Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special chapter 2 ✓


"Abang Harith..." Meremang bulu roma Harith mendengar suara gedik sepupu Qaiffa, Dania. Dia sedang berada di luar rumah ayah mertuanya untuk memasang khemah. Ada majlis akikah sempena kelahiran anak Qairyn yang kedua. Tapi dia takut kalau Qaiffa nampak perlakuan Dania sekarang ni, kemungkinan besar majlis akikah akan bertukar menjadi majlis tahlil sekejap. Astaghfirullahalazim!

"Abang Harith, kenapa tak pandang Nia? Cantik tak Nia pakai abaya ni?" Sedikit pun Harith tidak melihat. Dia sedang mencari keberadaan isterinya. Khemah telah siap dipasang dan dia sedang menanti air yang dibawa Qaiffa. Dania mencebik apabila Harith tidak melayannya. Sebaik sahaja melihat bayangan Qaiffa, Harith segera berlari menjauhi Dania.

"Adinda!" Qaiffa yang sedang menatang dulang memandang ke arah Harith yang berlari-lari anak ke arahnya. Berkerut dahinya melihat suaminya yang berlari tak cukup tanah.

"Kekanda ni kenapa?" Berpeluh-peluh Harith ketika itu. Qaiffa menyerahkan segelas air sambil memandang ke arah belakang Harith. Oh! Dania yang sedang melihat ke arah mereka berdua. Harith ditatap dengan pandangan tajam.

"Dania tu teman Kekanda ke sejak tadi?"

"Adinda...saya dah larikan diri tau! Penat saya tunggu Adinda datang. Dia asyik dekat situ je, tanya abaya lawa ke tak? Dah makan ke belum? Haih." keluh Harith. Dia menyandarkan kepalanya di atas bahu Qaiffa. Ke mana Qaiffa pergi, di situ Harith mengekor. Macam belangkas mereka berdua.

Qaiffa menyerahkan gelas yang terakhir kepada pak ciknya sebelum dia berpaling ke arah Harith. Jejaka itu tetap kekal di sisi, tak mahu ke mana-mana. Dia mencubit sedikit pipi Harith sambil menjeling ke arah Dania yang asyik menatap mereka.

"Kalau nak buat dia berambus, kita kena buat lain sikit." Qaiffa memaut lengannya ke leher Harith. Wajah putih jejaka itu mula berubah warna. Pucuk hidung dilagakan antara satu sama lain. Harith tak usah nak cakap, dia telah dipukau dengan senyuman isterinya.

"Allah!" Dulang di tangan Qaiffa diambil dan dia menutup wajahnya yang merah. Malu! Harith terduduk di atas tanah manakala Qaiffa pula tertawa suka. Dania telah menghentak-hentak kakinya sebelum masuk ke dalam rumah.

"Dah pergi pun! Sibuk kacau laki orang."



***

Dania memandang ke arah pasangan yang begitu asyik bermain dengan anak mereka. Dia cemburu! Adinda Qaiffa, sepupu perempuannya yang selalu beruntung dalam segala hal. Bahkan, suami wanita itu juga merupakan seorang CEO syarikat IT yang begitu maju di Jepun.

"Nia, kenapa asyik tengok Qai dengan Harith?" tanya Puan Dafiyah. Anak perempuannya itu seakan tidak berpuas hati dengan pasangan yang begitu bahagia di hadapan mereka.

"Nia tak fahamlah! Kenapa Qaiffa boleh dapat abang Harith yang handsome tu?! Dia bukannya cantik sangat pun!"

"Astaghfirullahalazim, Nia! Dah jodoh diorang. Lagipun, Qai dengan Harith tu suka sama suka. Sebab tu bahagia." kata Puan Dafiyah.

"Asyik-asyik nak bela si Qaiffa tu! Nia ni anak mak tau!"

"Lepas tu, kamu nak mak buat apa? Pinang Harith untuk kamu?" sindir wanita separuh baya itu. Dia bukan tak tahu apa yang ada di fikiran Dania.

"Kalau mak sayang Nia, buatlah. Nia pun nak jadi isteri abang Harith." Puan Dafiyah menatap tajam ke arah anaknya. Dia tak suka dengan sikap Dania yang ingin merampas kebahagiaan orang lain.

"Kamu jangan nak mengarut, Dania! Jangan nak jadi perampas pula. Banyak lagi lelaki dekat luar sana. Mak bagi amaran, jangan nak ganggu rumah tangga orang lain. Mak beritahu abah nanti, biar kamu kena marah! Kalau kamu berkenan dengan Harith sekalipun, mata dia hanya tertuju pada Qai." Dania mengetap bibir mendengar kata-kata Puan Dafiyah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro