Bab 11 ✓
"Harith!" Harith menoleh ke arah sang pemanggil tersebut. Dia melihat Firash berjalan ke arahnya melepasi pagar sekolah. Dia hanya memerhatikan sahaja sekeliling pelajar yang baru pulang sekolah. Entah kenapa Firash memintanya untuk menjemput dia pulang. Dah macam VVIP pula nak jemput-jemput bagai sedangkan mereka berjalan kaki sahaja.
Firash menghulurkan beberapa kertas latihan kepada Harith. Mereka berdua berjalan seiring menuju ke rumah Firash. Rumah mereka berdekatan sahaja, cuma tempat tinggal Harith jauh sedikit dari sekolah tetapi masih lagi satu kawasan.
"Harith, kau tahu tak? Tadi ada orang cari kau." Firash membuka cerita.
"Siapa?"
"Yang tu. Yang muka comel-comel lepas nampak garang sikit tu. Kelas sains tulen. 4ST." Harith menoleh ke arah Firash.
"Lelaki?" tanya Harith.
"Tak. Perempuan. Sekejap nama dia... Aaa...Adi... Aduh apa eh tadi?" Firash mengarut kepalanya yang tidak gatal. Mana tahu lepas garu ada mentol yang menyala di kepalanya.
"Adinda Qaiffa?" teka Harith. Mana tahu betul.
"Haaaa!! Betullah tu. Sekejap macam mana kau tahu nama dia?" Firash memandang Harith kehairanan. Nak kata tuan badan datang tadi, tak ada pula.
"Teka." Singkat sahaja balasannya. Dia sudah mula tidak keruan. Kenapa Qaiffa mencarinya? Dia ada buat salah ke? Nak tanya malu pula.
"Tapi dia tak cakap apa-apa. Dia sebut nama kau, lepastu dia tahu kau tak datang dia pergi." Macam tahu-tahu sahaja apa yang ada di benak fikirannya. Belum tanya lagi dah dapat jawapan.
'Kenapa dia cari aku?' tanya Harith di dalam hatinya. Mereka meneruskan langkah sehingga tiba ke rumah Firash.
***
"Keluar."
"Tapi cik...." Qaiffa memandang tajam ke arah cikgu tuisyennya.
"I don't like to repeat my words." Terus sahaja orang tersebut keluar. Dia mencampakkan pen ke atas meja. Stres! Tiada satu ilmu pun yang masuk dalam otaknya sejak tadi. Tambah bebanan kepala adalah. Mungkin kerana cara tutornya tidak sesuai untuknya.
Dia membuka aplikasi Instagram untuk mencari akaun seseorang. Dia menaip nama Kekanda Harith pada carian.
'Cannot find this user.'
'Hmmm..... Tak main Instagram ke?' katanya dalam hati. Pelik. Selalu golongan muda sepertinya pasti mempunyai akaun media sosial. Jarang yang tiada, kecuali tidak mempunyai telefon pintar.
Dia membuka aplikasi Tik Tok dan Facebook. Hasilnya sama sahaja. Tiba-tiba, dia meletakkan telefon pintarnya ke atas meja semula.
"Dah macam stalker aku ni." Baru selang 4 saat, dia mengambil telefonnya semula. Dia menghantar mesej kepada seseorang.
'Find his number phone. I need it ASAP!!' - Qaiffa.
'Okay.' - Rea.
Qaiffa tersenyum puas. Sekejap sahaja ni. Rea dikenali sebagai 'stalker berjaya' di batchnya kerana kecepatannya mendapatkan maklumat. Biasalah budak perempuan. Harap-harap adalah hasilnya sebentar lagi.
Maaf hari ni sikit sahaja dulu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro