
19
Malam itu
di rumah Engku Firdaus
Adriel berada dalam bilik kerjanya, sedang memeriksa beberapa keping fail yang berkaitan dengan kerjanya. Sesekali Adriel menaip sesuatu di dalam laptopnya.
Knock! Knock!
Pintu bilik kerja Adriel dibuka dan Engku Firdaus memasuki bilik kerja anak tunggalnya itu. Adriel hanya sekadar memandang ayahnya sekilas sebelum kembali menghadap laptopnya itu.
"We need to talk Adriel"ujar Engku Firdaus yang sudah duduk di kerusi yang berhadapan dengan Adriel.
"About what? Kalau pasal kahwin tu, I ain't interesting about that"Adriel berkata tanpa memandang Engku Firdaus.
"Kenapa? Sebab kamu masih tak boleh lupakan Amanda?"soal Engku Firdaus dan Adriel memandang ayahnya itu. "She the one who left you, Adriel. She left you just for some stupid rich men"kata Engku Firdaus lagi.
"Then kenapa ayah sibuk nak kahwinkan Adriel dengan Emelia? Sebab tu permintaan arwah ibu, macam tu?"kata Adriel dan Engku Firdaus diamkan dirinya. "See? You won't answer it. Ayah memang takkan bagitahu alasan yang kukuh untuk semua ni"kata Adriel lagi lalu dia menyambung kembali kerjanya itu.
"Do you still remember about the little girl?"Engku Firdaus bertanya.
"Which little girl do you mean?"Adriel bertanya kepada ayahnya.
"Budak perempuan yang kamu pernah tolong dulu"kata Engku Firdaus dan Adriel terus menghentikan kerjanya itu. "Budak perempuan yang kamu tolong daripada kena buli masa kamu berumur 10 tahun, remember?"Engku Firdaus berkata.
"Ouh, that girl. Yeah, I remember her, I guess?"kata Adriel acuh tak acuh.
"That girl was Emelia"Engku Firdaus berkata dan Adriel memandang wajah ayahnya itu dengan riak wajah tidak percaya. "I ain't joking, I'm telling you the truth"Engku Firdaus cuba menyakinkan Adriel.
Adriel hanya mendiamkan dirinya sahaja selepas mendengar apa yang dikatakan oleh ayahnya itu. Dia tidak tahu hendak percaya atau tidak dengan apa yang ayah dia katakan itu.
"They aren't the same person"nafi Adriel.
"They're the same person. Bezanya, masa itu Emelia still a little girl and dia tidak tak ada keberanian nak lawan pembuli-pembuli dia"Engku Firdaus berkata. "But now? She isn't the old little girl that you used to help back then"Engku Firdaus berkata lagi.
"Ayah ada apa-apa lagi ke yang nak bincangkan dengan Adriel? If dah tak ada, Adriel nak sambung kerja Adriel"ujar Adriel.
"Take your time Adriel, ayah tak nak paksa kamu. Keputusan ada kat tangan kamu. If dah ada jawapan, you can tell me"ujar Engku Firdaus lalu dia keluar daripada bilik kerja Adriel.
Adriel menatap laptopnya itu namun fikiran dia masih lagi memikirkan tentang apa yang Engku Firdaus katakan tadi.
Betul ke apa yang dikatakan oleh Engku Firdaus itu? Emelia, dia ke budak perempuan yang pernah Adriel tolong 16 tahun lepas? Sungguh Adriel tidak dapat mempercayainya.
-Adriel's flashback-
16 years ago
Adriel yang baru sahaja berumur 10 tahun itu berjalan keluar daripada rumahnya dan menuju ke taman permainan yang berdekatan.
Sesampainya Adriel di sana, mata Adriel terpandang akan sosok tubuh seorang gadis kecil yang dikelilingi oleh beberapa orang budak perempuan yang mungkin sebaya dengan Adriel.
Gadis kecil itu kelihatan seperti sedang menangis dan budak-budak perempuan tersebut hanya ketawa sahaja. Adriel terus ke arah gadis kecil dan budak-budak perempuan itu.
"Nangis eh? Manja betul la kau ni"kata budak perempuan yang rambutnya diikat secara ponytail. "Dasar manja"kata budak perempuan itu lagi.
"Apa korang buat ni?"Adriel bertanya dan budak-budak perempuan itu terkejut dengan kehadiran Adriel.
"Bukan urusan kau"kata budak perempuan tadi.
Budak perempuan itu dan kawan-kawan dia terus mengejek gadis kecil itu. Gadis kecil itu hanya mampu menangis sahaja, sedikit pun dia tidak melawan.
Adriel terus membaling batu ke arah budak-budak perempuan tu sebelum Adriel menarik gadis kecil itu berlari daripada situ. Budak-budak perempuan tadi pun terus mengejar Adriel dan gadis kecil itu.
Sebelum budak-budak perempuan itu sempat tangkap Adriel dan gadis kecil tu, mereka terus berhenti mengejar apabila empat orang lelaki bersuit hitam menghampiri Adriel dan gadis kecil itu.
"Kenapa ni Adriel?"soal salah seorang lelaki bersuit hitam itu.
"Budak-budak tu buli adik ni. Astu diorang kejar Adriel dengan adik ni"Adriel berkata kepada lelaki itu.
Budak-budak perempuan itu terus melarikan diri sebaik sahaja salah seorang lelaki bersuit hitam itu cuba menghampiri mereka. Tahu pulak takut diorang tu.
"Adik, mana mak ayah adik? Kenapa adik keluar sensorang ni?"soal lelaki yang tubuhnya agak gempal sedikit kepada gadis kecil itu, namun gadis itu hanya mendiamkan diri sahaja.
"Aishah!"jerit seorang wanita dalam lingkungan 30-an dan gadis kecil itu terus menoleh ke arah wanita itu.
Wanita terus ke arah Adriel dan gadis kecil itu. Riak wajah wanita itu jelas menunjukkan yang dia sangat risau.
Gadis kecil itu terus ke arah wanita tersebut lalu memeluk wanita tersebut. Wanita tersebut turut memeluk gadis kecil itu dengan erat.
"Puan ni ibu kepada adik ni ke?"soal lelaki bertubuh gempal tadi.
"Eh bukan. Saya ibu saudara dia, gadis kecil ni anak kepada adik ipar saya"jawab wanita tersebut. "Aishah, kenapa kamu keluar sensorang? Risau Umi bila Hamzah bagitahu Umi yang kamu keluar sensorang"ujar wanita itu yang membahasakan dirinya sebagai "Umi" kepada gadis itu.
"Auntie, tadi adik ni kena buli"Adriel berkata.
"Hah? Aishah, is that true?"soal wanita itu. "Aishah, jawab. Betul ke kamu kena buli?"soal wanita itu lagi sekali dan gadis kecil yang bernama Aishah itu pun anggukan kepalanya. "Lain kali jangan keluar sensorang, faham?"kata wanita itu atau lebih dikenali sebagai Puan Alisa kepada anak saudaranya itu.
"Faham Umi"gadis itu berkata.
"Kami minta diri dulu ye? Terima kasih sebab dah tolong Aishah, kamu memang budak yang baik"kata Puan Alisa kepada Adriel.
"Sama-sama Auntie"Adriel berkata sambil tersenyum.
"Aishah Humairah, jom. Mesti Mommy, Daddy and abang kamu, Wazzi risaukan kamu"ujar Puan Alisa dan gadis itu anggukan kepalanya.
Puan Alisa terus beredar dengan gadis itu tak lama itu. Gadis itu menoleh ke belakang, memandang Adriel. Gadis itu melambaikan tangannya ke arah Adriel dan Adriel membalas lambaian tersebut.
-End Adriel's flashback-
"They aren't the same person, Adriel. Stop thinking about Emelia, can you?"ujar Adriel perlahan.
Adriel terus menyambung semula kerjanya itu. Mengenai permintaan arwah ibunya itu, Adriel masih lagi memikirkan tentang hal itu.
Assalamualaikum guys ! So next chap pasal Emelia pula ye 😁 and maybe ... saya akan selitkan sikit pasal Amanda dalam chap tu, nanti saya publish next chap tu. Bye guys, assalamualaikum !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro