Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

29

By the way, chapter kalini pasal Miyzad je ye. Next chapter pasal Adriel and Emelia.

di Kuala Lumpur, Malaysia

Redza berada di tepi keretanya, dia sedang menunggu kedatangan seseorang.

Sesekali Redza akan mengerling jam tangannya miliknya. Redza mengeluh kasar, sudah hampir 30 minit dia menunggu kedatangan orang itu. Tapi batang hidung orang itu langsung tak nampak!

"Sorry lambat"ujar seorang jejaka kepada Redza.

"Kau lambat 30 minit. Selalunya kau yang tepati masa"kata Redza lalu menjeling ke arah jejaka tersebut.

"Kau pikir senang nak keluar? Aku lambat pun bersebab"kata jejaka itu. "Especially bila adik aku soal aku macam-macam. Dah serupa kena soal siasat dengan pihak polis tau tak?"kata jejaka itu lagi.

"Whatever. Dah jom, aku tak nak kena bebel sebab lambat"kata Redza.

Redza pun terus masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin keretanya itu. Jejaka tadi terus mengikuti kereta Redza daripada belakang.

Setelah hampir 1 jam memandu, kereta milik Redza dan kereta milik jejaka tadi pun berhenti di hadapan sebuah rumah.

Redza dan jejaka tadi keluar daripada kereta masing-masing dan mereka berdua pun terus berjalan ke arah pintu masuk rumah itu.

Redza pun mengetuk pintu rumah tersebut beberapa kali.

Tidak lama itu, pintu itu pun dibuka. Pemilik rumah itu pun memandang Redza dengan jejaka tadi secara bergilir-gilir.

"Korang lambat"kata pemilik rumah itu.

"Salahkan Miyzad. Dia yang lambat"kata Redza sambil menjeling ke arah Miyzad.

"Aku pula. Salah Rachel sebab dia pergi soal siasat aku macam aku ni penjenayah"kata Miyzad.

"Dah masuk cepat. Gaduh je kerja korang ni"kata pemilik rumah itu.

Redza dan Miyzad pun masuk ke dalam rumah tersebut. Mereka bertiga pun terus bergerak ke ruang tamu rumah tersebut.

Tiba-tiba sahaja ada orang menyerang Miyzad dan Redza daripada belakang. Untung sahaja mereka berdua sempat mengelak.

Miyzad tanpa ragu terus sahaja mengacukan pistolnya ke arah sang penyerang tadi. Penyerang tadi ketawa sahaja sambil bertepuk tangan.

"Chill down dude"kata pemilik rumah itu. "Aku tak nak ada pertumpahan darah kat rumah aku"kata pemilik rumah itu lagi.

"This isn't funny Hamzah"kata Redza.

Ye, Hamzah merupakan pemilik rumah tersebut. Hamzah hanya tersenyum sahaja dan Redza memusingkan anak matanya, tidak suka akan "kejutan" yang diberikan oleh Hamzah tadi.

"Miyzad, put your gun down"arah Hamzah.

Miyzad pun menyimpan semula pistolnya itu. Orang yang menyerang Redza dan Miyzad tadi memandang Hamzah seketika, Hamzah memusingkan anak matanya tanda menyampah.

"Well, it's really nice to meet you two again. Redza and Miyzad, how are you two doing?"soal jejaka yang menyerang mereka tadi.

"Well, not so good. Kau beruntung sebab Miyzad tak tembak kepala kau"kata Redza.

"Chill ah, aku saje je nak test korang. Mana tau skills korang dah berkarat"kata jejaka itu.

"Apahal suruh aku dengan Redza datang sini?"soal Miyzad.

Hamzah terus meletakkan sekeping fail atas meja di hadapan Redza dan Miyzad. Miyzad mengambil fail tersebut lalu melihat isi fail tersebut.

Miyzad memandang Hamzah dan jejaka tadi seketika sebelum memberikan fail itu kepada Redza. Redza pun terus melihat isi fail itu.

"Bila kau nak benda ni settle?"soal Miyzad sambil mengukirkan satu senyuman penuh makna.

"As soon as possible. Lagi cepat, lagi bagus"kata Hamzah.

"Tapi, korang kena hati-hati juga. Jangan sampai kantoi"kata jejaka tadi. "And, jangan sampai nyawa korang melayang pulak"kata jejaka itu lagi.

"Relax Affan, kitorang tau ape yang patut kitorang buat"kata Redza.

Jejaka yang bernama Affan itu hanya memusingkan anak matanya.

"Aku dah hantar gambar orang yang kita cari kat korang"kata Affan lalu memandang Redza dan Miyzad. "Bawak diorang balik, hidup-hidup"kata Affan lagi.

Redza hanya anggukan kepalanya sahaja bila mendengar apa yang dikatakan oleh Affan tadi. Miyzad memeriksa telefonnya dan memandang Affan dengan wajah biasa sahaja.

"Something wrong?"soal Affan setelah dia menyedari yang Miyzad memandang dirinya.

"Nothing. Anything else you wanna tell us?"tanya Miyzad.

"That's all I guess. Aku akan hubungi korang sebaik sahaja ada maklumat baharu"kata Affan.

Miyzad dan Redza pun beredar daripada rumah Hamzah tak lama selepas itu, begitu juga dengan Affan.

Miyzad terus memarkir kereta dia di bawah garaj di rumah milik keluarganya. Miyzad mematikan enjin keretanya tetapi dia tidak terus keluar daripada keretanya.

Miyzad mengeluh lalu meraut kasar wajahnya.

Knock! Knock!

Miyzad dikejutkan dengan bunyi ketukan di cermin keretanya.

Miyzad pun terus keluar daripada kereta dia dan ternyata adik angkatnya, Rachel yang mengetuk cermin keretanya tadi.

"Jauh abang termenung. Teringat dekat awek ke?"soal Rachel.

"Mengarut je kamu ni. Abang mana ada awek"jawab Miyzad sambil gelengkan kepalanya. "Babah mana?"soal Miyzad pula.

"Babah keluar dengan Ibu"jawab Rachel dan Miyzad anggukan kepalanya.

Miyzad masuk ke dalam rumah itu dengan Rachel. Walaupun Miyzad tahu yang dia hanyalah anak angkat dalam keluarga Rachel, tapi Rachel sudah anggap Miyzad seperti abang kandungnya.

Encik Rahim dan Puan Rafa pun layan Miyzad dengan baik sejak mereka mengambil Miyzad sebagai anak angkat mereka dahulu.

Walaupun Miyzad memiliki keluarga angkat yang baik, namun adik-beradik kepada Encik Rahim tidak pernah menyukai Miyzad. Kata mereka, Miyzad ini pembawa nasib malang.

Tapi Miyzad hanya memekakkan telinganya sahaja. Bagi Miyzad, apa yang dikatakan oleh adik-beradik ayah angkatnya itu hanyalah sampah sahaja.

"By the way, Babah cakap yang nanti family Uncle Izwan jemput family kita pergi ke majlis kahwin anak dia"kata Rachel.

"Bila?"tanya Miyzad malas.

"Next month rasanya"jawab Rachel dan Miyzad anggukan kepalanya.

"Tengoklah macam mana. Abang takut abang sibuk je nanti"kata Miyzad.

"Abang sibuk apanye? Abang kan kerja dengan Babah"kata Rachel curiga. "Atau... abang ada kerja lain?"soal Rachel.

Miyzad mendiamkan diri dia sahaja lalu memandang Rachel dan Rachel turut memandang Miyzad.

"Kamu syak abang ada kerja lain? Jangan mengarut Rachel. Abang cuma takut yang abang tiba-tiba je ada urusan masa majlis kahwim anak Uncle Izwan, itu je"jawab Miyzad.

"Ye la abang. By the way, lapar la"kata Rachel sambil tersengih.

"Ye la. Jap abang masak"kata Miyzad.

Miyzad pun terus ke dapur untuk memasak. Rachel turut ke dapur, bukan dengan niat untuk menolong tapi dengan niat untuk mengganggu Miyzad.

Miyzad memandang Rachel dengan pandangan maut apabila Rachel memegang sebilah pisau tajam. Rachel terus meletakkan pisau itu semula apabila menyedari akan pandangan maut abang angkatnya itu.

Rachel terus ke biliknya untuk menukar pakaiannya.

Tak lama selepas itu, Miyzad pun selesai memasak.

"Rachel! Lunch is ready!"laung Miyzad.

Rachel pun terus menuju ke ruang makan setelah mendengar laungan Miyzad tadi. Rachel memandamg makanan yang dimasak oleh Miyzad dengan wajah terkejut.

"Serious la abang masak ni?"soal Rachel.

"Iye adik oi. Kenapa? Kamu rasa abang kamu ni tak pandai masak ke? Cuba bagitahu"kata Miyzad.

"Takde la. Terkejut je pun sebab abang tak pernah masak pun selama ni"kata Rachel jujur.

"Dah, duduk makan"kata Miyzad.

Rachel dan Miyzad pun makan tengah hari bersama. Rachel tidak sangka yang Miyzad pandai memasak.

"Abang, abang kena masak untuk Rachel mulai sekarang"kata Rachel dan Miyzad tersenyum sahaja.

"Then, bila kamu nak pandai memasak? Takkan lepas kahwin pun kamu nak suruh abang yang masak"kata Miyzad.

"Alah, nanti orang belajar la memasak dengan Umi. Apa susah"kata Rachel.

"Suka hati kamu la Rachel"kata Miyzad.

Rachel memandang Miyzad seketika. Miyzad yang perasan akan itu pun terus memandang Rachel, Rachel terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Something wrong?"tanya Miyzad namun Rachel gelengkan kepalanya.

"Abang"panggil Rachel dan Miyzad memandang Rachel. "Kalau Rachel nak tanya something, boleh?"soal Rachel.

"Tanya aje la"balas Miyzad.

"Siapa Affan?"tanya Rachel.

Miyzad terdiam apabila mendengar pertanyaan daripada adik angkatnya itu. Miyzad hanya tersenyum sahaja tanpa menjawab pertanyaan Rachel tadi.

Rachel membiarkan sahaja Miyzad tidak menjawab pertanyaannya tadi. Mungkin juga Rachel tidak patut masuk campur dalam hal peribadi Miyzad.

Selesai sahaja makan tengah hari, Miyzad terus masuk ke dalam biliknya untuk berehat. Sebaik sahaja Miyzad masuk ke dalam biliknya, dia terus mengeluh perlahan.

"Kenapa tiba-tiba je Rachel tanya pasal Affan? Dia kenal Affan ke?"desis hati Miyzad.

Ting!

Telefon milik Miyzad berbunyi. Dia pun terus menyeluk poket seluarnya dan melihat mesej yang diterimanya tadi.

Miyzad tidak membalas mesej Affan, dia terus meletakkan telefonnya di atas meja kerjanya.

"Kebenarannya? Aku dah lama tau kebenarannya Affan"desis hati Miyzad. "Lepas semua ni selesai, aku akan pergi jauh daripada sini. Itu lebih baik"kata Miyzad perlahan.



















Hi! Saya kembali 😁 so enjoy ye walaupun chapter ni merepek nak mampos. See you guys in next chapter!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro