21
Pada pagi itu, Emelia terus bersiap-siap untuk pergi kerja seawal yang mungkin. Jam dinding biliknya sudah menunjukkan pukul 7:30 pagi.
Pakaian Emelia👇
Emelia terus mengambil beg tangannya dan kunci keretanya lalu keluar daripada biliknya. Emelia terus berjalan menuju ke ruang tamu.
Telefon pintar milik Emelia tiba-tiba sahaja berdering. Emelia terus menyelongkar beg tangannya untuk mencari telefonnya itu. Emelia melihat nama sang pemanggil yang terpapar di skrin telefonnya itu.
incoming call
Boss from North Pole
accept | decline
Emelia berasa hairan kerana bossnya tiba-tiba sahaja menghubungi dirinya. Emelia terus mengangkat panggilan tersebut.
"Hello, assalamualaikum. Kenapa ye Mr. Adriel?"soal Emelia hairan bin pelik.
Namun tiada sahutan daripada Adriel aka bossnya itu. Emelia cuba menahan dirinya daripada memaki hamun Adriel sebab call dia secara tiba-tiba sahaja.
"Mr. Adriel, if Mr. Adriel tak ada benda nak cakap, saya akan end call ni"kata Emelia namun Adriel masih belum mengatakan apa-apapun. "Maaf Mr. Adriel but I need to end the call now. Assalamualaikum"kata Emelia sebelum dia menamatkan panggilan itu.
"Emelia, Hamzah is here"ujar Eric dan Emelia hanya anggukan kepalanya sahaja.
Emelia melihat sosok tubuh Hamzah bersandar di hadapan pintu dan Emelia terus menghampiri abang saudaranya itu.
"Asal abang datang tak cakap?"soal Emelia.
"Surprise? Harini biar abang yang hantar Aishah pergi kerja"ujar Hamzah sambil tersenyum.
"Betul ni?"soal Emelia tidak percaya dan Hamzah anggukan kepalanya. "Okay, boleh"ujar Emelia lalu tersenyum.
"Tapi ada syaratnya"Hamzah berkata dan Emelia memandang Hamzah dengan riak wajah pelik. "Abang nak kamu minta maaf dengan Abang Wazzi"sambung Hamzah.
"Aishah dah lambat. Aishah pergi dulu"kata Emelia lalu dia terus menaiki keretanya dan memandu ke JL Company.
Hamzah hanya mampu gelengkan kepalanya sahaja. Bukan Hamzah tidak tahu perangai Emelia ni macam mana, keras kepala!
di JL Company
Emelia terus melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat itu. Untung sahaja dia tidak datang kerja lambat kali ini.
Emelia terserempak dengan Amanda dan Emelia dapat lihat dengan jelas senyuman sinis terpapar di wajah Amanda. Emelia mengabaikan sahaja Amanda itu dan dia terus berjalan ke tempat duduknya.
Namun Emelia perasan akan pandangan beberapa orang rakan sekerjanya itu. Mereka memandang Emelia dengan pandangan menyampah dan sinis, tetapi Emelia tidak mempedulikan pandangan rakan-rakan sekerjanya itu.
"Emelia, I tertanya-tanya la. You punya education tu sampai mana eh? Highschool je ke?"soal Amanda dalam nada menyindir.
"Apa masalah kau Amanda? Apa kau nak eh?"soal Emelia sambil memandang Amanda.
"Kenapa? I tanya je you punya tahap pendidikan tu setakat mana je"kata Amanda sambil menunjukkan mimik muka tidak bersalah.
"Kenapa kau sibuk eh? Kau nak berlagak sebab kau graduated dari University of Michigan?"ujar Jayden kepada Amanda.
"Yang you sibuk asal? Dia girlfriend you ke?"ujar Amanda sambil tersenyum sinis. "If you don't mind, let me see this"ujar Amanda lalu mengambil sekeping fail yang ada atas meja Emelia.
"Amanda!"marah Jayden namun Emelia memegang lengan Jayden.
Amanda tersenyum sinis lalu dia membuka fail yang dia ambil tadi. Namun senyuman sinis Amanda tadi terus pudar setelah melihat isi kandungan fail tersebut.
Isi kandungan fail tu👇
Emelia terus mengambil semula fail tersebut daripada Amanda lalu menyimpan fail tersebut. Jayden pula memandang Amanda dengan senyuman mengejeknya itu.
"Oh yeah, right. Aku terlupa nak mention satu perkara dalam resume aku tadi"ujar Emelia sambil memandang Amanda. "Aku ... pernah belajar di United World College of the Atlantic masa aku umur 15 tahun"ujar Emelia lalu tersenyum sinis.
"You just reka cerita"Amanda berkata.
"Lantak kau la nak percaya ke tak. Tapi apa yang aku tahu, puteri sulung kepada Raja Sepanyol pun pernah belajar kat sana. So ... aku rasa aku boleh flex kot sebab pernah satu college dengan puteri sulung kepada Raja Sepanyol"Emelia berkata.
"You ni memang murah kan Emelia? Semalam, bukan ke main you keluar dengan dua orang lelaki"Amanda berkata sebaik sahaja dia melihat sosok tubuh Adriel. "You ni memang tak reti malu eh? Keluar dengan lelaki bukan mahram you. Or you ni perempuan pemuas nafsu lelaki-lelaki tu?"tuduh Amanda.
Pak!
Kepala Amanda terteleng ke tepi akibat ditampar oleh Emelia. Semua orang yang berada kat situ terkejut, termasuklah Jayden dan Adriel.
Amanda memegang pipinya yang ditampar oleh Emelia tadi lalu memandang Emelia.
"Kau tak kenal aku siapa Amanda. Kau jangan judge aku macam kau dah lama kenal aku. Sejahil-jahil aku, sehina-hina aku, aku takkan buat kerja haram tu!"Emelia menjerit. "Apa yang kau tak puas hati dengan aku? Cakap! Kau tak puas hati dengan aku sebab Adriel backup aku, sebab tu?"soal Emelia sambil memandang Amanda dengan wajah bengang.
"Aishah, calm down"Jayden berkata perlahan namun ia cukup kuat untuk didengari oleh Adriel.
"Y-You ... you tengok secretary you ni. Dia tampar I"Amanda berkata kepada Adriel, cuba meraih simpati Adriel.
"Kau memang murah kan, Amanda? Kau ingat aku hadap sangat nak kerja kat sini? Kalau bukan sebab bapak Adriel tu kawan Daddy aku, jangan harap aku nak kerja sini la"kata Emelia.
Emelia terus mengambil beg tangan dan kunci kereta dia. Emelia menghampiri Amanda lalu menampar Amanda sekali lagi tapi kalini tamparan dia lebih kuat. Dan tamparan itu menyebabkan pipi Amanda menjadi merah.
"You better don't try to play with me, Amanda. It's because you won't like it when I play back. Kau nak sangat dekat Adriel kan? Amik la dia, aku tak nak pun dekat dia"Emelia berkata lalu dia beredar dari situ.
"Una puta como tú siempre será una puta"Jayden berkata kepada Amanda lalu dia mengejar Emelia.
(Pelacur seperti kau akan sentiasa menjadi pelacur)
Amanda dalam diam tersenyum sinis apabila dia berjaya membuat Emelia marah. Amanda yakin yang dia berjaya buat Emelia kelihatan jahat di mata para pekerja di JL Company.
"Adriel ... secretary you tu dah melampau"Amanda berkata.
Amanda cuba memeluk lengan sasa Adriel itu namun Adriel menolak tubuh Amanda ke belakang sehingga menyebabkan Amanda terjatuh.
"Kau jangan pernah munculkan diri kau depan aku lagi lepas ni. Now, blah dari sini"kata Adriel dingin.
"T-Tapi you ... I-I sakit"rintih Amanda yang masih lagi cuba menagih simpati Adriel.
"KAU TAK FAHAM BAHASA KE SIAL?! AKU CAKAP BLAH, BLAH JE LA!"jerkah Adriel dan Amanda terkejut apabila dijerkah oleh Adriel. "Pipi kau je yang kena tampar kan? Kaki kau tak cacat lagi kan? Or kau nak suruh aku sendiri yang heret kau keluar dari sini? Kau pilih sendiri"Adriel berkata.
Amanda terus beredar dari situ akibat ketakutan. Adriel memandang kesemua pekerja dia dengan wajah bengang.
Kesemua pekerja Adriel erus membuat kerja masing-masing kerana takut apabila melihat wajah bengang boss mereka itu.
Done for chapter 21 ^^
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro