Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 43 ✓

Tap! Tap! Kedengaran bunyi tapak kakinya bergema di bangunan lama itu. Dia menaiki tangga ke tingkat atas di mana lokasi Qaiffa berada. Setibanya dia di tingkat 4, Harith melihat sosok sang isterinya yang terbaring di lantai. Baru sahaja dia hendak menghampiri wanita itu namun figura seseorang menghentikan pergerakannya.

"Wow! Belum 2 hari isteri hilang, kau dah jumpa. I'm quite impressed, Kekanda Harith!" Rahangnya diketap menahan amarah apabila melihat Nadim bersama sepucuk pistol dan picagari yang mengandungi cecair yang tidak diketahui sumbernya.

"Apa kau buat ni!"

"Buat apa? Aku cuma ambil apa yang patutnya jadi milik aku je..." kata Nadim sambil mengejut Qaiffa secara paksa untuk bangun. Wanita itu tersedar namun disebabkan hentakan tadi, dia mendesis apabila dipaksa bangun. Perutnya kembali berasa sakit. Luluh hati Harith melihat keadaan isterinya yang mempunyai kesan tamparan pada pipi wanita itu.

"Lepaskan Qaiffa, dia tak ada kena mengena."

Nadim ketawa sebelum dia mencengkam kasar rambut Qaiffa dari luar tudung. Wanita itu mengerang sakit apabila dia rasa hampir mahu tercabut sahaja rambutnya daripada kulit kepala akibat cengkaman itu.

"Dia ada kena mengena. Apa kata kita minta kau buat pilihan....." Pistol diacukan ke dahi Qaiffa. Harith sudah mulai panas hati apabila wanita kesayangannya diperlakukan sebegitu. Seakan-akan Nadim tidak mempunyai rasa empati sebagai seorang manusia. Dia mula berharap bahawa Firash dapat tiba bersama pihak polis dengan lebih pantas.

"Kau nak selamatkan anak kau atau....." Picu pistolnya ditarik. Klak! Harith memandang sayu ke arah isterinya begitu juga dengan Qaiffa. Masing-masing menatap wajah dalam diam seakan hari ini merupakan hari terakhir mereka. Mahu sahaja dia berlari, menarik sang isteri ke dalam pelukan. Namun, itu akan menyebabkan keadaan mereka menjadi lebih bahaya.

"Isteri kau? Best option, kan? Setimpal dengan apa yang jadi dekat aku dahulu."

"Apa yang jadi dahulu semua salah kau sendiri, Nadim...." Kenapa hendak menyalahkan dirinya sedangkan Harith lah yang dipukul sehingga menyebabkan dia hampir kehilangan nyawa sendiri. Nadim mendengus kuat.

"Kalau kau tak sibuk dekat-dekat dengan Qaiffa, aku takkan apa-apakan kau! Tapi kau sibuk nak berkepit dengan dia sedangkan semua orang tahu aku sukakan dia!" Bergema suaranya menjerit meluahkan ketidakpuasan hatian terhadap kisah dahulu yang telah menjadi sejarah. Harith memikirkan kata-kata Nadim. Salah dirinya menyukai Qaiffa sehingga wanita itu berada dalam keadaan bahaya?

"Enough with this nonsense. Aku nak kau pilih! Oh atau ada pilihan yang lebih baik..." Dia mencampakkan picagari yang berisi cecair itu kepada Harith. Senyuman sinis diberikan kepada jejaka itu. Di dalam picagari itu, ada racun yang dibuatnya sendiri. Dia ingin membunuh Harith perlahan-lahan.

"Kau suntik diri kau dengan racun tu. Jadi, isteri dan anak kau boleh terus hidup." Harith merenung ke arah picagari itu. Dia tak sanggup kehilangan keluarga kecilnya, jadi dia mengambil picagari tersebut. Baru dia hendak menyuntik racun itu ke lengannya, Qaiffa menjerit untuk menghalangnya.

"Kekanda! Jangan!" Dia tak sanggup kehilangan suaminya. Harith yang tersenyum nipis sahaja memandang ke arah Qaiffa. Wajah kesayangannya itu sudah merah dibanjiri air mata. Dia lagi tidak sanggup melihat kematian isteri dan anak di hadapannya, jadi picagari yang mengandungi racun itu disuntik ke lengannya.

Matanya berbinar-binar saat merasakan cecair yang panas mulai memasuki saraf. Tidak mampu bertahan lama, akhirnya Harith terbaring ke atas lantai dan tidak menyedarkan diri. Wajahnya semakin membiru.

"No! No!" Qaiffa cuba untuk melepaskan diri daripada cengkaman Nadim namun kudratnya sebagai seorang wanita sangat lemah kalau hendak dibandingkan dengan jejaka itu. Hatinya sakit melihat keadaan suaminya yang semakin lemah di situ.

"Finally, kita akan ber...."

BANG! Tembakan dilepaskan pada kakinya membuatkan dia terjatuh. Segera Qaiffa melepaskan diri dan mendekati Harith. Dia memangku kepala suaminya. Matanya yang penuh dengan air mata membuatkan pandangannya kabur. Apa yang dia dengar adalah siren polis sahaja dna suara Nadim yang bergelut cuba melepaskan diri. Semuanya kabur sebelum dia turut pengsan di samping Harith.

"Harith!"

***

Qaiffa menahan sakit apabila merasakan dirinya perlu melahirkan anak. Dia dan Harith telah sampai ke hospital dan masing-masing dikejarkan ke unit rawatan yang sepatutnya. Dia perlu berjuang kerana suaminya juga sedang bertarung nyawa di bilik pembedahan. Dia tersedar tadi kerana merasakan rasa sakit luar biasa mencucuk-cucuk dirinya. Dia meraung kesakitan di dalam labour room itu. Sakit dan peritnya perjuangan seorang ibu melahirkan anak.

"Teran lagi Puan! Sedikit lagi!" Seorang doktor wanita yang menjaganya itu memberikan sedikit semangat untuk dia berusaha melahirkan anaknya. Qaiffa menjerit apabila merasakan dirinya telah sampai ke tahap yang maksimum. Peluh di dahinya dilap akibat kepenatan. Dia ingin mengalah namun bayangan wajah Harith tersenyum ke arahnya sambil mengusap kepalanya membuatkan dia bertahan.

"Sediakan vakum!" arah doktor pakar sakit puan itu. Bertungkus-lumus jururawat di dalam bilik itu mengendalikan keadaan.

"Kami akan bantu puan dengan vakum. Jadi bertahan sedikit ya?" Qaiffa hanya menganggukkan kepala. Sekali lagi dia meneran dan akhirnya, dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Tersenyum doktor itu melihat bayi pramatang itu sebelum diletakkan ke dalam inkubator. Saiznya kelihatan sedikit kecil dari saiz bayi yang normal.

Tiba-tiba, rasa sakit yang luar biasa sekali lagi menyerang dirinya. Qaiffa menjerit kuat menyebabkan doktor itu segera memeriksa keadaannya. Ada lagi seorang! Qaiffa meneran sekuat tenaganya walaupun dia telah penat. Dia perlu...bertahan supaya anaknya dapat dilahirkan dengan selamat.

Setelah 10 minit, seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan. Dia terbaring kepenatan di atas katil itu. Matanya sempat melihat ke arah dua orang anak kembarnya yang berada di dalam inkubator. Terasa hebat dirinya sebagai seorang wanita kerana berjaya berjuang untuk melahirkan anak walaupun sakit yang dirasai itu memang tidak terperi.

He rather die for her and she will always fight for him.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro