TANPA DI DUGA 5
ingin saja daniella bersuara tapi apabila matanya terpandang akan pistol di tangan lelaki itu dia tidak jadi bersuara. "baiklah,
5 soalan yang seterusnya adalah soalan subjektif dan ianya tidak berkaitan dengan movie atau pun filem. setiap peserta yang menjawap haruslah menjawap dengan penjelasannya sekali. sesiapa yang menjawap dengan jawapan yang memuaskan maka pakaiannya tidak akan di gunting tetapi sesiapa yang menjawap dengan jawapan yang kurang memuaskan maka pakaiannya akan di gunting...", kata JD dengan nada suara yang tegas. "baiklah... soalan ke enam. kenapa masyarakat sekarang lebih suka menonton movie atau drama yang artisnya cute dan handsome? siapa nak jawap?", soal JD bersuara dengan pantas.
beberapa orang peserta mengangkat tangan. begitu juga dengan daniella. "silakan peserta nombor 10...", JD bersuara sambil menunjuk ke arah daniella. "tak semua masyarakat sukakan artis yang cute dan handsome. ada juga yang lebih sukakan artis yang gendut dan tak cantik...", jawap daniella. "oh ya?... siapakah artis gendut tu?", soal JD. "macam bocey pelakon komedi tu...", kata daniella dengan pantas. "oh... jadi kau peminat bocey, eh?... good for you. i like your answer... anyway, jawapan yang kau berikan amat memuaskan hatiku. itu maknanya pakaian kau selamat. baiklah... soalan yang seterusnya. soalan ke tujuh. kenapa ada segelintir masyarakat sekarang ni suka sangat menghina orang gemuk dan hodoh?", soal JD. semua peserta mengangkat tangan masing masing. "baiklah, peserta nombor 7. sila berikan jawapan anda...", kata JD.
"perkara itu adalah perkara biasa. by the way, mulut manusia memang tak boleh di tutup. diorang akan cakap apa yang diorang nak cakap...", peserta nombor 7 bernama ikram bersuara dengan pantas. "oh ye ke?... jadi kau setujulah dengan cara mereka menghina orang gendut dan hodoh macam kami ni?", soal JD agak tegang sedikit. "eh... tidaklah...", nafi ikram cepat cepat. "jawapan kau tidak memuaskan hati. kawan, tolong gunting baju kemeja dan seluar slacknya tu. buat lubang besar di seluruh baju dan seluarnya tu...", perintah JD. kawannya pun mula menggunting lubang besar di baju dan seluar ikram. kini pakaiannya lubang sana sini. "ini merupakan fesyen terbaru masa kini. pakaian berlubang. hahaha...", JD bersuara sambil ketawa berdekah dekah. kawan kawannya yang lain turut ketawa bersama dengannya.
"baiklah, sekarang kita masuk ke soalan nombor 8. kenapa segelintir manusia sekarang seperti tidak menghiraukan orang di sekelilingnya walaupun ada orang membuli orang lemah dan hodoh?", soal JD. semua peserta mengangkat tangan. "okay, peserta nombor 4... sila berikan jawapannya anda...", kata JD. "mungkin dia tak nak jadi busy body kot. dalam erti kata yang lain dia tak nak masuk campur dalam hal orang lain...", jawap morniati peserta nombor 4. "oh... mungkin juga kau macam diorang selalu saja membiarkan orang lain membuli orang yang hodoh dan lemah. itu sebabnya kau cakap macam tu kan?", soal JD pula. "eh... tidaklah. aku bukannya orang ma....", belum pun sempat morniati menghabiskan perkataannya JD pantas memotong perkataannya. "jawapan kau tidak memuaskan hatiku... kawan, tolong potong bahagian dressnya tu potong banyak lubang di dressnya...", perintah JD. kawannya mula memotong dress gadis tersebut sehingga dress yang di pakainya berlubang di sana sini. "nah... inilah fesyen dress terbaru yang paling best di era ini. menarik dan seksi. hahaha...", JD ketawa dan ketawa. kawan kawannya pun turut ketawa bersamanya.
daniella merasa semakin sakit hati apabila dia melihat gelagat 10 lelaki gendut bertopeng hitam itu. ingin saja dia menumbuk wajah si pengacara rancangan sadis itu tapi bila matanya terpandang akan pistol di tangan lelaki itu dia tidak berani berbuat demikian. "okay soalan nombor 9, kenapa segelintir manusia selalu pandang rendah pada orang yang hodoh?... sila jelaskan sebabnya...", kata JD dengan nada suara yang serius. semua peserta mengangkat tangan.
"ya... peserta 3. apakah jawapan anda?", soal JD. "sebab diorang memang macam tu. selalu saja pandang rendah pada orang yang lemah...", kata mohd azril peserta nombor 3. "oh jadi kau setujulah dengan cara mereka yang selalu pandang rendah pada orang yang hodoh dan gendut macam kami ni, begitu?", tuduh JD pula. "tidaklah... aku tak cakap pun yang aku setuju dengan me...", perkataan mohd azril di potong pantas oleh lelaki itu. "jawapan kau kurang memuaskan hatiku... kawan tolong potong seluarnya. potong memanjang dari atas ke bawah secara rawak. biar seluar slacknya terhurai macam tirai jendela...", sekali lagi JD mengeluarkan perintahnya. kawannya mula menggunting seluar mohd azril dengan gunting yang tajam. seluarnya kini di gunting bagaikan huraian tirai di jendela pula.
"nah... ini pula fesyen seluar terburai. tentu lepas ni ramai orang buat fesyen seluar macam ni sebab ini merupakan fesyen seluar paling top masa kini. limited edition gitu. hahaha...", sekali lagi JD ketawa bersama dengan kawan kawannya. "ughh...", daniella mengeluh sambil memutarkan bola matanya. menyampah betul dia dengan sikap 10 orang lelaki yang bertopeng hitam itu.
"okay last question, apakah yang menyebabkan ramai orang benci pada orang hodoh dan gendut macam kami sehinggakan tak sanggup memandang wajah kami walaupun hanya seketika saja?", lelaki itu mengutarakan soalan terakhirnya. semua peserta mengangkat tangan. "okay, peserta nombor 1 sila berikan jawapan anda...", JD bersuara sambil memandang peserta nombor 1 itu. "mungkin sebab mereka tidak tahan melihat wajah hodoh orang tu atau mungkin dia meluat tengok wajah gendut orang tu...", jawap hakimi pula.
"jawapan yang langsung tidak memuaskan hati. kawan tolong gunting baju dan seluar dia compang camping macam pakaian pengemis tepi jalan tu...", JD mengeluarkan arahannya. kawannya mula menggunting pakaian hakimi secara compang camping. "inilah di namakan fesyen pakaian pengemis yang terbaru. siapa siapa yang ingin kelihatan cantik silalah buat pakaian macam ni. ini adalah fesyen paling best bagi model tampan kita pada hari ini. hahaha....", JD bersuara sambil ketawa dengan sadisnya. "baiklah, semua peserta di persilakan memperagakan fesyen rambut dan fesyen pakaian yang sudah kami reka sebentar tadi di depan lensa kamera. korang di wajibkan memperagakan diri di depan kamera seperti seorang modelling memperagakan pakaiannya di atas pentas..", kata JD dengan suara yang tegas.
semua peserta di situ pun mula berjalan depan kamera sambil memperagakan diri depan kamera. kecuali daniella sebab rambut dan pakaiannya tidak di gunting. "bagaimana para penonton semua? cantikkan fesyen rambut dan fesyen pakaian yang para peserta tunjukkan tadi? aku sarankan korang buatlah fesyen macam tu supaya kelihatan menarik dan cantik. hahahaha....", JD kembali ketawa dengan kawan kawannya. "baiklah, segmen menguji kebijaksanaan para peserta pun sudah berakhir. sekarang aku akan mengumumkan siapakah peserta yang akan di singkirkan pada malam ini. okay... buat pengetahuan semua para penonton ada seorang peserta yang langsung tidak pernah mencuba untuk menjawap setiap soalan yang di ajukan. peserta itu adalah peserta nombor 2... di minta peserta nombor 2 tampil ke depan...", lelaki itu bersuara perlahan lahan. anastasia lim peserta nombor 2 terpaksa melangkah menuju ke arah lelaki itu.
"oleh kerana kau tak pernah mencuba untuk menjawap soalan yang di berikan maka kau dengan rasminya di singkirkan dari pertandingan ini...." JD bersuara seraya meletakkan pistol tepat di atas dahi perempuan itu. "oh tolong jangan bunuh aku... aku ada angkat tangan tadi tapi aku tidak di beri peluang untuk menjawap soalan so jangan bunuh aku...", rayu anastasia lim sambil menangis ketakutan. semua peserta yang lain ketakutan. "maaf... rayuan kau di tolak sebab kau tak ikut syarat pertandingan ni. so goodbye...", JD bersuara dengan nada suara serius. "bengg!....", serentak dengan itu kedengaran satu das tembakan bergema di situ. perempuan berbangsa cina itu jatuh tersungkur di atas tanah. darah mengalir keluar dari atas dahi perempuan itu.
semua orang terkejut bukan kepalang. daniella pun turut merasa terkejut. dia tidak menyangka lelaki itu sanggup membunuh orang di depan mata semua orang. "now thats what i called a bloody cool TV show. huhu...", JD bersuara sambil meniup hujung pistolnya. "cut it out now!...", dia menyuruh eddy cameraman mematikan penyiaran rancangan tersebut. eddy pun terpaksa mengikut arahan lelaki tersebut. "baiklah semua kita akan keluar dari sini dengan segera. sekejap lagi helikopter akan datang ke sini untuk bawa kita keluar dari sini. so ikat semua para peserta ni. kita harus bersiap sedia untuk keluar dari sini sebelum pihak polis datang ke sini..", JD bersuara pada semua rakannya yang ada di situ. mereka pun mula sibuk mengikat tangan para peserta di situ. tangan daniella pun turut di ikat dengan tali.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro