Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PROLOG

"ZOMBIE"

"Ada yang kata zombie ni merupakan manusia yang telah mati dan hidup kembali menjadi zombie.

Ada yang kata zombie ni tidak boleh melihat dalam gelap.

Ada yang kata zombie ni berjalan perlahan dan berseret seret kakinya.

Ada yang kata zombie ni makhluk dari angkasa lepas.

Ada yang kata zombie ni "TAK WUJUD."

"TAK WUJUD"

Itu istilah aku dan kawan kawan aku sebelum makhluk ini muncul.

Mungkin juga istilah seluruh manusia sebelum mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri."

Naim menutup buku kecil yang diyakininya merupakan sebuah diari.Bait-bait tulisan yang ditemui itu membuktikan keanehan yang berlaku sekarang.

Lautan fikirannya yang sebelumnya tidak bergerak kini mulai hidup kembali.

Tiga hari sebelum...

"Abang! Abang! Rashid dapat tangkap ikan keli!"

Kegembiraan jelas terpancar di wajah adiknya yang satu ini.Ini merupakan kali pertama Rashid memancing.

"Wah! Adik hebatlah.Abang masa pertama kali memancing tak dapat apa apa pun.."

Puji Amirul membuatkan hidung adiknya mulai mengembang.Bangga atas kejayaan mengalahkan abangnya.

"Kalau adik dapat tangkap lagi 4 ikan keli,abang belanja adik apa apa yang adik nak."

Amirul meneruskan rancangan untuk mengembirakan Rashid.Sungguh sejuk hatinya melihat senyuman manis adik yang berusia 5 tahun itu.

"Wow! Adik akan cuba tangkap lagi 4 ekor.Terima kasih abang!"

Rashid berlari memeluk abangnya itu.Abangnya menghindar.Rashid terkaku.

"Adik busuk..jangan dekat dekat dengan abang.Hurmm."

Amirul memalingkan muka seakan merajuk.Adik beradik itu ketawa bersama tak lama kemudian.

Matahari mula menyembunyikan dirinya,seakan mengalah kepada bulan purnama yang muncul sedikit demi sedikit.Langit berubah dari biru ke langit warna oren umpama air jernih dan lautan berapi menandakan waktu larangan keluar rumah bagi beberapa keluarga.

Waktu maghrib pun tiba.Amirul dan Rashid mulai berjalan perlahan lahan ke rumahnya.

Seakan ada benda yang mengusik nurani dua adik beradik ini.Dari jauh sudah kelihatan ibu mereka di luar pintu.

Ibunya menuju ke arah mereka dan menarik tangan kecil adiknya yang sedang ketakutan.

"Kau ajar apa kat anak aku! Kau ajar dia suruh balik lewat ke?! Aku dah kata kau kena balik sebelum maghrib.Ikan tu pun bak sini! Kau ikut aku.Tahulah aku ajar kau.Dasar anak setan!"

Lengan Amirul yang besar ditarik.Amirul tiada daya hendak menarik.Lengannya direntap kasar dan dihumban ke sebuah bilik kosong.

Amirul dikunci dari luar.Mukanya sudah merah menyala.Ibunya tergamak melakukan perkara ini.

"Hari ni kau duduk sini! Jangan merungut tak dapat makan.Kalau aku dengar kau merungut siap! Disebabkan kau bahayakan nyawa anak aku balik maghrib ni,aku tahu ni balasan paling setimpal."

Tegas arahan ibunya.Amirul dengan nafas yang tidak teratur memukul dinding bilik itu.Amirul sudah hilang sabar.

Disebabkan satu silap ke atas ibunya 10 tahun lepas.Ibunya sanggup memperlakukannya seperti binatang.

Sebetulnya difikirannya menyumpah nyumpah ibunya.Dia amat membencikan ibunya itu.

Kalau tak kerana ayahnya dan adiknya,dah lama dia keluar dari rumah puaka itu.

Satu jam berlalu..

"Rashid! mari makan.Makanan dah siap." Rashid dengan langkah longlai tiba di kerusi.

"Abang tak makan ke?" Merah menyala muka ibunya.Rashid ketakutan.

"Kalau kau tak nak bernasib sama dengan setan tu! Baik kau diam!"

Mereka berdua makan bersama hidangan ikan keli yang ditangkap Rashid tadi.

Namun dalam beberapa minit.Rashid mula hilang kawalan.Dia menampar wajah ibunya.Anehnya ibunya juga berdiam diri.Matanya berapi api sebelum berlari berkeliaran rumahnya.

Ia juga menghentak kepalanya ke dinding beberapa kali.

Sekejap saja wajahnya dipenuhi tumpukan darah.Rashid juga begitu.Amirul hanya mengintai dari balik cermin pintu biliknya.

Kejadian itulah yang menjadi permulaan kepada semua ini.

______________________________________
👆👆- 549 words

Pertama saya ucapkan terima kasih kepada DiamondG2C kerana memberi peluang saya membuat novel ini.

Walaupun baru prolog,saya berniat meletakkan beberapa elemen seperti yang tertulis.DiamondG2C Boleh kan?

1)Simile

2)Hiperbola

3)Metafora

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro