15
Kuala Lumpur, Malaysia
Seorang jejaka sedang sibuk bermain Mobile Legend dalam biliknya. Tiba-tiba sahaja jejaka tersebut menerima panggilan daripada Mrs. Smith.
"Assalamualaikum Mak. Mak dengan Ayah apa khabar?"jejaka itu menyapa Mrs. Smith selepas mengangkat panggilan tersebut.
"Waalaikumussalam. Mak dengan Ayah sihat je"Mrs. Smith menjawab. "Kamu tau kan yang Wazzi dan Aishah berada kat Malaysia sekarang ni?"Mrs. Smith bertanya.
"Wazzi and Aishah ada kat sini? For real la Mak? Hamzah tak tahu pun"kata jejaka bernama Hamzah itu. "Astu, macam mana dengan kerja si Wazzi kat sana? Dia kan peguam, takkan dia tinggalkan kerja dia macam tu je"Hamzah berkata.
Muhammad Hamzah Falikh, berusia 22 tahun. Hamzah merupakan anak saudara kepada Mrs. Smith dan Mr. Smith. Hamzah memang panggil Mrs. Smith and Mr. Smith sebagai "Mak" dan "Ayah" ye.
Mesti korang pelik kan? Okay macam ni, Mr. Smith actually dah peluk Islam sebelum dia kawin dengan Mrs. Smith. Nama Islam Mr. Smith adalah Abdul Hassan, cuma beliau dipanggil Mr. Smith oleh rakan-rakan kerjanya sahaja.
"Jangan risau pasal tu. Mak dah mintak tolong pembantu si Wazzi untuk uruskan kerja-kerja si Wazzi tu. Lagipun, Mak dengan Ayah kamu memang dah lama rancang nak hantar Wazzi dengan Aishah ke Malaysia. Kalau tak, sampai bila-bila pun mereka takkan balik sana"jelas Mrs. Smith.
"Lah, macam gitu pulak dah. Habis, macam mana si Aishah boleh setuju? Dia kan keras kepala"kata Hamzah jujur.
"Macam la kamu tak kenal perangai adik kamu tu. Kamu dengan dia pun sama je, dua-dua degil"Mrs. Smith berkata dan Hamzah ketawa sahaja.
"Lah, sejak bila Hamzah ada adik ni? Hamzah anak tunggal la Mak"kata Hamzah dalam nada bergurau.
"Wazzi ada call Mak haritu. Dia cakap yang Aishah terjumpa dengan Jayden kat sana"kata Mrs. Smith dan ketawa Hamzah terus mati.
"Aishah terjumpa Jayden? Mamat tak guna tu ada sekali ke?"Hamzah bertanya dengan nada serius.
"Takde katanya. Kalau boleh, Mak nak kamu tolong jagakan Aishah tu. Walaupun ada Wazzi kat sana, Mak still risaukan pasal Aishah"kata Mrs. Smith.
"Insha Allah Mak. Hamzah akan cuba untuk jaga Aishah tu, Mak jangan la risau sangat"Hamzah berkata, cuba untuk menenangkan Mrs. Smith, Hamzah tau yang Mrs. Smith risaukan akan keadaan Emelia.
"Iye la. Mak kena pergi ni, ada kerja nak dibuat. Assalamualaikum"Mrs. Smith mengucapkan salam.
"Iye la Mak. Waalaikumussalam"Hamzah menjawab salam itu sebelum menamatkan panggilan itu.
Hamzah meletakkan telefonnya di tepinya lalu memandang ke luar jendela biliknya. Hamzah terus mengambil kunci motosikalnya lalu memecut ke suatu tempat.
Smith's Mansion
Emelia berada di halaman belakang rumah agam keluarganya sambil membaca buku.
Eric pula masih di Mutiara Cafe, kena kerja overtime katanya. Tapi Eric dah pesan kat Emelia untuk hubungi dia if Emelia perlukan apa-apa.
Ding Dong!
Kedengaran loceng pintu masuk itu ditekan. Emelia terus ke arah pintu masuk lalu membuka pintu tersebut.
"Miss me, sis?"soal Hamzah sambil tersenyum.
"Abang Hamzah. Ya Allah, rindu betul kat abang"kata Emelia lalu memeluk Hamzah.
"Ye, abang pun rindu kat kamu. Ni, mana Abang Wazzi? Jangan cakap kamu duduk sensorang pulak"Hamzah berkata.
"Abang Wazzi kerja overtime. Pukul 10 malam nanti baru dia balik"Emelia menjawab dan Hamzah anggukan kepalanya. "Jemputlah masuk, takkan abang nak berdiri kat luar pula"pelawa Emelia lalu dia meleraikan pelukan itu.
Hamzah pun memasuki rumah agam itu dengan Emelia. Emelia terus ke dapur untuk membancuh minuman.
Hamzah melihat sekeliling ruangan dalaman rumah agam itu. Rumah agam itu tidak banyak berubah walaupun sudah hampir 13 tahun Hamzah tidak mengunjungi rumah agam tersebut.
"Bila Abang Hamzah balik dari Arab Saudi?"Emelia bertanya kepada Hamzah lalu dia meletakkan segelas air teh atas meja kecil di hadapan Hamzah.
"2 tahun lepas. Kamu apa khabar? Mak dengan Ayah sihat?"Hamzah bertanya walaupun dia baru sahaja bercakap dengan Mrs. Smith di telefon tadi.
"Alhamdulillah, sihat je, Mak dengan Ayah pun sihat"Emelia menjawab dan Hamzah anggukan kepalanya. "Umi dengan Walid sihat?"giliran Emelia pula bertanya.
"Umi dengan Walid sihat, alhamdulillah. Tapi Umi dengan Walid dekat Arab Saudi lagi, mereka kena selesaikan urusan perniagaan mereka kat sana"Hamzah menjawab pertanyaan Emelia.
Hamzah sebenarnya sudah menetap di Arab Saudi sejak dia berusia 10 tahun lagi. Cumanya, Hamzah baru sahaja pulang ke Malaysia 2 tahun lepas.
"Oh ya. Kamu dah kerja ke belum Aishah?"soal Hamzah.
"Orang dah kerja la. Orang kerja dekat JL Company, as secretary"jawab Emelia.
"JL Company? Syarikat pengeluaran kereta jenama White Phoenix tu ke?"Hamzah bertanya dan Emelia anggukan kepalanya. "Macam mana kamu boleh kerja kat sana? Boss kamu tu tersalah tengok resume kamu ke macam mana?"Hamzah berkata dalam nada mengusik.
"Eh abang ni. Suka sangat usik orang"kata Emelia lalu menjeling ke arah Hamzah. "Daddy la yang suruh kerja kat sana. Kebetulan pula boss Aishah tu anak kepada kawan Daddy"Emelia berkata jujur.
"Macam tu. Faham-faham"Hamzah berkata pendek. "Kamu ni kenapa makin kurus eh? Kurang makan ke?"Hamzah berkata lagi dan Emelia terus memukul Hamzah dengan kusyen sofa.
"Nak cakap Aishah gemok la ni?"Emelia bertanya dengan riak wajah geram namun Hamzah ketawa sahaja.
"Alolo, adik abang marah ke ni? Comey nye dia marah"kata Hamzah sambil mencubit pipi Emelia. "Abang bergurau je la. Adik abang ni always comey, sebab tu abang geram nak cubit pipi dia ni"kata Hamzah lagi lalu dia berhenti mencubit pipi Emelia.
"Abang still suka usik Aishah"kata Emelia lalu memukul Hamzah dengan kusyen yang ada di tangan dia berkali-kali.
Walaupun Hamzah dan Emelia sudah lama tidak berjumpa, hubungan mereka masih lagi rapat seperti dahulu.
Sebenarnya Hamzah dan Emelia ni merupakan adik-beradik susuan. Jadi disebabkan itulah, Hamzah dan Emelia tidak boleh berkahwi (sila betulkan if aye salah ye).
Walaupun begitu, Hamzah masih lagi cuba menjaga batasnya dengan Emelia. Hamzah daripada kecil lagi diingatkan oleh ibu bapa dia yang Hamzah dan Emelia ini merupakan adik-beradik susuan.
Jika ibu bapa Hamzah tidak mengingatkan Hamzah tentang itu, mereka takut jika Hamzah jatuh cinta dekat Emelia tanpa mengetahui tentang hubungan mereka.
"Okay okay. Maafkan abang wahai adikku yang comel lagikan ayu. Jangan dipukul abang, berdosa"kata Hamzah dan Emelia memukul Hamzah untuk kali terakhir.
"Abang, Aishah nak tanya boleh?"Emelia bertanya dan Hamzah anggukan kepalanya. "Katakanlah one day Aishah tiba-tiba je takde kat dunia ni, abang sedih tak?"soal Emelia dan Hamzah memandang Emelia.
"Dah kenapa cakap macam tu?"Hamzah berkata, pelik dengan soalan adiknya itu.
"Alah, jawablah"kata Emelia sambil memeluk lengan Hamzah.
"If one day Aishah takde kat dunia ni, mestilah abang sedih. Bukan abang je yang sedih, semua orang akan sedih"Hamzah menjawab sambil tersenyum kecil.
"Sebab?"Emelia bertanya.
"Sebab Aishah kesayangan semua orang. Semua orang sayangkan Aishah, so if Aishah dah takde satu hari nanti, semua orang akan bersedih"Hamzah menjawab dan Emelia anggukan kepalanya.
Setelah hampir dua jam berada di situ, Hamzah pun meminta diri untuk pulang ke rumahnya.
Special guest !
Lee Haechan as Muhammad Hamzah Falikh
Tu je untuk chap kalini. Bye semua!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro