Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5: Kerana Emosi Kau Mati

Apabila kau bergelut dalam suatu masalah yang semakin menghimpit,

Jangan pernah sesekali kau menyelesaikannya dengan emosi,

Sebaliknya dengan minda Yang nurani.

Ya...

Emosi itu tercipta dari sebuah rangsangan minda,

Namun satu-satunya yang dapat mengawal emosi,

Adalah

Minda

***

"Ha... Hari ni Chef Khairin masak special untuk insan-insan yang special oh yeah!"

"Alhamdulillah bro, terima kasih banyak-banyak. Menyusahkan kau je haih," keluh Wazir sambil menyenduk nasi.

"Makan je. Tak baik mengeluh depan makanan tau. Kira ni rezeki korang la..." Khairin membalas sambil menuang minuman untuk yang lain.

Aku disini masih termenung... Terus termenung...
Melihat muka pinggan kosong di hadapanku.

Ku tenung lama pinggan itu. Warnanya putih. Abyadh. Putih melambangkan kesucian. Warna kegemaran Rasul Tercinta.

Aku merenung betapa putihnya pinggan itu dalam-dalam. Pada masa yang sama, sebuah lamunan timbul dengan sendiri.

"Persahabatan itu umpama satu kertas lukisan putih.

Setiap seorang dalam suatu persahabatan itu mewakili satu jenis warna.

Ada merah, biru, hijau, kuning dan banyak lagi.

Lalu warna-warna itu pun bergabung, membentuk suatu lukisan dan warnaan yang indah.

Jika warnaan itu kemas dan rapi,
Sudah pasti itu bernilai.

Jika tidak, itu akan menjadi sebuah contengan yang tak membawa apa- apa nilai."

Bergitu juga dengan sebuah persahabatan...

Sebenarnya, semua orang ada perangai masing-masing. Ada yang tenang. Ada yang panas baran. Ada yang degil dan ada juga yang menghiburkan.

Setiap satu perangai ini mampu melengkapi antara satu dengan yang lain dalam sesebuah persahabatan.

Kuncinya terletak pada LUKISAN...

Lukisan itu mewakili cara kita untuk berkawan.

Jika urutan lukisannya cantik dan kemas. Maka cantiklah hasilnya.

Jika cara kita berkawan itu sesuai dengan nilai persahabatan itu, nescaya persahabatan itu akan lebih indah dari pelangi.

Seberat mana pun ujian yang menimpa sesebuah persahabatan itu, jika kita dapat kawal masalah itu dengan baik, maka baik lah jadinya.

Tapi jika sebaliknya,

Jadilah macam aku.

Aku hanyut dengan rasa ego yang deras. Panas baran yang melampau. Sehinggakan sekecil-kecil masalah boleh menjadi sebesar-besarnya.

Aku sia- siakan 5 tahun kehidupan dengan tunduk kepada rasa marah.

Sujud kepada rasa ego.

Dan aku kalah dengan dendam.

Maka, haruskah aku dimaafkan?

Aku tiada jawapan untuk soalan yang berat itu.

***

Mata aku mula menebal dengan air mata kekesalan. Di hadapan aku, ada Wazir, Khairin dan Daud . Mereka sedang menjamu selera. Mereka kelihatan gembira kerana sudah lama tak bersua.

Tapi aku tidak.
Aku tak gembira. Tunduknya kepalaku kerana rasa bersalah. Hanya malu mengenangkan nukilan yang lalu.

"Azri, kau okay tak bro?" Tanya Wazir seraya memandang tepat ke wajahku.

"Kau macam tak suka je kitorang datang?" tambah Daud dengan nada guraunya.

"Ehh takdelah... Aku gembira korang datang, cuma harini aku tak berapa sihat," jawabku sekaligus menghapuskan segala andaian mereka.

Mereka sudah mula mengesyaki jejak kesedihan aku. Kali ini, aku terpaksa berpura-pura gembira di hadapan mereka. Demi menjaga hati tetamu.

Dulu, arwah nenek ada pesan. Di hadapan rezeki, tak elok bersedih. Patutnya rezeki dihargai dan disyukuri. Bukan diratapi.

"Eh makanla, tambah lagi nasi dengan lauk tu. Banyak Khai masak hari ni!," terjahku dengan senyuman menutup seribu kedukaan.

"Bukan selalu aku rajin brader, hahaha. Untuk korang, aku sanggup tinggalkan PUBG time aku," jawab Khairin memecahkan suasana yang sedikit muram tadi.

"Syukur dapat kumpul bersama lagi kan?" Kataku sambil memandang setiap satu wajah mereka.

"Aku pun bersyukur sangat-sangat. Rindu nak berkumpul semula ramai- ramai macam kat Darul Falahiyah dulu!," Daud menambah.

"Mana tak rindunya... Masing-masing sibuk je memanjang. Sampai tak ada sikit pun masa untuk semua ni." Wazir kelihatan sedikit kesal kerana kesibukan masing-masing.

Makan malam pada malam itu pun berakhir dengan ucapan alhamdulillah. Memang tak dapat dinafikan bahawa juadah malam itu sungguh menyelerakan.

Orang tua-tua kata, kalau makan ramai-ramai ni, mesti menyelerakan. Lebih-lebih lagi makan dengan orang yang tersayang.


"Kadang aku terfikir akan segala nikmat yang Allah telah berikan kepada kita semua. Sebenarnya, apa yang kita syukuri sekarang ni, lagi sedikit dari segala nikmat yang telah Allah bagi."

-wazir mubarak-

Wazir Mubarak,

Dia adalah satu kesilapan aku pada suatu ketika dahulu.
Dia yang ku gelar kawan baik dan antara yang paling rapat dengan aku. Paling memahami aku suatu kala dahulu.

Namun...

Dia sebenarnya insan yang terjerat dengan konflik antara aku dan Zaf.

Aku menengkingnya dengan seribu tengkingan. Dia diam...

Aku memakinya dengan sejuta makian. Dia hanya diam...

Tapi apabila aku cuba memutuskan persahabatan dengannya,
Dia tidak mampu diam lagi...

Dia cuba menegakkan zahirnya kebenaran dengan memberi sejuta penerangan. Namun kejahilan aku memadamkan segala kenangan. Kebatilan sang keegoan juga yang berjaya menang.

Menghancurkan sebuah persahabatan.

***

Kami solat isyak berjemaah pada malam itu. Kali ini, dia Wazir mengetuai solat kami. Aku iqamat di belakangnya. Aku lihat, mereka bahagia kerana dapat solat bersama-sama seperti dahulu.

Ya, solat benar-benar membahagiakan.

Malam itu hujan turun ke bumi selebat-lebatnya. Angin sejuk dari luar masuk ke dalam ruang rumah sehingga langsir berkibaran.

Guruh di langit sambung-menyambung. Sesekali cahaya pintasan petir mengejutkan kami berempat.

Nampaknya, Wazir dan Daud terkandas di rumah kami. Mereka tak dapat pulang ke rumah kerana mereka menaiki motorsikal. Jalan raya pasti licin.

"Korang berdua bermalam je la kat sini. Esok pagi boleh balik," cadang Khairin melihatkan keadaan cuaca pada malam itu. Risau akan terjadinya musibah yang tidak diingini.

Mereka berdua hanya mengangguk faham. Lagipun, tidak menjadi masalah kalau mereka bermalam di sini. Meriahlah sedikit.

Masa yang berbaki malam itu, kami habiskan dengan berbual panjang. Seperti biasa, semua jenis kenangan keluar dari benak fikiran lalu di ceritakan semula. Gelak tawa kami memecahkan bunyi hujan yang masih tidak berhenti melimpah.

Momen ini sekali gus mengingatkan aku tentang kenangan masa lalu di Darul Falahiyah. Berkumpul bersama dalam bilik selepas selesai tasmik bacaan, berbual-bual dan bergurau senda. Tak ubah seperti apa yang kami sedang lakukan malam itu.

Cuma...

Tiada Zaf.

Malam semakin pekat. Dinginnya kian terasa seusai berhentinya hujan rahmat. Khairin dan Daud sudah dibuai mimpi. Aku rasa, Wazir juga telah lena tidur.

Aku?

Beranda rumah menjadi saksi penyesalan aku. Terkenang akan dosa lima tahun yang lalu. Menuduh melulu tanpa mendengar satu pun penjelasan.

Ya, dia Wazir...

Jam menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Di mana, waktu itu semua orang sedang berehat dari kepenatan di siang hari.

Hanya secawan teh o panas menemani aku tengah malam itu. Melihat persekitaran rumah yang sunyi sepi.

Dihantui penyesalan...

"Kenapa aku masih ego? Padahal Allah telah permudahkan urusan kau Azri!" soalku sendiri

"Dia dah ada dekat dengan kau, tapi kau masih tak mampu untuk mengungkapkan maaf!" jerit batinku.

Aku malu dengan diri sendiri.

Terus menghukum insan yang tak bersalah.

Aku malu...

Sesekali aku menghentak perlahan kepalaku di meja beranda. Terus mempersoalkan kenapa? kenapa? dan kenapa?...

"Kenapa?!" jeritku sedikit kuat kali ini.

Aku menghabiskan masa di situ hampir setengah jam. Menimbulkan persoalan demi persoalan yang takkan pernah terjawab.

Kerana ego dan malu yang tinggi, tiada siapa yang peduli. Jiwa di dalam jasad sebenarnya sangat pedih dan hampir mati. Penyesalan demi penyesalan merasuki.

Aku penat. Aku perlu berehat. Lantas Aku bangun dari kerusi dan mula melangkah masuk ke dalam ruang rumah.

"Wazir?"

"Hmm...."

"Okay, aku masuk tidur dulu bro..."


"Kejap!"

"Apa sebenarnya yang kau kesalkan...?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro