Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TANPA DI DUGA 3

ketika daniella melangkah masuk ke ruangan lobby rumah agam tersebut kelihatan 9 peserta rancangan realiti TV itu sedang duduk di atas kerusi sofa dengan lensa kamera yang di pasang tidak jauh dari situ. masing masing sudah bersedia untuk menyertai rancangan tersebut. perlahan lahan daniella duduk di atas sebuah kerusi tidak jauh dari situ. "hai...", sapa suatu suara. daniella mengalihkan perhatiannya ke arah datangnya suara itu. kelihatan seorang gadis sedang duduk di sebelahnya. "oh hai...", sapa daniella lembut. "siapa nama kau?", soal gadis itu. "namaku daniella binti haji syukri... kau pula?", daniella bersuara ingin tahu. "namaku maria binti azman. kau dari mana?", soal gadis itu ingin tahu. "dari johore... kau?", soal daniella lagi. "dari melakan... inilah first time aku join rancangan realiti TV macam ni... i feel so nervous right now...", kata maria sambil memandang kiri dan kanan. "agaknya dia buat begitu sebab dia nak hilangkan rasa nervousnya tu kot... oh well, whatever...", bisik hati kecil daniella. "yeah... i feel nervous too...", balas daniella perlahan lahan. dia pun buat perkara yang sama. dia pandang di sekelilingnya untuk melihat wajah setiap peserta yang ada di situ. rupa rupanya rancangan realiti tersebut hanya ada 10 orang peserta saja. 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. semuanya kelihatan cantik dan tampan sekali pada malam itu.

"okay, attention all contestants here...", kedengaran satu suara bergema di situ. "briefing time... okay, korang tahu kan rancangan ini adalah rancangan pencarian model baru bagi agensi modelling new era kan?... so sesiapa saja yang berjaya meraih gelaran si tampan dan si cantik tahun ini dia akan mendapat piala dan wang RM100 000. selain daripada itu dia akan berpeluang menjadi model yang akan di beri tajaan penuh untuk belajar di kolej modelling nothern di USA selama 3 tahun dan sekaligus bekerja terus di agency modelling new era. so harap korang akan bersaing secara 'sihat'. sesiapa saja di sini yang menipu semasa contest ini di jalankan maka ia akan di buang terus dari menyertai rancangan ini. so saya harap korang dapat merealisasikan impian korang melalui program realiti ini dengan baik... faham semua?", marsha bersuara pada semua peserta yang ada di situ. "faham...", balas semua peserta yang berkumpul di situ. "baiklah setiap peserta di berikan nombor. lekatkan nombor ini di baju korang...", marsha mula mengagihkan nombor di tangannya kepada semua peserta yang ada di situ. daniella dapat nombor 10 sebab dia duduk di kerusi sofa yang hujung sekali.

"okay... ini ialah pengacara rancangan si cantik dan si tampan. namanya ialah adam marzuki...", marsha bersuara seraya memperkenalkan lelaki yang berdiri di sebelahnya saat itu. lelaki itu agak muda sikit dan dia kacak orangnya. daniella mengakui pengacara rancangan itu kacak. lebih kacak dari ryan seacrest host rancangan americana idol tu. "semua peserta di minta berdiri di depan kamera... semua mata harus tertuju ke arah lensa kamera... so, everybody ready?... kalau dah ready kita akan mulakan siaran ini dalam 3... 2... 1....", puan javy bersuara dari tempat duduknya dekat belakang camera man yang bertugas. "selamat malam di ucapkan kepada seluruh rakyat malaysian yang menonton rancangan ini pada malam ini. kita bertemu lagi di dalam rancangan pencarian model baru si cantik dan si tampan pada tahun ini. saya adam marzuki bersiaran secara live bersama 10 peserta kita yang tampan dan cantik pada malam ini. baiklah, sebelum kita memulakan pencarian model baru buat tahun ini saya nak setiap peserta memperkenalkan diri masing masing di hadapan semua penonton di luar sana. sila nyatakan nama dan tempat asal korang kepada semua penonton di luar sana. di persilakan peserta nombor 1 memperkenalkan dirinya....", adam bersuara sambil menunjuk ke arah peserta lelaki yang bernombor 1 itu. lelaki itu tampil ke depan dan memperkenalkan dirinya. kemudian giliran peserta nombor 2 pula yang memperkenalkan dirinya. satu demi satu peserta rancangan itu berdiri di depan kamera sambil memperkenalkan diri masing masing. daniella dapat mengingati nama setiap peserta rancangan tersebut. peserta nombor 1 ialah hakimi mustafa.

peserta nombor 2 ialah anastasia lim. peserta nombor 3 ialah mohd azril amin. peserta nombor 4 ialah morniati aman. peserta nombor 5 ialah faizal ikmal. peserta nombor 6 ialah sarah mahmud. peserta nombor 7 ialah ikram morshidi. peserta nombor 8 ialah maria azman dan peserta nombor 9 pula ialah badrul mukhriz. daniella mula menghafal semua nama peserta itu di dalam otaknya. tiba tiba, "ehemmm... peserta nombor 10 sila tampil ke depan untuk memperkenalkan diri kepada semua penonton di luar sana...ehemm...", adam bersuara sambil berdehem. kini lampu spot light tertumpu ke wajah daniella. "oh me?... oh sorry...", daniella bersuara dalam nada suara yang agak gementar. perlahan lahan dia tampil ke depan. "hai semua... namaku daniella haji syukri. aku berasal dari kampung melur, di tangkan johore... nice meeting you all...", daniella bersuara sambil tersenyum dan melambaikan tangannya.

"okay, semua peserta sudah memperkenalkan dirinya. baiklah tiba masanya untuk kita memulakan cabaran yang pertama pada malam ini iaitu cabaran bijaksana. di cabaran pertama ini korang akan menjawap setiap soalan subjektif mengenai pertandingan ini pada tahun lepas. contohnya menjawap soalan pertama, siapakah peserta nombor 10 tahun lepas dan begitulah seterusnya. jadi korang di kehendaki menjawapnya dengan...", belum pun sempat adam menghabiskan perkataannya tiba tiba saja semua lampu di ruangan itu terpadam secara mendadak. "woahh!...", semua orang merasa terkejut. daniella pun turut merasa terkejut. suasana di situ agak gelap sebab semua lampu terpadam. "hey... apa yang telah terjadi ni?", kedengaran suara puan javy bergema di situ. tiba tiba, "jangan bergerak anda telah di kepung... setiap orang di kehendaki berdiri dan angkat tangan masing masing ke udara... kalau tidak aku akan tembak siapa siapa saja yang ingkar arahanku ini...", kata suara itu. mahu tidak mahu daniella mengangkat tangannya ke atas. tiba tiba datang seseorang dari belakang lalu merengkuh tangannya dan menggarinya. kemudian mulutnya di tutup dengan plaster yang kuat. "ouwhhh...", kedengaran suara orang mengerang kesakitan di ruangan tersebut. tidak lama kemudian semua lampu terpasang. semua orang berdiri dalam keadaan tangan yang siap di gari. kelihatan beberapa orang berpakaian hitam dan bertopeng kain hitam sedang berdiri di dekat mereka semua. daniella terkejut ketika melihat semua orang di gari tangannya dan di plaster mulutnya. daniella mula berfikir, "rancangan apa pula ni siap gari tangan orang dan plaster mulut orang?", soal daniella dalam hatinya. dia betul betul merasa terkejut saat itu. setahunya rancangan "si cantik dan si tampan" sebelum ini tidak melibatkan sebarang unsur kekerasan tapi ini dah lain macam pula. "jangan jangan diorang ni orang jahat tak?....", fikiran daniella mula kacau bilau.

~~~

AUTHOR NOTE: mizz dah fikir masak masak. story ni akan ada unsur keganasan dan kekerasan. jadi harap pembaca bawah umur tak payah baca story ni. mizz dah bagi amaran pada korang di sana. sekian terima kasih

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro