BLURB
"Pendosa macam aku... tak layak nak bagi didikan agama dekat anak-anak dalam madrasah ni. Kau, abi dengan pengajar-pengajar kat madrasah ni lebih tinggi ilmunya." - TAUFIQ HANZALAH
Peluang kedua telah melahirkan Hanzalah yang sentiasa menyerahkan jiwa dan raganya kepada Sang Pencipta. Dek terhukum dengan noda silam juga, Hanzalah merasakan pendosa sepertinya tak layak mendidik anak-anak remaja tentang ilmu agama.
"Orang muda macam kita ni sepatutnya kena enjoy dulu dengan hidup kita. Kalau dah tua macam daddy, barulah kita belajar macam mana nak jadi orang Islam." - HIDAYAH HAYLA
Statusnya sebagai model terkenal di kota metropolitan menjadikan Hayla seorang yang berfikiran bebas. Baginya, kebebasan itu hak setiap individu. Puas diberikan tazkirah oleh si ayah, Hayla tetap dengan hatinya yang teguh dengan keasyikan duniawi.
Permintaan terakhir daripada Datuk Sulaiman yang menghidap penyakit mematikan telah menghubungkan dua manusia dari dua dunia yang berbeza...
"Hanzalah... tolong pak cik. Nikahi Hayla. Jadikan Hayla isteri kau. Jaga Hayla seperti kau jaga nyawa kau sendiri... bimbing Hayla tentang Islam." - DATUK SULAIMAN
Sungguh, permintaan si ayah membuatkan Hayla merasakan Taufiq Hanzalah pemusnah kebahagiaannya bersama Marzuki! Hayla ingin menentang namun memikirkan kesihatan ayahnya yang memburuk membuatkan Hayla terpaksa akur. Betapa hancurnya gadis itu tatkala terpaksa hidup bersama lelaki yang dibencinya.
"Hubungan kita ni cuma hubungan atas kertas je! Kalau kau nak aku akan layan kau sebagai seorang isteri, silakan bermimpi! Aku haramkan tangan kau sentuh aku waima sehelai rambut sekalipun!" - HIDAYAH HAYLA
Dek terhutang budi dengan Datuk Sulaiman yang telah menyelamatkan Madrasah Ubadah daripada ditutup, Hanzalah sudi memperisteri Hayla meskipun hanya kebencian yang dilontarkan oleh isterinya. Nawaitu kerana Allah, Hanzalah menikahi Hayla tanpa cinta.
"Daripada Hayla berendam dalam api neraka sebab tak nak solat, biar abang yang rendam isteri abang dalam bath tub dulu." - TAUFIQ HANZALAH
Di saat Hayla punya 1001 cara untuk membuatkan Hanzalah undur diri, Hanzalah juga punya rentaknya sendiri untuk membimbing si isteri menuju keredaan Allah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro