Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TKT | 65

Begging is better than try to run corruptly false coins

━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

KACA MATA yang jatuh sedikit dibetulkan. Majalah Business diselak helaian demi helaian. Kemudian, pandangannya terhenti pada muka surat yang dicari. Rencana tentang dirinya.

Madam Anna tersenyum bangga.

Usaha gigih dan keringat yang dicurahkan selama ini begitu berbaloi. Kejayaan demi kejayaan diraih hingga ada pihak yang sudi menjadikan kejayaannya sebagai ikon businesswoman yang patut dicontohi.

Satu demi satu perkataan dibaca tanpa ada yang tertinggal. Senyuman puas terukir di bibir. Alangkah bahagianya jika kegembiraan ini mampu dikongsi bersama Ruzynne. Dan yang pasti, syarikatnya lebih gah berbanding dengan syarikat Muhammad.

Pintu bilik bacaan kedengaran diketuk.

"Come in"

Tubuh Aqhmal terjengul di pintu.

"Yes, Aqhmal. Any news?" soalnya sambil terus menyambung bacaan tanpa memandang lelaki itu.

Aqhmal melangkah masuk dengan hati yang berat.

"Err... madam..." terasa sukar mahu menyampaikan berita yang dibawa. Hal ini begitu rumit.

"Aqhmal" Madam Anna memandang dengan dahi berlapis. Selalunya lelaki itu tenang sahaja setiap kali berdepan dengannya. Kenapa hari ini tingkah lakunya berbeza?

Lelaki itu berdiri tegak sambil menggenggam kedua tangan. Pandangannya tepat ke wajah wanita itu. Sedang membuat penilaian. Perlukah dia memaklumkan perkara itu kepada Madam Anna atau tidak?

"I know this must be something important right, Aqhmal?"

Sebagai seorang wanita yang pernah berdepan dengan pelbagai rintangan dalam hidup, dia sudah dapat membaca ada sesuatu yang amat penting dan besar akan disampaikan oleh lelaki itu.

Aqhmal mengangguk perlahan.

"Just tell me. What is it?"

"Erm... madam..."

Kegugupan Aqhmal membuatkan mata Madam Anna yang sudah sedia sepet semakin mengecil. Dia diserang tanda tanya.

"Pasal Laura" beritahu Aqhmal teragak-agak.

"Kenapa dengan Laura?" kening Madam Anna terangkat.

Aqhmal menarik nafas dalam.

"Macam ni, I kan pernah bagitahu madam sebelum ni yang Aireen pun pernah diekori orang lain and hampir kena rogol"

"Yes. And?"

"Laura... mereka diupah oleh Laura"

"What?!" suara Madam Anna tinggi. Dia terbangun dari kerusi. Matanya merenung tajam ke wajah lelaki itu.

Aqhmal mengangguk lagi.

"Are you sure, Aqhmal? This is serious!"

"Saya tahu, madam. Dan saya takkan bergurau dalam hal macam ni" dia tahu wanita itu terlalu sayangkan Laura. Bahkan, seperti melebihi sayangnya terhadap anak sendiri.

Madam Anna duduk semula. Masih terkejut.

"Tapi, ada sesuatu yang lagi penting madam perlu tahu"

Kata-kata Aqhmal membuatkan tubuhnya terasa menggigil. Dia mula membayangkan sesuatu yang lebih buruk.

"Ini..." Aqhmal mengeluarkan beberapa keping foto dari dalam sampul.

Saat melihat gambar-gambar itu, nafasnya terasa tersekat-sekat. Dadanya terasa sakit.

"Itu adalah anak-anak Ziyad. Cucu-cucu madam" beritahu Aqhmal lambat-lambat sambil meraup muka. Terasa beban di bahunya semakin ringan. Sekian lama dia merahsiakan perkara itu.

"They are Justin's kids? My grandchildren?" soalnya dengan rasa tidak percaya. Malah, ada sesuatu yang sedang mengusik jiwanya saat itu.

Melihat kanak-kanak itu, hatinya terasa sebak. Wajah kedua-duanya mirip sekali dengan Justin. Mereka kembar? Oh... so cute.

Terasa nafasnya semakin berat. Apa yang telah dia lakukan selama ini? Cuba memisahkan mereka? Dadanya semakin tertekan.

"Laura pernah upah orang untuk langgar diorang. Dan salah seorang daripada mereka pernah parah"

Mata Madam Anna membuntang. Dia dihambat rasa debar.

"Apa maksud you pernah parah? Maybe... maybe she was..." Madam Anna tutup mulut apabila terbayang satu kemungkinan. Mungkinkah anak kecil itu tidak dapat diselamatkan?

"No, madam. Alisya dah pulih. Dia dah sihat sekarang. Perkara ni jadi beberapa bulan yang lalu"

Madam Anna mengeluh lega.

"Tapi Aqhmal, kenapa you rahsiakan perkara ni daripada I? Kenapa baru sekarang semuanya muncul?"

Aqhmal tertunduk beberapa ketika.

"I'm so sorry, madam. Memang I bersalah sebab sembunyikan hal yang sebenar. Tapi I taknak kanak-kanak yang tak berdosa macam Aliya dan Alisya turut menjadi mangsa keadaan kerana masalah antara orang dewasa. Mereka tak ada kena mengena" luah Aqhmal perlahan.

Rasa ngeri masih terpahat di depan mata apabila terbayang kemalangan itu kerana dia juga berada di tempat kejadian. Malah, dia juga yang membantu Ziyad ketika itu dengan memperkenalkan diri sebagai Iskandar. Bukannya Aqhmal.

Atas desakan rasa bersalah, dia menjejaki mereka yang terlibat. Seperti yang dijangka, dalangnya adalah Laura. Cuma pihak polis sahaja yang masih belum dapat menangkap orang-orang upahan gadis itu kerana dia telah menutup semua bukti.

Mata Madam Anna masih tidak berganjak dari terus memandang wajah cucu-cucunya.

"Aliya... Alisya..." bibirnya bergetar.

Benar kata Aqhmal. Disebabkan dendam dan rasa benci, rupanya ada insan-insan yang tidak bersalah telah menjadi korban. Kenapa Laura sanggup lakukan hal sekejam itu? Bukankah gadis itu terlalu lembut untuk bertindak sejauh itu?

"Ada satu benda lagi yang perlu saya beritahu"

Madam Anna mengigit bibir. Pandangannya tepat ke wajah Aqhmal dengan sedikit gementar. Pasti ada perkara buruk lagi yang mahu disampaikan.

"Kemalangan yang berlaku dekat Hazriq adalah satu tindakan yang disengajakan"

"What?!" terasa seluruh tubuhnya lemah dan menggeletar.

"Laura... Laura tolak Hazriq dengan sengaja" ujar Aqhmal dengan serba salah. Pembantu rumah Filipina yang dipaksa buka mulut menjadi takut apabila digertak. Segalanya mula terbongkar.

Air mata Madam Anna terlerai daripada tubir mata. Sudah bertahun-tahun air matanya tidak mengalir. Kini, dia tewas.

"Kenapa... kenapa Laura..." ayat-ayat itu tidak mampu diungkap. Hatinya hancur mengenangkan tindakan Laura yang cukup kejam. Kerana obses dengan cinta, dia sanggup melakukan sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.

Diakah yang bersalah kerana menjadi penggalak dan penyebab kepada tindakan berani begitu? Atau dia sebenarnya gagal untuk mendidik Laura menjadi seorang insan berguna?

"Apa kita nak buat, Aqhmal?" soalnya sayu.

"Kita perlu selamatkan dia, madam" ujar Aqhmal dengan rasa simpati. Dia percaya apa yang dilakukan oleh Madam Anna terhadap Aireen selama ini adalah kerana naluri seorang ibu yang terlalu sayang kepada anaknya. Dia memang terlalu menyayangi Laura.

Madam Anna memejam mata dengan dada terasa sesak.

"Ya. Kita perlu jauhkan dia daripada masalah ni"
















ps : terpaksa jadi cliché sedikit sebab aye nak habiskan cerita ni cepat ii 😣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro