36 (End)
by the way, maybe chapter last ni pendek sikit 😁 hehehe jangan marah ye
2 tahun kemudian...
Jayden dan Sophie kini dalam perjalanan menuju ke Athena Psychiatrist Hospital. Hari ini merupakan hari di mana Hayden akan keluar daripada hospital dan Sophie mengajak Jayden untuk pergi mengambil Hayden di sana.
Jayden hanya menurut sahaja ajakan kakak iparnya itu. Lagipun, Jayden tahu yang Sophie amat merindui Hayden.
Sejak 2 tahun yang lalu, Jayden la yang menjaga Sophie. Jayden fikirkan yang Sophie akan meninggalkan abangnya selepas mengetahui akan perbuatan gila Hayden. Namun Jayden salah mengenai itu.
Sophie tidak pernah berhenti menunggu hari Hayden akan dikeluarkan daripada hospital. Sophie juga tidak pernah berhenti untuk mencintai suaminya itu.
Selama tempoh 2 tahun itulah, Sophie terpaksa mendengar segala cacian dan makian yang dilemparkan terhadap dirinya.
Semua makian dan cacian itu berpunca daripada perbuatan Hayden. Walaupun selalu dimaki dan dicaci, Sophie hanya memekakkan telinganya sahaja.
Jayden turut menghadapi benda yang sama seperti Sophie, namun tidak seteruk kakak iparnya itu.
Kadang-kadang, Jayden berasa kasihan terhadap Sophie yang disisihkan (?) oleh masyarakat kerana kesalahan Hayden.
Athena Psychiatrist Hospital
Jayden dan Sophie sedang menunggu Hayden di lobi hospital tersebut. Sesekali Sophie akan mengerling jam tangannya.
"Jay, kalau akak nak tanya sesuatu boleh?"soal Sophie.
"Apa dia? Akak tanya je la"ujar Jayden.
"Kamu masih marahkan abang kamu ke?"soal Sophie.
"Entah la Kak Sophie. Nak kata marah tu, memang la Jay marah. Tapi dia still abang kandung Jay. Sejahat mana pun dia, dia still ahli keluarga Jay"balas Jayden.
"Cik ni Cik Sophie kan?"tegur seorang doktor lelaki kepada Sophie.
"Ye, saya Sophie"jawab Sophie. "Kenapa ye?"tanya Sophie.
"Cik Sophie sila tandatangan surat-surat ini. Ini sebagai bukti yang Cik Sophie datang untuk membawa balik suami Cik"terang doktor lelaki itu (aku tahu aku merepek di sini, dah diam).
"Ah, baiklah"balas Sophie pendek.
Sophie pun terus menandatangani surat-surat tersebut. Kemudian, Sophie dan Jayden pun menuju ke wad Hayden.
"Hi setan"Jayden menegur Hayden.
"Hi beast"Hayden membalas teguran Jayden.
"Kak Sophie, tengok suami akak tu"Jayden mengadu kat Sophie.
"Mengada"Hayden berkata.
"Dah jom balik"Sophie berkata. "Nak bergaduh, bergaduh dekat rumah"Sophie berkata lagi.
Jayden menolak Hayden lalu berlari keluar dengan Sophie. Hayden menggelengkan kepalanya sahaja, malas nak bergaduh dengan Jayden.
Jayden pun terus memandu keretanya menuju ke rumah milik keluarga.
Hayden tidak bersuara, begitu juga dengan Sophie dan Jayden. Perjalanan mereka hanya ditemani dengan suara radio sahaja.
"Papai e mamãe virão para a Malásia em breve"Jayden bersuara.
(Papa dan mama akan datang ke Malaysia tidak lama lagi)
"Para que eles vieram aqui? Para me encontrar?"Hayden bertanya.
(For what did they come here? To meet me?)
"Papai e mamãe estão preocupados com você"jawab Jayden.
(Papa dan mama risaukan kau)
"Aku fikir diorang bencikan aku"Hayden berkata.
"Diorang tak pernah bencikan kau. Diorang sayangkan kau"Jayden berkata.
"Mama papa awak sayangkan awak Hayden"Sophie menyokong apa yang Jayden katakan tadi. "Mama awak selalu call saya, tanya pasal keadaan awak"Sophie berkata.
"Papa pun sama. Kalau diorang tak sayangkan kau, diorang takkan call Kak Sophie, tanya pasal kau"Jayden berkata.
"Kau tak benci aku ke Jay?"Hayden bertanya kepada adiknya itu.
"Benci sangat-sangat"Jayden menjawab. "Tapi kau tetap abang aku. Mama papa tak pernah ajar aku untuk benci kau walaupun kau tu jahat"Jayden berkata.
Hayden hanya memandang ke Jayden sebentar sahaja. Sophie yang berada di tempat duduk belakang tidak mengatakan apa-apa pun.
Sophie cuma berharap yang Hayden dan Jayden tidak lagi bermusuhan. Wanita itu hanya mahu melihat Hayden dan Jayden berbaik.
Adriel's house
Adriel yang berada di bilik kerjanya itu sedang sibuk menyiapkan kerjanya. Kat pejabat bekerja, kat rumah pun bekerja juga.
"Dada!"suara jeritan si kecil menarik perhatian Adriel.
"Princess buat apa kat sini?"Adriel berhenti melakukan kerjanya itu lalu mendukung si kecil itu.
Engku Eryna Ayra atau lebih mesra dipanggil dengan nama Eryna itu hanya tersenyum sebaik sahaja didukung oleh Adriel.
Adriel dan Emelia dikurniakan dengan sepasang anak kembar, iaitu Engku Eryna Ayra dan Engku Emran Aidil, masing-masing berusia 2 tahun.
Eryna suka bermanja dengan Adriel, Emran pula suka bermanja dengan Emelia.
"Eryna, kan Ibu dah pesan jangan ganggu Ayah"kata Emelia yang berada di depan pintu bilik kerja suaminya itu.
Pening kepala Emelia dengan perangai anak perempuannya itu. Eryna suka betul berkepit dengan Adriel, sampaikan Adriel nak pergi kerja pun Eryna nak ikut.
"Mana Emran?"Adriel bertanya, selalunya anak terunanya itu berkepit dengan Emelia.
"Dengan Pak Long dia la kat bawah"Emelia menjawab dan Adriel anggukan kepalanya sahaja.
Siapa Pak Long yang Emelia maksudkan itu? Siapa lagi kalau bukan si Eric, abang Emelia.
Selalunya Eric la yang akan menjaga Emran dan Eryna bila pasangan suami isteri itu bekerja.
Itu pun kerana Emelia yang meminta bantuan abangnya itu. Emelia tidak mahu mengupah pengasuh kerana dia tidak mempercayai orang luar untuk menjaga anak-anaknya.
"Eryna, jom. Pak Long datang tu"Emelia berkata.
Eryna terus memeluk Adriel apabila Emelia cuba untuk mendukung si kecil itu. Amboi, bukan main lagi si Eryna ni peluk ayah dia.
"Hey, tu suami Ibu la. Apa ni?"Emelia acah-acah marah.
"Dada"Eryna berkata.
"Dengan anak sendiri pun nak bergaduh ke? Cuba la matang sikit Cik Aishah oi"Adriel bersuara.
Emelia mencubit lengan sasa suaminya itu. Ada sahaja ayat Adriel yang nak buat Emelia marah.
Adriel terus melangkah keluar dari bilik kerjanya sambil mendukung Eryna. Tangannya yang lagi satu memegang tangan Emelia.
Emelia mengikuti langkah suaminya itu. Sudahlah tinggi macam galah, laju pula tu berjalan.
"Korang tengah buat apa kat atas hah? Lama betul"Eric bersuara.
"Buat anak"selamba sahaja Adriel menjawab.
"Dasar otak biru kuning kau"Eric menjeling ke arah Adriel. "Dah jom. Mommy dengan Daddy dah tunggu korang kat rumah Umi dengan Walid"kata Eric.
Hari ini keluarga Hamzah menjemput Adriel sekeluarga dan keluarga Eric ke majlis pertunangannya.
Rumah keluarga Hamzah
"Bro! Selamat bertunang"Eric merangkul erat leher Hamzah.
"Terkejut aku bengap. Kau ni"Hamzah menjeling ke arah Eric.
"Kak Aishah! Nak dukung Eryna"Ayesha meminta kebenaran daripada Emelia.
"Tanya la Abang Adriel, jangan tanya Kak Aishah"jawab Emelia.
"Abang Adriel, Ayesha nak dukung Eryna boleh?"Ayesha bertanya kepada Adriel.
"Boleh tapi kalau Eryna nangis, Abang Adriel tak tahu"Adriel berkata.
Adriel menyerahkan Eryna kepada Ayesha. Ayesha terus mendukung Eryna lalu membawa Eryna ke arah Puan Alisa dan Mrs. Smith.
Emran sudah pun berada dengan Engku Firdaus. Emran asyik menarik misai Engku Firdaus, si Emran fikir tu misai palsu kot.
"Mana tunang kau Hamzah?"Eric bertanya.
"Kat Mekah"jawab Hamzah. "Parents dia je yang datang, tunang aku tak datang"jelas Hamzah.
"Ouh, faham"Eric berkata. "Tak lama lagi boleh la aku merasa nasi minyak kau"Eric mengusik sepupunya itu.
"Kau pula bila? Takkan la kau takde calon lagi Wazzi?"Hamzah bertanya.
Si Eric ni bukannya tak kacak, kacak je. Tapi asal Eric belum berpunya eh? Pelik juga Hamzah dengan Eric ni.
"Kalau ada jodoh, ada la"Eric menjawab. "Aku yakin yang Allah dah tetapkan jodoh yang terbaik untuk aku. Cuma masa yang menentukan semua tu"Eric berkata.
Mata Eric tertumpu ke arah Adriel dan Emelia. Jejaka itu tersenyum kecil apabila melihat wajah gembira Emelia.
Eric bersyukur sangat kerana Emelia memiliki seorang suami yang boleh membahagiakan adiknya itu.
Emelia dan Adriel juga memiliki dua cahaya mata yang sangat comel untuk melengkapi keluarga mereka.
Kebahagiaan Emelia merupakan kebahagiaan buat Eric. Melihat adiknya tersenyum gembira sudah cukup untuk membuatkan Eric gembira.
"Thanks"Emelia menoleh ke arah Adriel.
"For what?"Adriel bertanya.
"Sebab sudi terima Aishah dalam hidup abang"Emelia berkata.
"Abang yang sepatutnya berterima kasih kat Aishah. Aishah banyak ubah abang, Aishah buatkan hidup abang bahagia"Adriel berkata sambil tersenyum.
Senyuman Adriel itu mampu membuatkan mana-mana anak gadis gila. Namun, senyuman itu hanya ditunjukkan buat Emelia sahaja.
"Pengantin lama tak payah la sweet kat sini. Ramai yang single kat sini woi"Hamzah berkata kepada Emelia dan Adriel.
"Cepat-cepat la nikah. Baru tak terasa single"sindir Adriel.
Kesemua saudara-mara Emelia yang hadir ketawa sahaja mendengar perbalahan kecil antara Adriel dan Hamzah itu.
Engku Firdaus yang sedang mendukung Emran pun turut ketawa sama, begitu juga dengan Mr. dan Mr. Smith.
Emelia dan Adriel cuma mampu berdoa agar kebahagiaan mereka itu kekal sehingga ke akhir hayatnya.
-The End-
Taeyoung : Hai guys!
Hyunna, Sunwoo, Wia dan Chanhee : lambai tangan kat cameras
Taeyoung: Finally, "Takdir yang Tertulis" dah pun melabuhkan tirai.
Sunwoo : Walaupun watak kami ni macam biskut chipsmore, kami tetap berterima kasih sebab Syasya sudi amik kami bekerja.
Syasya : Bila masa aku sudi??
Wia : So, Syasya Unnie
Syasya : Ye Wia sayang?
Wia : Ada special chapters tak???
Syasya : Inshallah ada
Hyunna : Really?
Syasya : Kalau ada idea, ada la special chapters tu smile
Chanhee : Itu sahaja daripada kami.
Taeyoung, Sunwoo, Chanhee, Syasya, Wia dan Hyunna : BYE!!!!!
sᴘᴇᴄɪᴀʟ ᴛʜᴀɴsᴋ ᴛᴏ :
fiffyy_ (fifi)
zackhiel_pro (pipit)
user_zyluc (lucca)
nana__lee (nana)
-XNLUVR (hyunn)
HanHyeri009 (hoonie)
and wia ^^ love u guys
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro