27
beberapa minggu kemudian
Emelia dan Adriel kini berada dalam kapal terbang kelas pertama. Emelia berada dalam kapal tersebut kerana dia terpaksa mengikuti Adriel ke Perancis atas urusan kerja suaminya itu.
Sepatutnya Rais dan Firas yang mengikuti Adriel. Tapi si Adriel tiba-tiba sahaja meminta Emelia untuk mengikutinya dan itu semestinya membuatkan Emelia berasa agak marah.
Si Adriel ni macam sengaja je nak Emelia mengikuti dia, padahal Rais dan Firas yang sepatutnya mengikuti Adriel.
"Nampak macam marah je"ujar Adriel.
"Mr. Adriel ada nampak muka saya ni tengah happy ke sekaramg ni?"soal Emelia sambil memandang Adriel.
"Saya ada sebab kenapa suruh awak ikut saya pergi ke Perancis"kata Adriel.
"Rais dengan Firas boleh je ikut sama kan? Kenapa tak bagi mereka ikut?"soal Emelia dan Adriel memandang Emelia.
"Awak pernah dengar ke ada orang pergi honeymoon tapi bawak kawan?"giliran Adriel menyoal Emelia.
Emelia memandang Adriel dengan wajah keliru. Adriel hanya membiarkan sahaja Emelia keliru.
Beberapa saat kemudian baru la Emelia memahami apa yang Adriel katakan. Emelia rasa macam nak belasah je Adriel sekarang ni.
Namun Emelia masih lagi mengingati statusnya sebagai isteri Adriel. Jadi dia mematikan niatnya untuk membelasah Adriel itu kerana tidak mahu dilabel sebagai isteri yang derhaka.
Akhirnya kapal terbang tersebut mendarat di Paris Charles de Caulle Airport, France setelah 11 jam 34 minit berada di udara.
Emelia dan Adriel pun berjalan keluar daripada kapal terbang tersebut. Sakit belakang Emelia akibat duduk dalam kapal terbang tu lama-lama.
"Be honest with me. Kita ke sini sebab urusan kerja ke tak?"soal Emelia.
"Like I said earlier, we're here for honeymoon my dear"jawab Adriel sambil menekankan perkataan honeymoon itu.
"You said we're here for some business things"kata Emelia dan Adriel menjentik dahi Emelia. "Sakitlah"kata Emelia lalu menggosok dahinya itu.
"Kalau saya cakap kita datang sini sebab nak honeymoon, awak memang takkan setuju untuk ikut"kata Adriel.
"Whatever"kata Emelia pendek sambil memusingkan anak matanya.
Adriel dan Emelia terus menaiki teksi dan teksi tersebut menuju ke Four Season Hotel George V.
Setibanya di hotel tersebut, Adriel dan Emelia melangkah masuk ke dalam bangunan hotel itu.
"Bienvenue au Four Season Hotel George V. Puis-je faire quelque chose pour vous aider?"sapa pekerja di meja penyambut tetamu itu sambil tersenyum.
(Welcome to the Four Season Hotel Goerge V. Is there anything I can do to help you?)
"J'ai réservé une chambre dans cet hôtel"kata Adriel.
(I have booked a room at this hotel)
"Monsieur, votre nom?"soal pekerja tersebut.
(Sir, your name?)
"Engku Adriel Muhaimin bin Engku Firdaus"kata Adriel.
Pekerja tersebut terus memeriksa senarai nama untuk tempahan bilik hotel tersebut.
"Monsieur Engku Adriel, bienvenue. C'est la clé de ta chambre"kata pekerja tersebut lalu memberikan kunci bilik kepada Adriel.
(Encik Engku Adriel, selamat datang. Ini kunci bilik kamu berdua)
"Merci"kata Adriel lalu mengambil kunci bilik tersebut.
Adriel dan Emelia terus menaiki lif. Adriel terus menekan butang lif tersebut untuk menuju ke tingkat di mana bilik mereka berada.
Mereka berdua terus mengatur langkah menuju ke bilik mereka sebaik sahaja tiba di tingkat tersebut.
Emelia sebenarnya ingatkan yang Adriel menempah dua buah bilik yang berasingan. Rupa-rupanya si Adriel hanya menempah sebuah bilik sahaja.
Emelia tidak berkata apa-apa pun tentang bilik tersebut kerana dia malas berperang mulut dengan Adriel.
Bilik yang Adriel tempah👇abaikn je gmbr yg tergantung tu ye
Adriel meletakkan bagasi miliknya dan milik Emelia di tepi almari. Emelia terus berbaring di atas katil dalam bilik hotel mereka itu.
"Ughh so tired"rungut Emelia.
"11 jam lebih je pun duduk dalam kapal terbang tu"kata Adriel.
"11 jam 34 minit ye, itu agak lama. Masa saya naik kapal terbang nak datang sini daripada Australia cuma selama 7 jam 45 minit je"kata Emelia.
"Dan beza masa di antara kedua-dua penerbangan tersebut cuma 3 jam 49 minit je"kata Adriel dan Emelia memusingkan anak matanya.
"Malas nak gaduh dengan awak"kata Emelia. "Lagi bagus saya rehat daripada gaduh dengan awak"kata Emelia lagi.
"Muda-muda dah cepat penat. Kesian, cepat betul awak tua"kata Adriel bersahaja.
Emelia tiba-tiba sahaja membaling bantal ke arah Adriel. Terkejut Adriel dengan tindakan mengejut Emelia itu.
Geram betul Emelia dengan Adriel ni, ada je benda yang Adriel cakap untuk buat Emelia marah. Nak je Emelia tendang Adriel.
"Kalau ye pun penat, gantilah pakaian tu dulu cik adik oi"kata Adriel.
"Nanti-nanti jelah"balas Emelia.
Skip
di Eiffel Tower
Emelia dan Adriel kini berada di Eiffel Tower. Walaupun masih lagi penat selepas 11 jam lebih dalam kapal terbang, Adriel tetap mengikuti Emelia pergi ke sana.
"Tadi kata penat la, nak rehat la, itu la ini la. Tup-tup datang sini"kata Adriel.
Disebabkan terlalu geram, Emelia terus mencubit lengan sasa Adriel tanpa ragu-ragu.
Terkejut Adriel bila lengannya tiba-tiba sahaja kena cubit. Adriel memandang Emelia dan Emelia hanya tersenyum sahaja sambil mencubit lengan Adriel.
"Okay okay. Sorry sorry"kata Adriel dan Emelia berhenti mencubit lengan Adriel.
"Rasanya dah lama saya tak datang bercuti ke sini"kata Emelia.
"Bila kali terakhir awak bercuti ke sini?"soal Adriel.
"Not sure, maybe lepas saya habis highschool? Itu pun saya bercuti ke sini dengan abang saya, Eric"jawab Emelia dan Adriel anggukan kepalanya.
"Mesti dia manjakan awak sangat-sangat"kata Adriel.
"Mestilah dia manjakan saya. Saya je adik dia"kata Emelia. "Bukan Eric je yang selalu manjakan saya. Abang Hamzah pun selalu juga manjakan saya"kata Emelia lagi.
"Awak dengan Hamzah memang rapat eh?"soal Adriel dan Emelia memandang Adriel.
"Engku Adriel, are you jealous?"soal Emelia dan Adriel menunjukkan riak wajah bekunya. "Abang Hamzah manjakan saya as adik dia. Dia sayangkan saya as adik dia je, tak lebih daripada tu. Besides, Abang Hamzah dah ada buah hati. Tinggal nak kahwin je"kata Emelia panjang lebar.
"Whatever. Saya tak jealous"nafi Adriel dan Emelia anggukan kepalanya sahaja.
Like always, Adriel tidak akan mengaku yang dia cemburu bila Emelia lebih rapat dengan lelaki lain.
Emelia rapat dengan Eric itu masih boleh diterima lagi. Tapi, Adriel sememangnya cemburu bila Emelia lebih rapat dengan Jayden atau dengan Hamzah.
Apatah lagi Jayden lebih memahami dan mengenali Emelia berbanding dengan dirinya sendiri.
"Dah berapa lama awak berkawan dengan Jayden?"soal Adriel tiba-tiba.
"Lebih kurang 4 or 5 tahun jugaklah saya berkawan dengan Jayden"jawab Emelia.
Emelia mengeluarkan telefon miliknya dan mengambil beberapa keping gambar pemandangan di sekitar Eiffel Tower.
Ting!
Emelia terus memeriksa mesej yang diterimanya itu. Riak wajah Emelia terus berubah setelah membaca mesej tersebut.
Emelia terus screenshot mesej tersebut sebelum memadam mesej tersebut. Emelia lalu menghantar screenshot tersebut kepada Jayden. Emelia menyimpan telefonnya setelah itu.
"Something wrong?"soal Adriel.
"Nothing"jawab Emelia lalu tersenyum kecil. "Apa kata kita balik hotel? Saya nak rehat"kata Emelia.
Adriel anggukan kepalanya sahaja. Emelia berjalan terlebih dahulu, kemudian baru Adriel mengikuti Emelia.
Tanpa berkata apa-apa, Adriel menyatukan tangannya dengan tangan milik Emelia. Emelia membiarkan sahaja tindakan Adriel itu.
Setibanya mereka berdua di bilik hotel mereka, Emelia terus berbaring di katil lalu memejam matanya.
Adriel duduk di sebelah Emelia dan memandang ke arah telefon milik Emelia. Adriel mengambil telefon milik Emelia setelah memastikan Emelia betul-betul sudah tidur.
Adriel membuka mesej yang Emelia hantar kepada Jayden dan membaca mesej tersebut.
Adriel memandang ke arah Emelia seketika. Mungkin dia sendiri perlu tanya Emelia tentang perkara yang Emelia sorokkan daripada pengetahuannya.
Adriel meletakkan semula telefon Emelia ke tempat asalnya tadi. Adriel terus berbaring tidak lama itu.
Emelia memusingkan tubuhnya menghadap Adriel lalu memeluk Adriel. Adriel membiarkan sahaja Emelia memeluk dirinya.
Adriel membelai lembut rambut Emelia. Tidak lama itu, Adriel pun turut tertidur.
Hi👋
Bye👋
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro