Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16

Jayden memarkirkan keretanya dalam garaj di sebuah rumah mewah lalu keluar dari keretanya itu.

Jayden memandang rumah itu seketika sebelum dia berjalan masuk ke dalam perkarangan rumah mewah itu.

Jayden tidak pernah menyangka yang dia akan jejakkan kakinya di rumah itu lagi. Kali terakhir Jayden jejakkan kaki ke rumah itu sebelum dia terpaksa pulang ke Barcelona untuk uruskan syarikat milik ayahnya, Mr. Jaziel.

Jayden membuka pintu rumah itu lalu memasuki rumah itu. Jayden pun terus mengatur langkahnya menuju ke ruang tamu.

Kelihatan seorang jejaka sedang ralit membaca buku di ruang tamu. Jayden duduk di sofa yang berhadapan dengan jejaka itu.

"No pensé que de repente vendrías aquí"ujar jejaka itu lalu meletakkan buku yang dibacanya itu di sebelahnya.

(I didn't think that you would suddenly come here)

"Creo que podrías saber por qué de repente vine aquí"Jayden berkata jujur.

(I think you might know why I suddenly come here)

"About Hayden?"teka jejaka itu dan Jayden anggukan kepalanya. "What's wrong with him?"soal jejaka itu lalu memandang Jayden.

"About his ex fianceé, I don't think he gonna let her go easily"Jayden berkata.

"I heard that she's here. Is that true?"soal jejaka itu dan Jayden anggukan kepalanya. "Then, you should keep an eye on that girl. About Hayden, I'll handle him"kata jejaka itu.

"Okay, sure. I gotta go to work now"ujar Jayden lalu bangun dari duduknya.

"Ten cuidado"pesan jejaka itu.

(Be careful)

"Tú también. Conoces a Hayden, ¿no? Hará todo para conseguir lo que quiere"Jayden berkata lalu keluar dari rumah itu.

(You too. You know Hayden, don't you? He'll do everything to get what he wants)

Jayden terus menghidupkan enjin keretanya lalu memandu ke JL Company.

JL Company

"Lambat pula harini"Emelia menegur Jayden yang baru sahaja sampai.

"Ada hal tadi, tu je"Jayden membalas pendek.

"Asal ramai sangat yang kalut semacam je ni? Mr. Firdaus nak datang ke ape?"soal Emelia pelik bila dia melihat ramai pekerja di JL Company kalut bekerja.

"I don't know. Maybe la Mr. Firdaus nak datang"Jayden berkata sambil cuba berfikiran positif.

Kedua-dua mereka pun terus melakukan kerja masing-masing.

Tidak lama itu, kesemua pekerja memandang seorang gadis yang tiba-tiba sahaja muncul di situ.

Gadis itu berjalan ke arah meja kerja Emelia lalu meletakkan beg tangannya di atas meja kerja Emelia. Emelia memandang gadis itu lalu memberikan senyuman kepada gadis itu.

"Welcome to JL Company. How can I help you Miss?"soal Emelia dengan ramah sekali.

"Adriel ada tak?"gadis itu bertanya.

"Mr. Adriel takde harini. Dia ada urusan kat luar"balas Emelia dan gadis itu anggukan kepalanya. "Cik ada apa-apa urusan dengan Mr. Adriel ke?"Emelia bertanya untuk memastikan gadis di hadapannya itu ada urusan mustahak dengan Adriel.

"Oh, I girlfriend Adriel. Nama I Amanda Mikayla Hazel Layla binti Aziz, anak tunggal kepada Dato' Aziz, panggil Amanda je"gadis itu memperkenalkan dirinya.

Emelia anggukan kepalanya sahaja sambil tersenyum. Fuh, panjang bebenor nama si Amanda ni, nama bapak dia pendek je.

"Lia, can you help me?"Jayden berkata lalu berjalan ke arah meja Emelia. "Oh, hi Miss Amanda. Tak sangka Miss Amanda datang harini"kata Jayden setelah dia menyedari kehadiran Amanda di situ.

"Hi Jayden. This girl, is she the new secretary that replaced Madeline?"Amanda bertanya sambil memandang Emelia.

"Yes, she's the new secretary that replaced Madeline. Apa-apa pun, Mr. Adriel takde harini. Saya rasa Miss Amanda boleh balik kut"kata Jayden sambil tersenyum ke arah Kayla, senyuman palsu je.

"If I tak nak? What you gonna do?"kata Amanda sambil menyilangkan tangannya di dada.

"¿Quien es ella?"Emelia bertanya kepada Jayden.

(Who is she?)

"La ex novia de Adriel"Jayden menjawab.

(Ex girlfriend Adriel)

"Apa yang you guys bualkan?"soal Amanda.

"Emelia cakap Miss Amanda cantik"kata Jayden sambil tersenyum, Jayden kan kaki tipu.

Amanda tersenyum malu bila mendengar apa yang Jayden katakan tadi. Harap je si Amanda ni nampak macam pandai, tapi kena tipu dengan Jayden.

Emelia memandang Amanda dengan riak wajah menyampah namun dia cepat-cepat senyum bila Amanda memandangnya.

"Tapi, Adriel ke mana ye? You tahu tak?"Amanda bertanya kepada Emelia.

"Maafkan saya Miss Amanda. Tapi Mr. Adriel tak bagitahu saya dia ke mana"Emelia menjawab dengan jujur. Apa korang pikir Emelia tau ke boss dia pi mana? Si Adriel keluar pun tak bagitau Emelia apa-apa, bertuah punya boss.

"Oh macam tu. By the way, ni bukan ke bag yang latest tu? Brand Dior ni kan?"Amanda berkata setelah dia melihat bag milik Emelia.

Beg Emelia yang Amanda maksudkan👇

"Yeah, that's my bag. Something wrong?"Emelia bertanya dengan nada lembut.

"Tak ada masalah pun. Cuma, I nak tanya la. You kan baru je kerja kat sini. Macam mana you mampu beli bag mahal macam ni? If I tak silap, harga bag ni around RM 20 ribu. Bag you ni original or fake eh?"sindir Amanda.

"Miss Amanda Mikayla Hazel Layla binti Aziz, you cuba sindir I ke apa ni? Hmm? You nak cakap yang ... I tak mampu nak beli barang mahal ke?"soal Emelia sambil memandang Kayla.

"If you terasa, then maybe?"kata Amanda lagi.

"Miss, daripada apa yang I tengok, your bag is more fake than mine"kata Emelia sambil tersenyum dengan ramahnya.

"Are you tried to humiliation me? You tau tak sapa ayah I?"kata Amanda.

"Kenapa? Your mom never told you about your dad?"kata Emelia pula dan Amanda memandang Emelia dengan riak wajah geram.

Jayden hanya memerhati sahaja Emelia dan Amanda, dia malas masuk campur. Kang dia masuk campur, dia kena lempang pulak nanti.

Kesemua pekerja di JL Company, kecuali Jayden, takut untuk membalas sindiran atau penghinaan Amanda hanya kerana ayah Amanda ni orang yang berpengaruh.

Jadi mereka seolah-olah tidak percaya bila Emelia berani membalas sindiran atau penghinaan Amanda itu.

"So you cuba cakap yang I beli barang fake, macam tu?"kata Amanda geram.

"Well, if you think so, so yeah. Maybe I cuba cakap yang you beli barang fake"ujar Emelia dengan tenang.

"I boleh buat you kena pecat. Jangan cabar I!"Amanda menengking Emelia.

"I don't think so. Sebab orang yang boleh pecat I tu bukan you, tapi Mr. Firdaus sebab dia yang suruh I kerja kat sini"Emelia berkata.

"You bitch!"Amanda menengking Emelia lalu cuba menampar Emelia.

Namun sebelum sempat Amanda menampar Emelia, seseorang menghalang perbuatannya itu.

"Enough Amanda. Jangan buat masalah kat company aku"kata Adriel lalu dia mendorong Amanda ke belakang. "If kau takde apa-apa urusan kat sini, kau dipersilakan berambus"kata Adriel lagi sambil menjeling ke arah Amanda.

"Dia yang hina I!"kata Amanda dengan marah sambil jari dia menunjuk ke arah Emelia. "She humilated me!"kata Amanda lagi.

"So? Apa kena-mengena dengan aku? Secretary aku takkan hina kau if kau tak hina dia"ujar Adriel dan Amanda memandang Adriel dengan wajah tidak percaya.

"You backup dia? You backup perempuan miskin tu? Are you crazy or what Adriel?"soal Amanda.

"Miss Amanda, saya rasa Miss Amanda dah salah faham ni. Emelia ni lagi kaya daripada Miss Amanda. Miss Amanda harap je duit banyak dalam bank, tapi baju tak cukup kain. Oops, sorry. Terlepas cakap pula"kata Jayden diiringi dengan senyuman menyindirnya itu.

"I akan pastikan you menyesal sebab cari pasal dengan I"kata Amanda lalu dia mengambil bag miliknya dan beredar dari situ.

"Bye"kata Jayden sambil melambaikan tangan ke arah Amanda.

Emelia dan Jayden menyambung semula kerja mereka yang terganggu akibat kehadiran Amanda yang tak diundang tu.

Adriel pula terus masuk ke dalam ruangan pejabatnya. Adriel mengeluh perlahan sebaik sahaja dia duduk di sofa yang ada dalam ruangan pejabatnya itu.

Riak wajah stress jelas kelihatan di wajah Adriel. Adriel stress disebabkan oleh Amanda tadi, dia tak sangka yang Amanda masih lagi terhegeh-hegeh dekat dia.

Nampaknya Adriel perlu pastikan yang Amanda tidak dapat menganggu dirinya lagi selepas ini.











Special guest !

Ahn Yujin as Amanda Mikayla Hazel Layla









Itu sahaja untuk chapter kalini. Bye semua!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro