TANPA DI DUGA 1
daniella merenung wajahnya di cermin. wajahnya kelihatan sebam sebab semalam dia tak cukup tidur. banyak perkara yang di fikirkannya sebab itulah dia tak tidur semalaman. ketika dia sedang merenung wajahnya di cermin tiba tiba, "daniella... oooh... daniella...", kedengaran suatu suara memanggil namanya dari sebalik pintu bilik tandas itu. daniella terkejut dari lamunannya. dia tahu itu ialah suara bosnya encik sani. cepat cepat dia berlari keluar dari dalam tandas itu. kelihatan encik sani berdiri di depan pintu tandas itu dengan wajah yang marah sekali. "oh... er... encik panggil saya?", soal daniella dengan pantas. "yalah... yang awak lama sangat dalam tandas tu buat apa, hah?... awak tak tahu kah kita ada dapat banyak order dari customers?", soal encik sani marah marah. "sorrylah encik... saya...", belum pun sempat daniella menghabiskan perkataannya. "ahh... sudah... sudah... saya tak nak dengar sebarang alasan dari mulut awak... cepat keluar... pergi hantar pizza yang di order oleh para pelanggan tu...", perintah encik sani dengan wajah yang garang sekali. cepat cepat daniella beredar dari situ.
dia menuju ke ruang dapur untuk mengambil kotak pizza yang hendak di hantar. "ini alamat rumah pelanggan yang order 5 kotak pizza ni... kau pergilah ke sana...", siti leha rakan sekerjanya bersuara sambil menyerahkan secarik kertas kepada daniella. perlahan lahan daniella mengambilnya. dia mengambil 5 kotak pizza yang hendak di hantar. "baiklah...", balas daniella sepatah. dia membawa keluar 5 kotak pizza itu dari restoran pizza tersebut. dia memandang jam di tangannya. ianya sudah menunjukkan pukul 8 malam. dia berharap sangat selepas ni tak ada lagi orang yang order pizza dari restoran pizza hot sebab dia sudah merasa letih sebenarnya. dia melangkah ke arah motosikalnya lalu meletakkan kotak kotak pizza itu di dalam bakul yang ada di belakang motosikal tersebut. selepas itu dia mula membonceng motosikalnya. enjin motosikal di hidupkan. tidak lama kemudian motosikal itu terus meluncur pergi dari situ.
*** *** ***
marsha melangkah mundar mandir di ruang koridor itu dengan perasaan bercelaru. salah seorang peserta rancangan realiti TV 'si cantik dan si tampan 2020' tiba tiba melarikan diri dari rumah agam itu. "oh my God... oh my God... apa yang harus aku lakukan sekarang... oh shit!....", marsha mengeluh sendirian. "marsha... marsha?", kedengaran suatu suara menyebut namanya. Maria tahu itu ialah suara puan javy, producer rancangan yang popular itu. "i'm coming puan... puan panggil saya ke?", soal marsha ingin tahu. "yalah... takkanlah awak tak dengar saya panggil awak tadi?", bentak puan javy dengan marah. "oh... i'm sorry puan... i'm sorry... saya sekarang tengah kusut ni...", kata marsha dengan jujur. "kusut?... kusut apanyer?", soal puan javy dengan dahi yang berkerut. "begini... salah seorang daripada peserta rancangan ini telah melarikan diri entah ke mana...", terang marsha dengan pantas. "apa?... ke mana peserta itu berada sekarang?", soal puan javy. "entahlah puan... saya sendiri pun tidak tahu di mana dia berada sekarang...", balas marsha. "lebih baik awak pergi cari dia daripada awak terus terpacak kat situ macam tunggul kayu...", bentak puan javy. "tapi puan saya tak tahu ke mana gadis tu pergi... saya dah hubungi dia tapi tak ada jawapan. saya dah hubungi ahli keluarganya masih juga tak ada jawapan...", balas marsha.
"awak kena cari dia sekarang juga kalau tidak saya akan pecat awak...", marah puan javy. "nanti dulu puan... nanti dulu... puan jangan marah marah... saya dapat idea ni... apa kata kalau kita mencari pengganti yang baru bagi menggantikan peserta yang menghilangkan diri tu?... saya rasa itu lebih bagus...", cadang marsha pula. "bagus apanyer? sekejap lagi rancangan 'si cantik & si tampan 2020' akan di tayangkan secara live. di mana lagi awak nak cari pengganti bagi peserta yang telah melarikan diri tu?...", soal puan javy dengan marah. belum pun sempat marsha bersuara tiba tiba, "ting tong... ting tong...", kedengaran bunyi loceng pintu rumah agam itu berbunyi nyaring. marsha segera membuka pintu rumah tersebut. kelihatan seorang gadis berbaju t'shirt merah berlogo pizza dan bertopi merah sedang berdiri di depan pintu. "pizza hot delivery... eh... marsha... kau ada di sini?", soal gadis itu terkejut sebaik saja mereka bertentang mata. "oh hai daniella... nasib baik awak datang ke sini... saya tengah di landa masalah ni...", marsha cepat cepat bersuara pada rakan serumahnya itu. "masalah apa pula tu?", soal daniella ingin tahu. "mari masuk... biar saya perkenalkan awak kepada majikan saya...", kata marsha dengan pantas. dia terus menarik tangan daniella masuk ke dalam rumah agam tersebut.
"eh... ke mana awak nak bawa saya ni?", soal daniella kehairanan. dia lihat begitu banyak orang sedang sibuk buat itu dan ini dalam rumah agam yang mewah itu. sebenarnya dia tidak tahu apakah yang marsha buat kat situ. maklumlah marsha belum pernah menceritakan apa apa pun mengenai pekerjaannya sebelum ini kepadanya biar pun mereka tinggal dalam satu rumah sewa yang sama. dia lihat semua orang sedang sibuk di situ. mereka seperti hendak membuat satu sesi penggambaran di situ pula. "jangan jangan marsha ni bekerja sebagai seorang artis ke?... haish... takkanlah dia artis pula... dia mungkin pekerja di belakang tabir dalam penggambaran kot?...", bisik hati kecil daniella tertanya tanya. "puan perkenalkan ini daniella binti haji syukri... dia akan menggantikan peserta yang telah melarikan diri tu...", kata marsha dengan pantas. "apa?... apa yang awak cakapkan ni?", soal daniella terkejut sebaik saja dia terdengar perkataan rakannya itu. "shhhh... awak diam...", bisik marsha di sebelahnya. "jadi awak nak gadis tomboy ini menggantikan tempat peserta tu?", soal puan javy dengan kening kiri terangkat ke atas. "ya... sebab dia cantik dan masih muda lagi... kita patut bagi peluang pada dia untuk mencuba nasib...", kata marsha dengan pantas. daniella merasa tak sedap hati. "buat apa pula awak melibatkan diri saya dalam rancangan TV ni ar???... saya bukannya nak masuk rancangan ini pun...", gerutu daniella separuh berbisik di sebelah marsha.
"shhh... diam... i will explain it to you later...", bisik marsha pula. "apa yang korang bisik bisikkan tu?", soal puan javy ingin tahu. "oh... nothing...", balas marsha cepat cepat. "so daniella... betul ke awak nak masuk rancangan 'si cantik & si tampan 2020' ni?", soal puan javy ingin tahu. "sebenarnya saya....", belum pun sempat daniella bersuara marsha terus saja memotong perkataannya. "er maaf puan... boleh tak puan bagi masa kepada saya untuk berbual dengan kawan saya ni sekejap?", soal marsha. "baiklah...", balas puan javy sepatah. marsha membawa daniella ke suatu sudut. "apa ni, sha? kenapa awak buat saya masuk dalam rancangan TV yang bodoh ni...", soal daniella dengan wajah yang tegang sekali. "begini ella... salah seorang peserta rancangan realiti TV ni tiba tiba saja melarikan diri entah ke mana jadi saya terpaksa mencari peserta baru bagi menggantikan tempatnya. masalahnya sekarang ini saya tak ada calon peserta yang lain thats why saya ambik awak jadi peserta baru dalam rancangan TV ni...", terang marsha panjang lebar. "tapi saya tak naklah masuk rancangan realiti TV macam ni...", kata daniella separuh geram. "alah... tolonglah saya, ella... kalau awak tak nak masuk rancangan TV ni macamana saya nak cari peserta baru lagi? sekejap lagi rancangan ini di tayangkan secara live, di mana lagi saya nak cari peserta baru tu?... lagi pun jikalau saya gagal mencari peserta baru tu saya akan di pecat oleh majikan saya yang teruk tu...", kata marsha panjang lebar.
"tapi saya tak suka masuk dalam rancangan TV macam inilah...", gerutu daniella. "alah... tolonglah saya kali ini... saya betul betul perlukan pertolongan dari awak... kalau awak tak tolong saya di mana lagi saya nak cari makan lepas kena pecat nanti... so pleaselah help me... saya merayu pada awak... please...", marsha merayu dengan muka kasihannya. apabila daniella melihat muka kawan serumahnya yang kasihan itu dia pun terpaksa cakap, "oh baiklah...". marsha melompat keriangan. "oh thanks ella... you will never regret it... this is gonna change your life forever...", kata marsha cukup excited. "tapi bagaimana saya nak cakap pada encik sani kelak jikalau dia tanya saya ke mana saya pergi? tentu dia tertanya tanya...", kata daniella dengan wajah yang serius. "jangan bimbang... saya akan cakap pada encik sani yang awak berhenti kerja dari restoran pizza hotnya tu sebab sekarang awak dah dapat pekerjaan yang baru iaitu menjadi peserta rancangan realiti TV yang terkenal...", kata marsha dengan riang sekali. "takkanlah saya perlu berhenti kerja pula gara gara di paksa masuk dalam rancangan TV ni?...", gerutu daniella separuh terkejut. "eh mestilah... kalau tak macamana awak nak tumpukan perhatian awak pada contest dalam rancangan realiti TV ni. lagi pun buat apa awak bersusah payah bekerja sedangkan awak boleh menang wang RM100 000 beserta piala kemenangan dalam rancangan realiti TV ni dalam sekelip mata saja?...", kata marsha dengan pantas.
"itu pun kalau saya menang... kalau saya tak menang macamana?", soal daniella masih dalam nada suara yang geram. "oh come onlah daniella... awak patut mencuba nasib dalam rancangan ni...", marsha bersuara dengan pantas. "yelah.. yelah...", balas daniella separuh hati. "Great... mari ikut saya...", marsha pantas menarik tangan daniella. mereka kembali melangkah ke arah puan javy yang berbangsa cina itu. "bagaimana?... awak bersetujukah menjadi peserta rancangan realiti TV ni?", soal puan javy ingin tahu. "baiklah saya setuju...", balas daniella perlahan lahan. "good for you... marsha, tolong sediakan kertas kontrak untuk gadis ni dan terangkan semua peraturan dalam pertandingan ini kepadanya, okay?", soal puan javy kepada marsha. "okay puan... saya akan sediakan kertas kontrak tu sekarang juga...", kata marsha dengan pantas. puan javy beredar dari situ. "now what's?", soal daniella pada marsha. "awak tunggu saya kat sini dulu ya... saya nak sediakan kertas kontrak untuk awak... awak duduk saja kat kerusi sofa ni...", kata marsha. belum pun sempat daniella bersuara marsha sudah beredar dari situ. daniella terpaksa duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ sambil berfikir sejenak. "oh God... i'm gonna be in a reality TV show from now on???... this is so unbelievable...", bisik daniella sendirian. dia sebenarnya tidak menyangka semua itu akan terjadi ke atas dirinya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro