abram mencapai tangan Zira lalu dielus lembut. Rambut ikal mayang gadis itu dipintal-pintal. Tak dapat Hayla, Zira pun jadilah. Walaupun wajah gadis ini tidak secantik Hayla namun pakaiannya yang hanya mengenakan crop top putih dan seluar pendek paras lutut menarik naluri Abram sebagai lelaki.

"Dapat kasih sayang akulah. Takkan kau nak berharap terus kat si Marzuki tu balas cinta kau? Kau tak nampak ke dia tu bangga jadi teman lelaki Hayla."

Mendengar hal itu, wajah Zira membahang. Amarahnya meluap tatkala dia dibandingkan dengan Hayla. Zira menepis kasar tangan Abram seraya bangun dari duduknya. "Jangan merepeklah! Aku? Marzuki? Memang taklah!"

Abram tertawa sinis tatkala Zira mengelak. Dia hanya memerhatikan gadis yang sudah berlari-lari anak mengikuti Hayla bermain bola tampar pantai. Hailah, terlepas anak ayam yang boleh dijadikan tempat pemuas nafsu naluri lelakinya saat ini. Lantas, dia hanya membaringkan tubuh sambil memerhatikan segenap tubuh Hayla yang mulus.

"Cantik..."

Bersambung...
3.1.2025

20 vote, 5 komen unlock chapter baru

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro