Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

33

Emelia terus berlari tanpa henti. Walaupun kaki Emelia terluka akibat terkena kaca semasa dia keluar melalui tingkap, Emelia tetap terus berlari.

Apabila sudah jauh daripada tempat dia dikurung, Emelia berhenti rehat di sebalik sebatang pokok.

Emelia bersandar di batang pokok itu lalu cuba mengatur nafasnya (?). Emelia memerhati keadaan sekelilingnya untuk memastikan yang dia tidak dikejar oleh Hayden.

Emelia mengeluarkan telefon milik Hayden yang dia ambil tadi lalu membukanya. Untung sahaja Emelia mengetahui kata laluan telefon Hayden itu.

Tanpa membuang masa, Emelia terus mendail nombor Jayden.

JL Company

Jayden yang sedang menyemak sesuatu itu pun berhenti seketika apabila telefonnya berdering.

Jayden pelik apabila melihat nama Hayden tertera di skrin telefonnya. Tapi Jayden tetap menjawab panggilan tersebut.

"Hello? What do you want Hayden?"soal Jayden sebaik sahaja dia menjawab panggilan itu.

"Jay... it's me"kata Emelia. "P-Please help me"kata Emelia lagi.

"Lia? ¿Dónde estás?"soal Jayden.

(Lia? Awak berada di mana?)

"I don't know where am I either"balas Emelia.

"Stay on the line. Don't end the call up, okay?"kata Jayden.

Jayden terus ke pejabat Adriel dan mengetuk pintu pejabat Adriel sebelum memasuki ruangan pejabat bossnya itu.

"What it's Jayden?"soal Adriel sambil memandang Jayden.

"You might wanna come with me now"kata Jayden.

"Ke mana?"soal Adriel lagi, Jayden cuba untuk tidak memaki hamun bossnya itu.

"Kalau kau sayangkan Lia, then ikut aku. But if kau tak sayangkan dia, then lepaskan dia"kata Jayden.

Jayden keluar daripada pejabat Adriel tak lama itu. Malas dia berada di situ lama-lama, silap-silap jadi gelanggang WWE nanti.

Jayden terus keluar daripada bangunan JL Company lalu menaiki keretanya dan memandu menuju ke rumah Lucca.

Adriel yang mendengar kata-kata Jayden tadi pun terdiam. Adriel faham apa yang Jayden cuba maksudkan tadi.

di tempat Rachel dikurung

Rachel akhirnya berjaya melepaskan ikatan di tangan dan kakinya. Kini Rachel perlu keluar daripada tempat itu.

Rachel cuba untuk membuka pintu ruangan itu, dan dia berjaya.

"Dasar bodoh. Orang yang sepatutnya kunci pintu ruangan ni tak kunci pintu, bangang rupanya diorang ni"gumam Rachel perlahan.

Rachel memandang ke kiri dan ke kanan beberapa kali untuk memastikan tidak ada orang di situ.

Rachel pun terus berlari keluar daripada situ secepat mungkin sebelum dia ditemukan oleh orang-orang bawahan Amanda.

Lucca's house

Lucca sedang berbincang sesuatu dengan anggota-anggota bawahannya.

Tiba-tiba sahaja Jayden menerjah masuk ke dalam rumah abangnya itu. Lucca memandang Jayden dengan riak wajah pelik.

"Lucca... Lia called me just now"kata Jayden. "She needs our help"kata Jayden lagi.

"Lia called you? How?"soal Lucca aneh.

"She used Hayden's smartphone. Lia berjaya larikan diri daripada Hayden tapi dia perlukan bantuan kita"balas Jayden.

Lucca tanpa membuang masa terus menjejaki lokasi nombor telefon milik Hayden.

Lucca meminta salah seorang daripada anggota bawahannya untuk menghubungi Hamzah dan yang lain untuk menyuruh mereka datang ke rumahnya.

Setelah hampir 30 minit, Affan, Hamzah, Miyzad dan Eric pun tiba di rumah Lucca. Keempat-empat mereka pun masuk ke dalam rumah Lucca dan terus menghampiri Lucca.

"What's wrong?"soal Affan kepada Lucca.

"Aku dah jumpa lokasi yang berkemungkinan menjadi tempat Emelia dikurung"kata Lucca lalu menunjukkan lokasi yang dia maksudkan tadi.

"Tapi hutan tu luas"kata Miyzad.

"Aku dah kecilkan keluasan tempat yang mungkin jadi tempat Emelia dikurung"kata Lucca. "Kita berpecah. Affan, kau bawa Hamzah and Eric dengan kau pergi selamatkan Rachel"arah Lucca. "Miyzad dengan aku akan pergi selamatkan Emelia"arah Lucca lagi.

"Jay nak ikut"kata Jayden.

"No"bantah Lucca. "Kamu stay sini"kata Lucca.

"Emelia's my friend"kata Jayden. "I'm not fucking care at all. Jay tak kesah if abang benarkan or tak, Jay still akan ikut"kata Jayden tegas.

Lucca memandang Jayden dengan riak wajah tidak percaya.

Lucca membantah keras keputusan Jayden itu namun sia-sia sahaja. Jayden tetap tidak akan mengubah keputusannya itu. Mahu tidak mahu, Lucca terpaksa benarkan juga Jayden mengikutinya.

Lucca menunjukkan lokasi tempat Rachel dikurung. Terima kasih kepada perisik yang dihantar oleh Affan untuk menyamar sebagai orang bawahan Amanda, pihak polis berjaya menemukan lokasi Rachel dikurung.

"Bersiap cepat"arah Lucca pendek. "Kita kena bertindak dengan cepat. Kita tak boleh biarkan pihak musuh larikan diri"kata Lucca.

Kesemua anggota bawahan Lucca pun terus bersiap sedia, begitu juga dengan Lucca, Hamzah, Miyzad, Jayden dan Eric.

Setelah itu, mereka pun berpecah seperti yang telah diarahkan oleh Lucca tadi.

In the woods

Hayden yang baru sahaja tiba di rumah tersebut mula merasa hairan. Hayden terus masuk ke dalam rumah itu dan menuju ke bilik Emelia dikurung.

Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik itu, Hayden terkejut apabila kelibat Emelia tidak ada di dalam bilik itu.

"Tak guna"kata Hayden setelah dia melihat tingkap bilik itu pecah.

Hayden terus berlari keluar daripada rumah itu untuk mencari Emelia. Dia tidak boleh membiarkan Emelia larikan diri begitu sahaja.

Emelia pun sambung berlari walaupun kakinya kesakitan.

Dia tidak boleh bersembunyi di satu tempat sahaja, itu berbahaya. Jika dia tetap bersembunyi di satu tempat sama, besar kemungkinan Hayden akan menemui dirinya.

Tiba-tiba sahaja lengan Emelia ditarik oleh seseorang. Baru sahaja dia ingin menjerit, mulutnya ditutup oleh orang tadi.

"It's me, Redza"kata Redza. " Aku akan alihkan tangan aku dari mulut kau, but don't scream. Okay?"kata Redza lagi dan Emelia anggukan kepalanya.

Redza pun mengalihkan tangannya dari mulut Emelia. Redza membawa Emelia ke arah keretanya yang tidak jauh dari tempat dia temui Emelia.

"Lia?"kata Rachel. "Lia, are you okay?"soal Rachel risau.

"I'm okay. Tapi macam mana korang berdua boleh ada dekat sini?"soal Emelia.

"Panjang ceritanya"balas Redza.

Belum sempat Emelia berkata apa-apa, tiba-tiba sahaja mereka mendengar satu das tembakan dilepaskan tidak jauh dari kedudukan mereka.

Redza menyuruh Rachel dan Emelia mendiamkan diri mereka.

"Redza, bahaya"kata Rachel.

"Just stay here"kata Redza. "Take this, and call Miyzad. Faham?"arah Redza setelah dia memberikan Rachel telefon pintar miliknya.

Redza mengambil pistol miliknya lalu beredar dari situ untuk menginjau keadaan.

Rachel pun terus menghubungi Miyzad sebaik sahaja kelibat Redza tidak kelihatan.

ASP Miyzad
0:02

Hello?
Kenapa ni Redza?

Abang, ni Rachel

Rachel?
Kamu kat mana ni?

I don't know
Abang, please tolong
Rachel

Redza mana?

Tadi dia pi
tinjau keadaan
sebab ada bunyi tembakan

Jangan end call,
faham?
I'll be there as soon
as I can

Okay

Rachel tidak menamatkan panggilan itu seperti yang Miyzad suruh.

"Lia, kaki awak"kata Rachel sebaik sahaja dia perasan yang kaki Emelia terluka.

"Tak apa, sikit je tu"balas Emelia sambil tersenyum.

Rachel terus mencari first aid kit dalam kereta Redza.

Sebaik sahaja dia menjumpai first aid kit tu, Rachel pun terus merawat kaki Emelia yang terluka itu.

Bang! Bang! Bang!

Terkejut Rachel dan Emelia apabila mereka mendengar 3 das tembakan dilepaskan.

"Lia, now what?"soal Rachel ketakutan.

"Rachel, calm down. Awak jangan macam ni, bawa bertenang Rachel"kata Emelia yang cuba menenangkan Rachel.

~Tidak lama kemudian~

Kereta yang dipandu oleh Lucca dan Miyzad akhirnya tiba di lokasi yang mereka terima tadi.

Miyzad memutuskan untuk mengikuti kereta Lucca dan hanya membiarkan anggota-anggota bawahannya ke lokasi tempat persembunyian Amanda.

"Kau yakin ke mereka kat sini?"soal Hamzah dan Miyzad anggukan kepalanya.

"Let's spill up. We need Hayden alive"arah Lucca.

Mereka pun terus berpecah dan mula memeriksa setiap pelosok hutan itu.

"Miyzad"panggil Hamzah.

Miyzad memandang Hamzah lalu Hamzah pun menunjukkan ke arah sebuah kereta. Miyzad memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Hamzah.

"Tu... kereta Redza kan?"soal Miyzad.

"That's his car"balas Hamzah.

Hamzah, Miyzad dan Eric pun terus ke arah kereta tersebut.

Hamzah mengeluarkan pistolnya sebagai langkah berjaga-jaga, begitu juga dengan Miyzad dan Eric.

"Redza!"jerit Hamzah. "If kau ada kat dalam kereta tu, munculkan diri kau"arah Hamzah.

Mereka bertiga terus mengacukan pistol masing-masing sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki seseorang.

Ketiga-tiga mereka terkejut apabila melihat susuk tubuh orang tersebut.

Miyzad terus mengarahkan Hamzah dan Eric untuk menyimpan pistol mereka. Hamzah dan Eric pun akur.

"Kau okay Redza?"soal Miyzad.

"Aku okay je. Luka sikit je"balas Redza. "Rachel dengan Emelia ada dalam kereta aku"kata Redza.

"Diorang ada dengan kau? How?"Hamzah bertanya kehairanan.

"Nanti aku bagitau. Ikut aku"kata Redza.

Hamzah, Eric dan Miyzad hanya mengikuti Redza tanpa banyak soal.

Terkejut mereka bertiga apabila melihat tubuh Hayden tidak jauh dengan tempat kereta Redza terletak.

"Dia dah mati ke?"soal Eric ingin tahu.

"Belum, luka tikaman dia tak dalam pun"jawab Redza.

"Dia kena tikam? Dengan siapa?"soal Miyzad.

"Lia, Lia tak sengaja tertikam Hayden"jawab Emelia yang tiba-tiba sahaja muncul di situ dengan Rachel.

Hamzah memandang Emelia dan perasan yang kaki Emelia berbalut.

"Hamzah, kau call Lucca. Tell him that we got Hayden"kata Miyzad. "And call HQ, tell HQ yg kita perlukan helicopter"kata Miyzad lagi.

"Okay"kata Hamzah pendek.

Tidak lama itu, helicopter yang diminta oleh Miyzad pun tiba di situ.

Dua orang anggota pasukan perubatan terus membawa Hayden ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Emelia dan Rachel menaiki kereta milik Redza dan mereka juga turut dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

"Apa cerita dengan Amanda?"soal Lucca.

"Amanda and budak-budak suruhan dia dah kena tangkap"balas Miyzad. "Nicholas pula kena tangkap di KLIA"sambung Miyzad lagi.

"Glad to hear that"kata Lucca.

"Pihak hospital baru je call aku. Diorang cakap yang Hayden akan ditahan di wad sehingga dia betul-betul sembuh untuk pembicaraan kes dia"kata Affan.

Mereka semua pun terus beredar daripada situ tak lama itu.

Kini, mereka hanya perlu menunggu kes pembicaraan Amanda dan Hayden. Nicholas pula akan disabitkan kesalahan kerana bersubahat dengan Amanda dan Hayden.

















Assalamualaikum guys, hi! Sorry sangat-sangat sebab dah lama tak update, idea tiba-tiba je hilang. Anyways, harap korang enjoy baca chap ni walaupun chap ni hambar nak mampos. Bye guys, assalamualaikum!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro