Bab 16 ✓
"Aku rasa tak baiklah kau cakap macam tu tadi dekat dia." tegur Harith. Firash buat-buat tak dengar apa yang dikatakan oleh rakannya. Baginya, Harith terlalu baik sangat dengan semua orang. Orang hina dia pun, dia masih lagi tersenyum. Entah apalah yang difikirkannya pun dia tidak tahu.
"Ehem!" Mereka berdua terhenti saat mendengar deheman seseorang. Sebenarnya, lebih tepat sebab ada seseorang menghalang laluan mereka. Harith telah memalingkan wajahnya dahulu.
'Tak nampak! Tak nampak!' katanya di dalam hati. Dia berharap dia boleh melarikan diri sekarang.
"Kekanda." Ha sudah! Dia dah diseru oleh pemilik suara merdu itu. Firash memandang pelik ke arah mereka berdua. Dia merasakan kalau dia perlu memberikan ruang kepada dua orang manusia dihadapannya ini untuk berbicara.
"Aku pergi kantin dulu tau Harith." Belum sempat dia melangkah, Harith telah menggapai tangan rakannya dan membuat isyarat supaya Firash tidak meninggalkannya bersendirian bersama Qaiffa di situ. Qaiffa mendengus. Kenapalah lelaki di hadapannya ini suka sangat mengelakkan diri daripada dirinya. Apa? Adakah dia seekor raksasa?
"Aku nak bincang pasal tadi.."
"Jawapan aku tetap sama. Tidak." Menguji kesabaran betullah seketul makhluk bernama Kekanda Harith ni! Qaiffa menarik nafasnya dalam-dalam.
"Tak baik tau kedekut ilmu."
"Tak baik lagi memaksa orang." balas Harith. Matanya masih lagi melekat pada dinding di sebelahnya. Qaiffa ingin membuka mulutnya untuk berbicara lagi namun suara seseorang menyampuk percakapannya.
"Qaiffa." Nadim mendekati tiga orang manusia yang sedang berdiri di tengah-tengah koridor. Harith yang memerhatikan kehadiran Nadim terus menarik tangan Firash untuk pergi dari situ. Baru sahaja Qaiffa ingin memanggil Harith, Nadim menghalang laluannya.
"Kau nak apa?" soalnya kasar. Bayang Harith yang telah hilang daripada pandangan membuatkan dia sedikit kesal. Nadim berdehem beberapa kali untuk meneutralkan debaran dalam hatinya.
"Aku terima."
"Apa?" Terima apa pula ni?
"Pasal surat tu lah." kata lelaki itu sambil menahan malu. Qaiffa pula kelihatan bingung dengan kata-kata Nadim. Dia mulai ingat tentang surat kawannya itu.
"Bukan aku yang tulis. Kawan aku. Dia minat dekat kau. Nama dia Raisha. Nanti kau carilah sendiri." tegas Qaiffa. Surat cinta tu! Rasa macam nak marah sahaja rakannya itu. Suruh bagi sendiri tak nak. Tengok sekarang apa dah jadi. Dia meninggalkan Nadim yang tercengang mendengar penjelasan tadi.
***
"Kawanku galau.... oh... Harith galau... " Harith menjeling Firash yang memetik gitar mengikut irama yang sengaja dibuat sendiri. Dia tak sedihlah! Dia cuma ..... Ahhhh! Pedulikan sahaja. Sekarang ini mereka berdua sedang berehat di dalam bilik muzik. Senang cerita, Harith ingin mengelakkan diri daripada Qaiffa. Kantin pun tak sempat mereka jejaki.
"Kau tak ada lagu lain ke?" tanya Harith. Firash tersengih tidak bersalah. Dia menggelengkan kepala dan gitar diserahkan kepada Harith.
"Apa kata kau yang nyanyi?" Nyanyi? Dia? Agaknya bunyi bangau yang keluar nanti. Namun, gitar yang dihulurkan diambil jua. Bukan dia tidak tahu bermain gitar, cuma tak berminat sahaja.
'Nak nyanyi lagu apa ya?' soalnya di dalam hati. Sebuah lagi terlintas dalam benak fikirannya. Terus tangannya memetik gitar tersebut mengikuti irama yang bermain di dalam minda. Pada awalnya, dia agak kekok. Namun, lama-kelamaan tangannya lincah bermain gitar.
"Tutur dan caramu sesuatu
Mampu membuat semua terpaku
Namun cara kau tunduk membisu
Buat ku tahu yang kau tak tahu
Jelita
Kau sempurna
Girl you are so beautiful
Ku mahu kau tahu
Kenapa mahu malu
Kau memang cantik begitu
Girl you are so beautiful
Harusnya kau tahu
Tapi kau memang tak pernah
Percaya bila ku kata
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Kau harus percaya kau beautiful
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Believe me when I say you're beautiful
Tak perlu jadi dewi remaja
Dirimu sudah luar biasa
Namun bukan hanya luaranmu
Sungguh kau tahu nilai dirimu
Jelita
Kau sempurna
Girl you are so beautiful
Ku mahu kau tahu
Kenapa mahu malu
Kau memang cantik begitu
Girl you are so beautiful
Harusnya kau tahu
Tapi kau memang tak pernah
Percaya bila ku kata
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Kau harus percaya kau beautiful
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Believe me when I say you're beautiful..."
Nyanyian terhenti apabila mendengar bunyi barang jatuh. Firash yang terpegun melihat persembahan tidak berbayar Harith juga turut tersentak. Ish kacau daunlah! Mereka memandang sekeliling untuk melihat jika ada orang lain di dalam bilik muzik itu. Tiada.
"Angin sahaja kut Harith."
Masing-masing mengangkat bahu dan mula berbual. Tanpa sedar memang ada yang memerhatikan mereka.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro