Bab 6: Dia Yang Aku Tunggu
Persahabatan itu takkan lekang dengan timbunan masalah...
"Salah faham..."
"Fitnah..."
"Cemburu..."
Semua itu berlaku dalam sesebuah persahabatan...
Jadi...
Hadapilah ia dengan hati yang kental...
Mohon agar Allah kuatkan hati...
Dik, manusia mana yang tak ditimpa masalah...
Bahkan Rasul Tercinta juga menghadapi masalah...
Tapi...
Apabila masalah itu diselesaikan dengan cara yang betul...
Nescaya kau akan tenang...
Jika kau bersalah dalam masalah itu...
Apa yang membuatkan kau takut?
Ucapkan "maaf"
Walaupun dia berat untuk
memaafkan
***
"Percayalah,
Ungkapan maaf yang ikhlas...
Mampu memadamkan hati yang marak membakar..."
***
Jam dinding menunjukkan anah panahnya tepat pukul 8 pagi. Tatkala siang muncul dengan cerahnya warna biru langit, aku di sini masih terbaring layu di atas empukan katil. Celikan mata kadang kala berkelipan sakit dek kerana sinar terangnya sang matahari.
Kringggg...
"Aduh.. tertinggal solat subuh lagi!"
A
ku mengeluh sendiri.
Ya...
Itulah masalah aku...
Dan aku yakin, itu juga masalah kita semua...
Yang menggelarkan diri seorang Muslim...
"Sukar bangun subuh ..."
Itu bukanlah hal luar biasa...
Bukan sahaja selalu, malahan kerap ku tinggalkannya.
"Kerap..."
Sejak aku tinggal berasingan dengan keluarga, boleh dikatakan aku selalu melepaskan waktu yang barakah ini...
Demi sebuah keasyikan tidur yang menyeyakkan...
Tilam yang empuk...
Mimpi yang indah...
Dan suasana yang menenangkan...
Sebenarnya itu semua..
Tanpa ku sedari...
Sedikit demi sedikit menarik diri aku ke lembah dosa yang terhalang bauan syurga yang harum indahnya.
"Bila aku nk berubah ni?!"
"S**l la!"
Aku sangat marah pada diri sendiri. Mengangap bahawa, AKULAH HAFIZ TERBAIK!
Namun di sebelah sisi yang berbeza, ternyata aku seorang jahil agama yang cuma berselindung disebalik gelaran itu!
Sebagai muslim, aku rasa bersalah...
Aku patut rasa bersalah....
Bukan tiada sesiapa kejut. Khairin kerap mengetuk pintu bilikku setiap pagi.
Tapi... aku tidak sedar akan bunyi ketukan itu.
Aku diibaratkan tidur mati, lalu bangun apabila matahari sudah terpacak di atas kepala.
Teringat pula sewaktu aku pulang ke rumah keluaga untuk bercuti. Pembantu rumah selalu mengejutkan aku untuk solat subuh.
Dialah Mak Teh...
Katanya, kalau kita sentiasa bangun pagi untuk solat subuh, rezeki kita akan menjadi barakah. Ilmu yang kita kaji dan tela'ah pun akan senang ingat dan masuk ke dalam otak.
Mak Teh ada cakap, kalau kita dah tertinggal solat subuh secara kerap, memang payah untuk bangun kemudian hari. Pasti kita akan bertambah malas untuk melakukan apa sahaja.
Termasuklah solat. Hati yang gelap kelam akan menghalang diri untuk menuju ke laluan bercahaya yang lurus.
Untuk mencapai keredaan Allah....
Aku bertekad untuk menjaga solat subuhku mulai hari ini. Malah, untuk menjaga kelima-lima waktu solat.
Lebih-lebih lagi bila bulan ramadan kareem akan tiba tak lama lagi. Segala persiapan perlu dilakukan. Iaitu dengan melakukan ibadah secara istiqamah.
Jauh di sudut dalam hati, aku berasa lelah. Lelah melakukan dosa disaat bulan ramadan akan menyinari setiap satu ummat manusia tak lama lagi.
Tuala mandi di penyangkut ku genggam lalu ku tarik geram. Sedar akan diri begitu jahil. Hanya Allah tempat ku adu semuanya.
***
Mungkin ada hikmah disebalik dosa yang aku lakukan...
Kerana dosa yang aku buat, aku sedar akan setiap kesalahan aku.
Dan aku bertekad untuk berubah...
Dan cuba untuk menjadi seorang hamba Allah yang...
soleh...
taat...
Mungkin kerana aku seorang pendosa...
Yang cuma ingin ke syurga...
Oleh itu...
Aku akan tunggu kehadirannya...
Tunggu dan terus menunggu...
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro