Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

10 tahun yang lalu...

"ZU, ni ada surat untuk kau." Mira, sahabat baik Zulaikha di Raudhatul Jannah menghulurkan sehelai sampul surat berwarna merah jambu.

"Daripada siapa?"

"Kau ni, buat-buat tanya pula. Siapa lagi kalau bukan si Faliq tu. Buah hati pengarang jantung kau." Mira sedikit mencebik. Sakit hati apabila terpaksa menjadi orang tengah untuk Faliq dan Zulaikha. Padahal dia sudah lama menyimpan perasaan kepada anak pegawai polis itu.

"Isy, mana ada. Aku dengan Faliq tu kawan ajelah." Zulaikha menafikan kata-kata Mira. Padahal dia juga sudah terjatuh suka dengan Faliq. Budak lelaki handsome di kelas sebelah. Antara budak lelaki famous di sekolah mereka.  

"Tak payah tipulah, Zu. Aku tau kau pun sukakan dia, kan? Kalau tak, takkan kau balas surat-surat dia." 

Zulaikha tersengih malu mendengar kata-kata Mira. Ah, dia sudah terlanjur membalas surat-surat Faliq. Walaupun mereka belum pernah bertentang mata dan hanya berbalas surat, namun ada satu perasaan indah dalam hatinya. Mungkin inilah yang orang panggil cinta monyet.

"Sudahlah berangan tu, Zu. Ni, kau jangan lupa simpan elok-elok surat tu. Nanti walid dan bonda tau, habislah kau."

Zulaikha telan liur mendengar ugutan Mira. Ya, dia takut ketahuan dengan walid dan bonda, pasangan suami isteri yang menjaga mereka di Raudhatul Jannah.


Masa kini...

"Miss, mana nak letak barang-barang ni?" Soalan Johan membuyarkan lamunan Zulaikha. Sebaik sahaja sampai di Raudhatul Jannah, dia teringat peristiwa lampau.

"Oh, awak letak dekat tepi dewan. Dah panggil adik-adik untuk datang register ke?"

"Dah miss. Khairul and the gang dah tolong handle registration. Yang lain tengah susun barang barang untuk aktiviti kita nanti. Makanan pun nak hidang siap-siap untuk minum pagi sama-sama." Bersemangat Johan memberi penjelasan kepada Zulaikha. 

"Good. Saya ke pejabat dulu. Awak handle dulu, ya? Apa-apa nanti boleh WhatsApp saya."

Johan mengangguk tanda memahami arahan Zulaikha. Dia segera melangkah ke arah rakan-rakannya yang lain. Sekejap lagi mereka akan memulakan aktiviti bersama anak-anak yatim di Raudhatul Jannah.

Zulaikha mengeluh perlahan apabila teringatkan sahabatnya, Mira. Peristiwa lampau antara dia, Mira dan Faliq berlaku semasa mereka berada di tingkatan tiga. Selepas sahaja perhubungannya dengan Faliq dihidu oleh walid dan bonda, dia terpaksa memutuskan hubungan mereka. Kebetulan juga pada masa itu dia menjadi anak angkat kepada Dato Asri dan Datin Suhaila.

Dengan keputusan PMR yang cemerlang, dia ditawarkan ke MRSM. Semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh abi dan umi. Betapa dia bersyukur dengan rezeki dan anugerah yang telah Allah kurniakan buatnya.

"Zulaikha, lajunya you jalan."

Langkah Zulaikha mati apabila ditegur sebegitu. Dia berpaling dan lantas menepuk dahi. Sungguh dia lupa yang Haikal ada bersama. Patutlah sejak tadi dia merasa diperhatikan.

"Allah! Maaf, I lupa yang doktor ada sekali."

"Sampai hati you lupakan I. I ni sejak tadi berdiri sebelah you pun you boleh tak perasan. Teringatkan orang tersayang ke?"

Zulaikha tertawa kecil untuk menutup malu. Ah, pasti lelaki ini perasan dia mengelamun tadi. Macam manalah dia boleh terlupa ada Haikal bersama-sama tadi? Kalau tidak, pasti dia tidak hanyut dalam lamunannya tadi.

 Haikal pula terpanar melihat Zulaikha ketawa. 'Cantik!' Walaupun ini bukan kali pertama dia melihat gadis itu ketawa, namun rasanya lain bila ketawa itu hanya untuknya. Ternyata tindakannya menyertai program hari ini tidak sia-sia.

"Sorry, doc."

"Stop calling me doc. Just Kal, okey." Haikal berkata dengan senyuman manis di bibir.

"Oh, okey. Jomlah, I kenalkan dengan walid dan bonda." Zulaikha mempelawa Haikal sambil kaki diayun ke arah pintu berlabel pejabat.

"Walid dan bonda you memang duduk sini ke?" Tersungging senyuman di wajah Zulaikha mendengar soalan Haikal. Dia sudah biasa diajukan soalan sebegitu.

"Eh, taklah. Walid dan bonda tu gelaran untuk penjaga anak-anak Raudhatul Jannah. You pun boleh panggil walid dan bonda."

"Oh, I thought they are your parents. By the way, you memang rapat ke dengan walid dan bonda?" 

 "Yes. Dia orang selalu update I kalau ada apa-apa yang penting."

"I ada terdengar yang your father ialah penaung Yayasan Raudhatul Jannah. I thought tu la walid." 

 "Alhamdulillah, rezeki dikongsi bersama."

"I harap one day, I boleh jumpa your parents, especially your father." Haikal tersengih ke arah Zulaikha. 'Untuk meminang you,' sambungnya dalam hati.

"Sure! Why not? My parents mesti happy jumpa you. Seorang doktor muda yang sibuk tapi masih boleh luangkan masa untuk anak-anak di sini." Zulaikha membalas bersahaja tanpa mengetahui maksud sebenar Haikal.

Haikal hanya tersenyum mendengar kata-kata Zulaikha. Alangkah indahnya kalau dia berjaya menjadikan Zulaikha miliknya dalam masa terdekat.

Mereka kini sudah tiba di pejabat yang menempatkan bahagian pentadbiran Raudhatul Jannah. Setelah memperkenalkan Haikal kepada walid dan bonda, Zulaikha menerangkan sedikit sebanyak berkenaan program mereka hari ini. Sepanjang penerangan tersebut, mata Haikal tidak berkalih daripada menatap wajah ayu Zulaikha.

Zulaikha dan bonda masih di dalam pejabat untuk menguruskan sesuatu berkaitan anak-anak perempuan di Raudhatul Jannah. Manakala Haikal dan walid bergerak ke dewan yang menjadi tempat aktiviti mereka hari ini.

Kelihatan Johan dan beberapa orang pelajar sedang mengendalikan sesi ice breaking bersama anak anak Raudhatul Jannah. Tersenyum lebar Haikal melihat kesungguhan pelajar-pelajar itu menyantuni anak-anak yang kurang bernasib baik. Betapa dia bersyukur dilahirkan dalam sebuah keluarga sempurna.

"Dah lama doktor kenal Zu?" Soalan walid membuatkan Haikal membuang pandang ke sisinya. Wajah berkedut walid yang nampak tegas itu dipandang dengan senyuman di bibir. Zu? Sedap juga panggilan tu, manja aje bunyinya.

"Walid tak payahlah panggil saya doktor. Cukup panggil saya Kal. Saya kenal Zu sejak hari pertama saya mendaftar di kolej, dua tahun yang lepas."

"Oh, lama juga. Kenapa ambil masa lama sangat?"

Berkerut dahi Haikal mendengar soalan walid. Apa yang lamanya?

"Oh, saya baru ada kesempatan join program di sini. Biasanya weekend saya banyak uruskan student practical termasuk melawat mereka di hospital." 

"Bukan tu maksud walid."

Semakin pelik Haikal mendengar kata-kata walid. Ditambah dengan senyuman lebar di bibir lelaki tua itu, membuatkan Haikal semakin keliru.

"Walid tau Kal sukakan Zu. Jangan tunggu lama lama. Zu tu special, senang buat orang jatuh hati." 

Terkedu Haikal mendengar kata-kata walid. Ketara sangatkah yang dia sukakan Zu? Terasa panas wajahnya bila bertentang mata dengan walid yang masih tersenyum lebar.

"Kal, walid pernah muda juga. Walid tahu macam mana rasanya menyayangi seseorang tanpa dia tahu kita sayangkan dia. Zu seorang wanita yang baik dan walid yakin Kal juga seorang lelaki yang baik. Jangan lambat-lambatkan perkara yang baik."

Haikal tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pandangannya dipusatkan kepada walid. 

"Zu tak ada special boyfriend ke, walid? Saya risau juga kot-kot dia dah ada yang tunggu."

"Setahu walid, tak ada. Kalau ada, mesti dia dah cerita pada bonda. Dia dengan bonda mana ada rahsia," jawab walid dalam tawanya. 

"Tapi, Kal sanggup ke terima semua kekurangan Zu?"

"Apa maksud walid? Kal nampak Zu tu seorang wanita yang sempurna. Tak ada cacat celanya."

 "Kal, kita manusia ni tiada yang sempurna. Setiap daripada kita mesti ada lebih kurang di sana sini. Tapi, bila kita hidup berpasangan, kekurangan pasangan kita itulah yang patut kita tampung dengan kelebihan kita. Dalam masa yang sama jangan pernah jadikan alasan kekurangan itu sebagai punca hilangnya kasih sayang." 

 "Insya-Allah, walid. Kal sanggup terima semua kekurangan Zu. Walid doakan Kal berjaya tau." Haikal membalas dengan kenyitan di mata. Walaupun itu kali pertama dia berjumpa dengan lelaki bergelar walid ini, namun dia sudah merasa selesa dengannya.

"Dr. Haikal, kejap lagi sesi sukaneka. Doc nak join sekali tak?" Soalan Khairul mematikan perbualan Haikal dan walid.

"Sure!"

Khairul tersengih senang mendengar jawapan pensyarahnya itu. Mata meliar mencari Zulaikha.

"Miss mana, doc? Ingat nak ajak miss join sekali."

"Kenapa Khairul? Ada apa-apa saya boleh bantu?" 

Khairul terkejut mendengar suara Zulaikha di belakangnya. Haikal juga agak tegang wajahnya. Risau jika perbualannya dengan walid tadi didengari oleh gadis tersebut. Tapi, melihatkan wajah tenang Zulaikha dengan senyumannya, kerisauan Haikal sirna. Dia yakin perbualan mereka tadi tidak didengari oleh gadis tersebut. 

"Oh, miss nak join tak sukaneka?" Khairul bertanya pula kenapa Zulaikha.

"Boleh. Dah lama saya tak main sukaneka ni. Jom bonda dan walid, kita main sekali."

"Biarlah yang muda-muda saja. Bonda dan walid tengok aje dari sini." Bonda menolak lembut pelawaan Zulaikha. Cukuplah dia sekadar menjadi penonton. Dia sudah cukup seronok melihat wajah ceria anak-anak Raudhatul Jannah dengan aktiviti sebegitu.

Zulaikha dan Haikal melangkah ke depan dewan sambil diiringi oleh Khairul. Sesekali terdengar usikan nakal daripada pelajar kolej melihat gandingan Miss Zulaikha dan Dr. Haikal mereka.

Permainan pertama adalah permainan Musang Berjanggut. Untuk permainan ini, hanya Zulaikha yang akan turut serta, manakala Haikal akan bertindak selaku pengadil. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang peserta.

Setiap pasukan dibekalkan dengan sebuah uncang berisi lima jenis kekacang dan garam halus serta beberapa helai kertas surat khabar lama. Peserta dikehendaki mengasingkan kekacang mengikut jenis dan garam di atas kertas surat khabar tadi. Agak riuh suasana dewan melihat kekalutan para peserta apabila masa yang diberikan hanya lima minit.

Zulaikha turut sama membantu ahli pasukannya mengasingkan kekacang yang ada. Dia membiarkan dua peserta lain memonopoli permainan sementara dia bertindak ala kadar, tidak mahu mengganggu keterujaan anak-anak tersebut. Sesekali mereka ketawa apabila tangan saling berlanggar semasa mengasingkan kekacang tersebut. Permainan Musang Berjanggut berakhir lima minit kemudian. Masing-masing tergelak suka melihat hasil kerja mereka.

Haikal pula ralit memerhati Zulaikha sehingga menerbitkan senyuman lebar di bibirnya. Gadis itu nampak sangat sempurna di matanya. Mengingatkan kata kata walid tadi, dia tekad untuk mendekati dan meluahkan isi hatinya kepada Zulaikha dalam masa terdekat. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro