Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7 ✓


Menempel kepala Harith di atas meja kantin. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan dia sekarang? Cemburu? Siapa dia untuk cemburu?
Dia mengeluh kuat. Firash yang sedang menyuap nasi lemak ke dalam mulut terhenti.

"Sabarlah, Harith. Nanti kita usahakan sesuatu. Kau kena isi perut dulu, baru otak berjalan." Harith menayangkan senyuman nipis sahaja. Banyak betul dugaan hari ini. Dia tak berasa lapar. Dia telah 'kenyang' dengan melihat adegan tadi.

'I wish to be him.' Bisik hatinya sambil memandang Nadim. Ketua pengawas, pelajar cemerlang, atlet sekolah dan rupa paras yang tampan. Orang panggil 'full package.' Siapa sahaja yang tidak tertarik? Harith menatap Firash yang sedang gelojoh menghabiskan nasi lemaknya yang ke - 4 dan mungkin ada lagi seterusnya.

Dia membetulkan cermin matanya yang melorot ke bawah. Tiba-tiba, Tiara bersama rakan-rakannya menghampiri meja mereka.

"Budak nerd." panggil Tiara. Dia memandang ke arah gadis itu yang sedang melihat sinis ke arahnya. Terdengar bisikan para pelajar yang melihat mereka. Tiara yang baru sahaja hendak mengeluarkan kata-kata, terhenti apabila Firash menyampuk.

"Harith, kau ada nampak syaitan tak pagi-pagi macam ni?" Tiara yang mendengar kata-kata Firash mengetap bibirnya.

"Kau mengata aku?"

"Aku tak cakap pun kau tapi kalau kau terasa, maksudnya betullah." Balas Firash selamba. Dia menyedut air sirapnya sehingga habis. Panas pula hati dia tengok perempuan ni. Dahlah tiru hasil kerja orang. Tak tahu malu!

"Setakat anak peniaga sate, kau siapa nak bercakap dengan aku?" ejek Tiara.

"Siapa nak dengar kau bercakap?" balas Firash. Harith yang melihat Tiara yang sedang berasap itu segera menarik Firash untuk pergi. Bukan dia takut tapi nanti perempuan di hadapannya itu akan mengamuk dan menarik perhatian semua orang di situ. Sebelum mereka beredar, Firash sempat mengambil air sirap milik Harith.

Splash!

Habis lencun dirinya dengan air sirap tersebut. Semua orang tergamam melihat tindakan berani mati Firash. Harith segera menarik tangan Firash untuk keluar dari kawasan kantin. Tiara telah menjerit-jerit di situ.

"Kau ni memang gila!" marah Harith.

"Dia tu yang gila. Dahlah curi hasil lukisan orang lain, ada hati nak berlagak depan kita. Puas hati aku tadi!" kata Firash. Dia memang puas hati dengan apa yang dilakukan. She deserved it!

****

"Lea, aku pergi tandas sekejap." Laju kakinya melangkah ke dalam tandas. Qaiffa yang sedang berada di dalam tandas mendengar bunyi tapak kaki beberapa orang pelajar masuk ke dalam  tandas. Dia mendiamkan diri.

"Habis baju aku!" marah Tiara. Dia mengerling ke arah pelajar perempuan yang telah lencun dengan air sirap. Hujan air sirap ke dekat luar? Dia telah selesai mencuci tangan dan ingin beredar keluar. Namun, telinganya sempat menangkap butir kata yang menarik perhatiannya.

'Tiru? Lukisan?' Telefon di tangan segera merakam percakapan mereka dari luar tandas.

"Kalau cikgu tahu, kau yang tiru lukisan dia macam mana?"

"Siapa sahaja nak percaya cakap dia? Dah lah miskin. Ada hati nak beradu lawan dengan aku." kata Tiara.

"Cikgu dekat sekolah ni semua tunduk pada duitlah. Kalau ada apa-apa nanti, papa aku boleh selesaikan. Duit adalah penyelesaian." Sombong betul!

Qaiffa menghentikan rakaman dan beredar dari tandas. Menarik. Dia segera pergi ke perpustakaan untuk membaca buku. Kalau ada keperluan nanti, pasti rakaman yang dipegangnya itu akan membantu. Cuma, dia tidak tahu bila atau kepada siapa rakaman itu perlu diserahkan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro