Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2.3

TASNIM sedang sibuk membuat kira-kira hasil pendapatannya selama seminggu ini. Dia ingin merekodkan keluar masuk duit bisnes kecilnya. Tidak banyak, tapi Tasnim masih bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepadanya itu.

Tiba-tiba ada satu mesej masuk. Riak wajah Tasnim berubah.

"Tasnim pening betul dengan seorang ini."

"Hmmm?" Aswad yang sedang khusyuk bermain dengan telefonnya, cuba untuk menunjukkan dia mendengar isterinya.

"Tasnim dah cakap, kalau barang ada rosak... Tak boleh pulang balik duit."

"Asal nak pulang pula? Bawa ajelah pergi kedai baiki balik."

"Itu Tasnim cakap. Sebab barang itu ada warranty lagi. Ini dia tak nak, nak pulangkan barang itu dekat Tasnim. Minta refund duit."

"Pulak..."

Tasnim hanya mampu mengeluh. Itulah antara ragam pembeli yang dia hadapi. Ada sahaja yang aneh-aneh sehingga pening untuk dia menangani satu demi satu masalah. Dia tidak mampu berkata kasar kerana bimbang jika pembeli itu terasa hati. Tapi, bahasa apa yang mudah untuk dia gunakan bagi pembeli-pembeli ini mudah untuk faham.

"Kalau dia nak pulang, bagi ajelah duit. Nak sangat duit itu," kata Aswad tidak berpuas hati.

"Mana boleh, kalau dia pulang dekat Tasnim... Tasnim tak boleh pulangkan balik dekat supplier. Tasnim pun dah cakap dengan supplier, dia sendiri suruh bawa barang itu and nanti supplier tengok apa dia boleh buat. Ini main minta refund duit aje."

Aswad mendengus, "Itu namanya pembeli bangang. Ikut suka mak bapak dia aje."

Tasnim hanya mendiamkan diri. Tidak lagi berkata apa-apa. Dia kembali fokus dengan telefonnya.

Tidak lama itu, Aswad bangun dan keluar dari biliknya. Tasnim pada mulanya tidak mengendahkan itu. Namun, tiba-tiba matanya perasan akan telefon suaminya yang ditinggalkan di atas meja tepi katil.

Pada mulanya, Tasnim seperti tidak berfikir apa-apa. Namun, entah mengapa hatinya tergerak untuk mengambil telefon suaminya. Namun, belum sempat tangannya mencapai, suaminya muncul semula dan mengambil telefon.

Tasnim hanya memerhati dalam diam sebelum suaminya keluar semula dengan membawa telefon. Jauh di sudut hati, Tasnim merasakan ada yang tidak kena.

Naluri isterinya mula berkata sesuatu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro