Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3: Gelisah Dalam Tenang

                "Putera Raja, termenung jauh nampak? Tak baik termenung waktu senja ni. Syaitan suka orang kuat termenung ni" terjah Khairin sekali gus menghentikan lamunanku. Dahiku berkerut. Gelaran putera raja sangat menjengkelkan buatku.

               Khairin memang begitu. Suka sangat menggelarkan aku sebegitu rupa memandangkan aku gemar dan kerap termenung ke luar tingkap dan melihat pemandangan di sekeliling. Ibarat seperti seorang putera raja melihat rakyat jelata dari menara istana kononnya.

               "Jom solat maghrib berjemaah." Sudah-sudahlah tu termenung. Bukannya ada teman wanita pun." ujarnya dengan selamba. Mendengar gurauan kasar yang keluar dari mulutnya, aku pun berdiri lalu memukul perlahan bahunya.

               Ada saja idea yang terlintas untuk mengusik aku. Walaupun aku sedang dilema masalah. Persoalan demi persoalan tentang Zaf datang menyerang mindaku. Aku layankan saja gurauannya...

             Dua lipatan sejadah dihampar rapi di atas lantai rumah. Satu sejadah untuk imam dan satu lagi untuk makmumnya. Alhamdulillah. Masih segar dalam benak ingatanku akan pembelajaran posisi solat berjemaah untuk seorang imam dan seorang makmum sewaktu di Sekolah Agama dahulu.

                Kedudukan sejadah mestilah menghala ke arah kiblat. Posisi seorang makmum mestilah berada di sebelah kanan imam tetapi posisi di sebelah kanan itu mestilah di belakangkan sedikit.


                Malam yang barakah ini, aku memilih untuk menjadi imam solat maghrib bermakmumkan Khairin. Biasanya, dialah yang akan mengetuai solatku. Namun, hari ini tidak. Selesai mengambil wuduk, berdirinya kami pada posisi solat jemaah. Khairin melafazkan iqamat dengan lancar dan baik menandakan bahawa solat akan didirikan dan perlu bersedia.

Laungan takbir "Allahu Akbar" memulakan ibadah solat dengan niat ikhlas kerana Allah.

Rukuknya kami dengan kalimat tasbih dan tahmid. Memuji kemuliaan Allah SWT.

Begitu juga dengan sujud. Meletakkan serendah-rendah diri di muka sejadah dan memuji ketinggian Allah SWT yang Maha Tinggi.

Takbir, tahmid dan tasbih di ulang lagi sehingga lengkap 3 rakaat. Ucapan salam ke kiri dan ke kanan mengakhiri ibadah solat maghrib pada malam itu.

                Seusai salam, doa dan kesyukuran sahajalah yang menjadi bualan mulut kami. Kalimah alhamdulillah tak henti-henti dilafazkan dan diucapkan dalam doa.

               Segala puji bagi Allah...

              Kami bersyukur kerana kami masih diberi peluang dan ruang untuk mengerjakan solat fardu.

                Pada ketika itu juga, doa untuk kedua ibu bapa tak pernah dilupakan. Terutamanya Khairin. Dia tak pernah lupa dan leka walaupun sedetik untuk menghadiahkan doa buat ayahandanya yang telahpun dijemput ke rahmatullah.

               Bagi Khairin, ayahnya merupakan seorang pejuang yang jatuh.

               Seorang lelaki perkasa yang berjuang untuk mencari rezeki buat anak-anaknya pagi, petang, siang dan malam. Tak kira bercuacakan panas terik mentari mahupun hujan lebat. Masih gagah keluar dari rumah untuk mencari rezeki buat keluarganya yang tercinta.

               Sampailah suatu masa, di mana pejuang yang dikagumi dan disayangi Khairin, akhirnya jatuh tersungkur ke muka bumi. Sayang untuk dibuang, manakan pahit untuk ditelan. Ayahnya terlibat dalam suatu nahas kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal yang ditunggangi ayahnya dan sebuah kereta.

               Aku ada bersamanya di hospital pada ketika itu. Menjadi saksi kepiluan yang perit untuk kawan baikku.  Dapat aku lihat air mata jantannya tak bisa ditahan lagi. Dia menangis dengan keras. Urat kepalanya timbul dengan jelas. Mukanya merah menyala. Tangisan itu sangat kuat sehingga boleh di dengari satu ruang pelawat. Air matanya mengalir dengan deras bagai tidak pernah di keluarkan. Mungkin selama ini dia hidup tenang dan bahagia bersama ayah dan adik-beradiknya yang lain.

           Bercerita tentang ibu? Ibunya telah lama bercerai dengan ayahnya. Sejak Khairin berusia 5 Tahun, ayahnya telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memberi didikan agama secukupnya buat Khairin.

             Alhamdulillah.

             Khairin membesar menjadi seorang hafiz yang berjaya dan hebat. Walaupun masa untuk mendapat kasih sayang ibu sangat suntuk, namun dia tetap kecapi bahagia dengan kehidupannya.

               Menjadi moto hidupku "hargailah seseorang selagi dia masih ada di depan mata"

              Khairin berdoa agak lama malam ini. Melihatnya menjadikan aku tenang. Anak yang soleh tidak akan sesekali membazirkan waktu yang ada. Masa yang ada, digunakan untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa.

               Aku terseyum. Memandang Khairin umpama idola pemuda islam yang wajar dicontohi anak muda akhir zaman ini. Ketika itu, aku sekali lagi bermonolog pada diri.

              "Mampukah untuk aku mengikuti jejak langkahnya?". Ya, sekali lagi aku tiada jawapan untuk persoalan itu.

                Nampaknya Khairin sudah selesai berdoa. Kami bersalaman erat.  "Maafkan aku tentang apa yang berlaku pagi tadi? Aku tak berniat untuk menengking..." ucapan maafku diberhentikan tiba-tiba.

               "Azri, dah berapa lama aku hidup dengan kau? Aku tak terasa hati pun. Lek lek je" ujarnya sambil mengajakku ke arah dapur untuk makan malam. Hatiku berbisik sendiri, mungkin inilah definisi sahabat sejati. "Sabar" menjadikan dia sahabat yang dikagumi. Kalau aku tengking kawan yang lain, pasti hubungan sudah menjadi renggang. Silap hari bulan, benci membenci, sihir menyihir yang menjadi penyelesaiannya. Tak ubah seperti Zaf!

***
                Melihat juadah makanan yang disajikan oleh Khairin di atas meja, fikiran kepada kekejian Zaf langsung menghilang.

                "Kau masak semua ni?" tanyaku dengan terkejut. Tak pernah-pernah aku lihat dia masak sebanyak ini. Ibarat memasak untuk tetamu yang ramai. Ada sambal ikan, ayam goreng, sambal udang dan ulam-ulaman.

                  Biasanya, makan malam tak semeriah ini. "Kenapa masak banyak-banyak ni, kita berdua je yang nak makan. Nanti tak habis, membazir pula" kataku sambil menarik kerusi untuk duduk.

                  
                  Khairin tidak menjawab pertanyaan-pertanyaanku. Aku dapat lihat dia tersenyum seorang diri sambil menyediakan air minuman.

                Aku pelik melihat perilakunya. Namun aku malas berfikir panjang. Aku hanya menganggap bahawa dia rajin untuk memasak dengan banyak hari ini.


                "Gurrr gurrrr...." Perutku berkeroncong kuat. Aku yang menahan lapar dari petang tadi langsung menyenduk nasi. Nafsu makan mula melonjak-lonjak. Lagi terliur apabila melihat Sambal Udang Petai tersusun cantik di atas meja. Tak tahan melihatnya. Makanan kesukaan aku tu. Camca besar Sambal Udang terus ku capai perlahan.

                 Belum sempat jariku menyentuh camca makanan, tiba-tiba loceng rumah memecahkan suasana sunyi.

               Aku terkejut. Rasa laparku terganggu seketika. Kedengaran loceng itu ditekan berulang-ulang kali tanpa henti. Ting tong ting tong ting tong ting tong.

             Khairin yang sedang sibuk menyediakan makanan, memintaku  membuka pintu. Bengang dengan bunyi bising loceng yang ditekan, aku lantas menuju ke arah pintu rumah.

                "Memang tak reti hormat orang ke? Bagi salam pun tidak!" terjahku seraya membuka pintu.

                 "Assalamualaikum Hafiz Terbaik... "  

                  Ka.. ka.. kau???

               

              

            

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro