KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
1. Maksud:
Kata ganti nama diri yang telah disingkatkan.
2. Contoh:
Kata Ganti Diri Pertama
Kau
Penerangan
Asal daripada kata ‘engkau’. Digunakan pada awal kata yang dirapatkan dengan kata yang menyertainya.
Ayat Contoh :
1. “Surat ini hendaklah kaubaca,” pinta Encik Hazim.
2. Lukisan yang kaulukis sangat cantik sekali.
Ku
Penerangan
Asal daripada kata ‘aku’. Digunakan pada awal atau akhir kata yang ditulis rapat.
Ayat Contoh :
1. Kata Dina, “Lagu ini kutujukan untuk Shida yang berada di Johor.”
2. “Aduh, sakitnya kakiku!” kata Dol.
Mu
Penerangan
Asal daripada kata ‘kamu’. Digunakan pada akhir kata sahaja.
Ayat Contoh :
1. Hasratmu akan aku tunaikan.
2. “Adikmu pandai menyanyi,” kata Zuraini kepada Syafiqah.
Nya/nya
Penerangan
Asal daripada kata ganti nama diri ketiga (dia). Digunakan pada akhir kata sahaja.
Ayat Contoh :
1. Kakaknya menuntut di luar negara.
2. Setiap kesalahan akan menerima balasan daripada-Nya.
3. Bentuk kesilapan
a. Tidak ditulis rapat kata ganti nama diri singkatan dengan kata yang menyertainya.
SALAH
“Warna apa yang kau minati?” tanya Azim kepada Syafiq.
BETUL
“Warna apa yang kauminati?” tanya Azim kepada Syafiq.
SALAH
“Kawan ku ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.
BETUL
“Kawanku ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.
b. Tidak boleh menggunakan kata singkatan sebagai subjek ayat.
SALAH
“Mu berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan.
BETUL
“Kamu berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan.
SALAH
“Kau belum mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada Rosman.
BETUL
“Engkau belum mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada Rosman.
c. Tidak menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi kata singkatan berkaitan dengan Tuhan.
SALAH
Ya Allah, aku memohon keampunanmu.
BETUL
Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu.
SALAH
Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa hambanya.
BETUL
Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro