Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Last special chapter ✓

Harith yang sedang nyenyak tidur di bilik tetamu masih lagi tidak sedar kehadiran seseorang. Kepalanya yang berasa pening tadi membuatkan dia terpaksa berehat di bilik tetamu dan akhirnya, dia terlelap. Mata lentik seseorang merenung dengan penuh minat ke arah wajah tampan yang masih lagi dibuai mimpi.

"Abang Harith...." Tangan mulus itu cuba menyentuh wajah Harith sebelum dicengkam kasar oleh seseorang. Qaiffa. Berderau darahnya melihat sepupunya cuba untuk menyentuh wajah Harith yang sedang tidur. Qaiffa mengheret wanita itu ke ruang tamu.

"Kau memang nak kena dengan aku!" Suara Qaiffa bergema di ruang tamu. Ramai tetamu terkejut apabila wanita itu bertindak menarik rambut Dania. Hadrah yang turut hadir di majlis itu cuba menenangkan Qaiffa.

"Iffa, dahlah!" Hadrah cuba menarik tangan Qaiffa namun ditepis. Amarah dalam diri dia meluap-luap. Qadriz menarik Qaiffa menjauhi wanita tersebut dengan segera.

"Iffa, kenapa ni?" tanya Puan Leana. Terkejut juga dia melihat anak perempuannya buat kecoh di hadapan tetamu. Puan Leana segera mendekati wanita yang telah terduduk di lantai menahan kesakitan. Dania.

"Umi, dia cuba buat benda tak elok dekat suami Iffa!" Terhenti langkah Puan Leana saat mendengar kata-kata Qaiffa. Dia menatap tajam ke arah Dania. Daripada nak tolong, terus tak jadi.

"Betul ke apa Iffa cakap, Nia?" Dania tidak menjawab sebaliknya menatap tajam ke arah Qaiffa. Tidak menunggu lama, dia berdiri dan bersuara lantang.

"Kalau ya, kenapa? Apa salahnya, aku nak tengok dia! Lelaki sebaik dia tu tak layaklah untuk perempuan macam kau!" Qaiffa yang mendengar kata-kata Dania kembali mengamuk. Hadrah segera memberi isyarat kepada Firash untuk mengejutkan Harith. Jejaka itu beredar dari kerumunan.

"Lepaslah, perempuan tak guna!"

"Kau yang tak guna! Dahlah anak dara tua, ada hati nak caras lelaki orang!" kata Qaiffa. Dia tak mahu kalah.

"Kau ingat kau bagus sangat ke perempuan? Entah-entah, anak kau tu bukan anak Harith!" Makin melampau kata-kata Dania membuatkan amarah Qaiffa terus meningkat tanpa henti. Bahkan Hadrah juga tidak mampu menghalang dia.

"Patutlah tak kahwin sampai sekarang, mulut tu macam puaka! Suami aku tak inginlah anak dara macam kau ni, eh kejap! Kau ada dara lagi ke?" sindir Qaiffa. Dania menolak Qaiffa ke belakang sebelum menaikkan tangan ke udara. Hampir sahaja tangan wanita itu hinggap di pipi Qaiffa sebelum ada seseorang menghalangnya.

"Hands off from my wife!" Kali pertama, Harith bersuara dingin di hadapan semua orang. Riak wajah jejaka itu tidak usahlah kata. Dingin. Dia menyingkirkan tangan Dania dengan kasar sebelum menarik Qaiffa di sisinya.

"Abang Harith....dia yang mula..."

"Aku tak suruh kau bercakap pun. Jadi, tutup mulut kau!" Qaiffa juga terkedu dengan sikap dingin Harith sekarang. Dania terdiam tidak berkutik.

"Let me make it clear in front of all the guest here. Dengar sini baik-baik, hanya Adinda Qaiffa satu-satunya isteri saya. Selagi saya masih bernafas, selagi tu takkan ada sesiapa yang akan gantikan dia. Hanya dia dan tak ada sesiapa yang boleh gantikan tempat dia sampai akhir nafas saya."

"So, all the ladies here. Please respect my wife as you want to be respect by me. Dan, jangan sesekali hina anak-anak kami yang sah dari perkahwinan kami berdua. You are not in the position to talk bad about others." Nadanya tegas menyebabkan ramai tetamu di situ seperti kaku. Harith yang lembut berkata boleh menjadi seorang yang dingin dan tegas apabila berkaitan dengan Qaiffa.

"Jom keluar, Adinda. Tak payah layan orang gila ni." Tangan isterinya dipimpin untuk keluar dari rumah agama tersebut.


***



Hembusan angin pantai menyapa wajah mereka berdua. Sedari jejaka tiba di sini, masing-masing diam. Tidak bersuara atau apa-apa. Merenung ke arah laut yang terbentang luas di hadapan mereka. Tautan tangan masih belum dileraikan.

"Kekanda...." Akhirnya, Qaiffa memilih untuk memecahkan kesunyian mereka.

"I'm sorry..." Diam.

"Janganlah diam. Saya minta maaf sebab mengamuk macam orang tak betul tadi..." Tiada balasan membuatkan dia mula menggoyangkan lengan Harith. Tangan kekar itu memegang wajahnya. Dielus lembut pipi tembam milik Qaiffa.

"Adinda sayang....awak tak salah. Cuma, saya tak nak awak terlalu mengikut kemarahan. Sesungguhnya, sifat marah itu datang daripada hasutan syaitan." tegur Harith. Dia sebenarnya tak marah pun isterinya.

"Awak tak marah saya?"

"Tak sayang. Macam mana saya nak marahkan pujaan hati saya ni?" Harith tersenyum nipis. Dia memeluk tubuh isterinya dari sisi sambil memandang ke arah matahari yang semakin terbenam.

"Sunrise is beautiful isn't, it?" tanya Qaiffa secara tiba-tiba. Harith tergelak kecil. Kenapa tiba-tiba cakap tentang matahari terbit sedangkan sekarang mereka berdua sedang memerhatikan matahari yang semakin terbenam.

"Tak, tapi...." Qaiffa memandang ke arah Harith.

"Moon is beautiful isn't it?"

"Sama je maksudnya." Harith menggelengkan kepala.

"Tak sama. Sebab bulan itu sentiasa indah menerangi malam yang gelap. Macam Adinda Qaiffa yang menerangi kehidupan seorang Kekanda Harith yang suram tanpa kehadirannya." Merah padam wajah Qaiffa mendengar kata-kata Harith. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Qadriz.

"Hey, pasangan suami isteri yang hangat bercinta. Korang dah tak nak anak ke? Ni Qaf, Qay dengan Aidan ada dekat sini. Jangan lupa, korang tu dah ada anak." Mereka berdua tertawa mendengar kata-kata Qadriz. Terlupa pula tentang anak-anak tadi.

"Ya, sekejap lagi datang ambil." Panggilan ditamatkan. Harith menghulurkan tangan ke arah Qaiffa.

"Will you stay with me until the death apart us?" Qaiffa tersenyum memandang suaminya.

"I will. Always." Huluran tangan itu disambut. Genggaman tangan mereka dieratkan tanpa niat untuk meleraikan. Seperti hubungan mereka yang dibina tanpa ada niat untuk memusnahkannya.

The end






Terima kasih kepada yang sudi membaca cerita ni! Memang appreciate gila bila ada orang baca cerita saya yang tak berapa bagus ni. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pembaca! Oh ya, kalau boleh singgahlah di cerita baharu saya, Cahaya di langit Andalusia! Itu sahaja daripada saya, bye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro