Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special chapter 1 ✓



Qaiffa merenung tajam ke arah Harith yang sedang mendukung Aydin Haris, anak ketiga mereka yang baru sahaja 3 bulan. Begitu seronok jejaka itu apabila dikurniakan seorang lagi anak lelaki. Dia tak kisah tentang itu. Sekarang ni, wajah Harith yang tersenyum menjadi tumpuan ramai sepupu perempuan keluarganya.

"Handsomenya..."

"Suami akak Qai, kan?"

"Haah, agak-agak dia nak kahwin lagi tak? Kalau nak, aku nak jadi isteri nombor 2 dia." Berdesing telinga Qaiffa mendengar bisikan-bisikan para wanita di situ.

"Suami aku juga kau semua nak caras!" gumamnya sendiri. Dia berjalan mendekati suaminya dan mengambil Aydin Haris ke dalam dukungannya. Harith tersenyum lebar memandang isterinya yang seperti hendak meletup bila-bila masa sahaja! Comelnya! Pipi tembam yang merah tu lagi, membuatkan Harith terus menerus menatap wajah Qaiffa.

"Apa pandang-pandang?!"

"Pandang bidadari saya je, salah ke?" Qaiffa mengemam bibirnya untuk tidak tersenyum. Dia tak boleh cair. Matanya cuba melawan panahan mata amber yang dari tadi setia menatap wajahnya. Baru 5 saat, dia dah tewas. Harith tersenyum manis.

"Tak payahlah senyum."

"Kenapa?" Harith sengaja mendekatkan wajahnya dengan Qaiffa.

"Nanti... Nanti..." Tiba-tiba dia diserang penyakitnya gagap pula. Harith melagakan pipi mereka berdua dan memeluk Qaiffa dari sisi.

"Nanti?"

"Nanti orang tengoklah..." Membahang wajahnya apabila Harith bertindak mencium pipinya di khalayak ramai. Qaiffa dapat merasakan tumpuan semua orang tertuju padanya.

"Ehem, siapa yang tumpahkan gula dekat ruang tamu ni? Bersemut pula." usik Qadriz. Qaiffa segera melarikan diri ke taman. Ish, suaminya ni! Aydin yang masih dalam dukungan dilihat seketika. Wajah yang mirip dengan Harith, bahkan mata amber suaminya juga turut diwarisi oleh Aydin.

"Mesti Haris banyak peminat bila dah besar nanti."


***



"Umi!" Suara Qay Haura bergema di ruang bilik tidur mereka. Baru sahaja Qaiffa ingin melelapkan mata, anak perempuannya pula yang tiba-tiba rajin singgah di bilik tidurnya.

"Ya, sayang?" Dia melihat Harith yang masih lagi tekun menghadap laptop. Haura segera naik ke atas katil dan menggenggam tangan Qaiffa.

"Umi, bila kita nak pergi rumah atuk lagi?" Soalan yang diutarakan Haura membuatkan dia terdiam. Sakit pula hati dia mengenangkan kejadian tadi. Suaminya dah semakin hensem, jadi ramai pula orang nak masuk line.

"Umi?"

"Erm..." Bunyi laptop yang ditutup membuatkan mereka berdua menoleh ke arah Harith yang membuka cermin mata. Jejaka itu tersenyum ke arah isteri dan anaknya.

"Qay, kita akan datang sana hujung minggu ni." Melebar wajah mulus itu mendengar kata putus dari Harith. Qaiffa pula telah mendiamkan diri di tempatnya. Dia tak mahu bawa Harith ke sana! Nanti semua orang nak tenung suaminya!

"Qay, pergi tidur dulu. Abi nak borak dengan umi." Kanak-kanak perempuan itu segera meninggalkan bilik tidur mereka. Harith merapatkan tubuhnya dan Qaiffa. Dia memeluk tubuh isterinya yang mengeras sahaja daripada tadi.

"Adinda...." Suara maskulin yang menyapa pendengarannya serba sedikit menggoyahkan hatinya.

"Kalau adinda takut saya kena rampas dengan orang lain, let me remind you this. I'm yours. Forever. Takkan ada orang lain selain Adinda Qaiffa. Itu janji saya sampai akhir hayat saya." Qaiffa memandang wajah tampan suaminya yang sangat dekat. Dia mengelus lembut pipi Harith. Kata-kata Harith membuatkan dia sedikit lega. He never lie to her.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro