BAB 5
Tujuh hari lagi...
"Ahh!" Satu kepala zombie terputus.Sudah berpuluh zombie ditewaskan.
Farid,Naim dan Zahira perlahan bergerak melepasi sekumpulan mayat hidup yang telah mati.
Enam hari lagi...
"Dumm!" Peluru senapang tepat melekat ke kepala zombie.Zombie masih hidup.
"Naim!" Zombie itu meluru ke arah Naim.Dengan tenaga yang kuat,Naim memusingkan badan zombie itu.
"Terima kasih korang!" Farid dan Zahira berpandangan.
"Kenapa Naim berterima kasih kepada diorang?"
Naim tersenyum hambar.Kalau tak kerana jeritan itu dah lama Naim mati hidup semula.
Lima hari lagi...
"Mengikut peta ni,kita dah ada kat StartFord.Lebih kurang 800 km lagi.Mampu ke kita sampai dalam masa yang suntuk ni?"
Zahira ditugaskan memberitahu jarak dan kedudukan untuk tiba di destinasi.
"Insyaallah,banyakkan berdoa.Kita rehat solar dulu kat rumah depan tu."
Farid menyatakan cadangannya.
Hati masing masing masih pilu apabila teringatkan akan Jack yang sudah terlebih dulu dijemput illahi.
Empat hari lagi...
Tiga sahabat.Farid,Naim dan Zahira kini berada di sebuah rumah usang yang masih teguh.
Impiannya tercapai mencari rumah tempat berlindung,mencari rumah tempat berteduh.
Nampaknya tempat yang mereka sudah jelajah kini tiada lagi kesan gempa bumi.
Maknanya gempa bumi hanya terjadi di tempat mereka menginap pada awalnya.
"Aku pergi tandas ya?" Farid dan Zahira mengangguk.
Naim beredar dari tempat itu dan menuju laju ke tandas.Manakala Farid dan Zahira termenung di tempatnya.
Hari yang mendung.Sekitar jam 7 malam.Guruh saling bergaduh.Merebut siapa paling kuat bunyi.
Dari tingkat atas Farid melihat ke bawah.Kelihatan terlampau banyak zombie yang berdiri di satu tempat sambil melompat lompat.
Farid tahu bahawa zombie itu tertarik dengan bunyi yang dihasilkan oleh guruh.
Ada yang melompat.Ada yang berbaring.Pelik benar!
Petang ini mereka terpaksa menunda perjalanan mereka disebabkan keadaan yang tak mengizinkan.
Zombie bertebaran di luar.Hanya kerana keadaan guruh,zombie keluar dari tempat persembunyian mereka.
Ruang tamu yang ditempati Farid dan Zahira kini gelap gelita.Mulalah timbul perasaan tak senang dalam hati Farid.
Syaitan syaitan mula menghasut manusia untuk berbuat kejahatan.Farid menepis nafsu syahwatnya yang tidak elok.
Farid cuba berborak.Menghilangkan rasa yang tidak sepatutnya timbul di nuraninya.
"Kalau saya dah takde apa yang akan awak buat?" Soalan itu membuatkan Zahira terkedu.Tergamam.
"Ken..kenapa awak tanya macam ni?" Lantas dibalas Farid.
"Kalau saya dah tak ada,awak kenalah redah hutan ni dengan berani.Takkanlah awak nak harapkan kat Naim je." Sambungnya lagi.
"Kalau Naim pun dah tak ada,macam mana? Usahalah untuk sampai ke sempadan." Senyum Farid.
Sejujurnya dia dapat rasakan kematian menghampirinya.Mungkin ini antara tanda yang akan tuhan beri kepada sesiapa yang sudah hampir dengan ajalnya.
Zahira masih membisu.Tak pernah terfikir dek akalnya,bagaimana kalau dia kehilangan dua sahabatnya.
"Kalau saya dah tak ada apa yang akan awak buat?" Soalan diulang Farid.
"Eh..hem..borak pasal apa tu?" Naim yang muncul dari balik pintu bersuara.Dia dapat rasakan seakan ada kemesraan diantara Farid dan Zahira.
"Err..tak ada apa apa.." Farid membalas.Naim membiarkan soalannya terputus begitu sahaja.
Tiga hari lagi...
"Gruh! Gruh!" Kilat sabung menyabung.Hujan turun dengan lebatnya.
Zombie pula masih menari di tengah hujan.Macam tak ada kerja lain nak dibuatnya.
"Macam mana ni? Kita dah kesuntukan masa!" Zahira lantas bersuara diiringi perasaan gelisah.
"Kita terpaksa keluarkan diri meredah zombie zombie barat ni." Farid bersuara.Farid dan Zahira terdiam.
Teringat seketika akan Jack yang memberitahu gelaran "zombie barat" yang diketahui dari Naim.
"Kita rehat 30 minit lagi,lepastu kita gerak.Dah tak ada masa ni.Lagi 500 km.Hari ini pastikan dapat sekurang kurangnya 300 km."
Naim terus mencadangkan.Pantas disetujui dua rakannya.30 minit kemudian mereka keluar dengan senjata yang mencukupi.
Walaupun hujan turun lebih lebat,tidak mematahkan semangat tiga sahabat meredah kawasan untuk ke sempadan.
2 hari lagi...
"Auch!" Farid memegang lengannya yang tergigit.Pedih.Tak dapat tergambar rasa kepedihan nya waktu itu.
"Ya Allah! Tolonglah selamatkan sahabat sahabat aku!" Doa Farid di dalam hati.Dia tahu dia sudah hampir menerima ajal nya.
Beberapa minit lepas...
"Dumm!" Senapang tidak mengeluarkan peluru.
Farid mengetuk senapangnya.
"Apasal pulak ni! Ya Allah!" Dengan laju dia membuka senapang.
Didapatinya peluru telah habis.Beberapa zombie sekitar empat lima zombie meluru ke arahnya.
"Zomm!" Langkah zombie semakin pantas.
Farid membuka kekuda.Kenyataannya dia merupakan jaguh silat kampungnya.
Ada yang lari laju,ada yang lari dengan lambat.
"Pakk! Pakk! Pakk!" Satu persatu kepala terpisah dari badannya.Tendangan yang dihadiahkan sangat padu.
Tubuh Farid basah lencun.Bukan kerana peluh tetapi kerana hujan yang turun dengan lebatnya.
"Mana pulak Naim dengan Ira ni?!" Entah apa silapnya,Naim dan Ira hilang begitu sahaja.
Dari sudut lain pula,Naim terperangkap bersama Zahira dikerumunan zombie zombie.
Baru sahaja mereka bertiga berjalan bersama,tiba tiba Farid laju berjalan dan terpisah dek kerana zombie yang mengejut muncul.
"Marilah pengecut!" Naim menyiku kepala zombie yang mendatanginya.Memang ajaib kepala zombie itu boleh patah.
Zahira pula menarik baju Naim dari belakang.Takut untuk melangkah.
"Jom cepat cari Farid." Seusai menewaskan beberapa zombie,mereka meneruskan perjalanannya.
Senjata yang dibawa mereka iaitu bet baseball boleh pula patah mengejut.
Farid masih lagi meneruskan langkah mencari Naim dan Zahira.Tiba tiba..
"Hiarghh!" Dapat ditangkis mudah oleh Farid.
Lengan zombie terputus.Langkah nya tersekat.Farid menyepak padu kepala zombie.Kepala pula terputus.
Farid melonggarkan kekuda.Lalai seketika malang menimpa.Lima zombie mendatanginya serentak.
Melompat kearahnya.
"Hiargh!" Lengan Farid digigit zombie.
Dengan sekali pukulan Farid memutuskan lima kepala sekaligus.Dia terbaring di situ.
"Auch!" Farid memegang lengannya yang tergigit.Pedih.Tak dapat tergambar rasa kepedihan nya waktu itu.
"Ya Allah! Tolonglah selamatkan sahabat sahabat aku!" Doa Farid di dalam hati.Dia tahu dia sudah hampir menerima ajal nya.
Malam membuka tirai.Naim dan Zahira masih lagi mencari kelibat Farid.
Zahira terus teringat akan kata kata Farid tak lama dulu.
"Kalau saya tak ada apa yang akan awak buat?" Matanya berkaca kaca.
Naim terkesima.Terkejut melihat tingkah Zahira.
"Kenapa ni?" Zahira tidak menjawab sebaliknya berlari pantas.Naim mengejar dari belakang.
Dengan tujuan yang menentu Zahira laju berlari meninggalkan Naim yang terkedek kedek di belakang.
Naim masih sempat mengejarnya.
Akhirnya pagi menjelang tiba.
Satu hari lagi..
Larian pantas Zahira terhenti.Dia terkedu.Naim juga berhenti.Terkesima melihat apa yang ada di depannya.
"Farr....Farid.." Zahira terduduk meratapi tubuh sayu Farid.
"Nnnnai...m...I..ra.." Farid bersuara.Naim perasan yang Farid masih bernyawa.
Zahira laju mendekati Farid.Naim ikut dibelakangnya.
Ikutkan hati Zahira mahu saja dipeluknya Farid,namun tuntutan agama tidak boleh diabaikan.
"Janji...de..kat..aku..kau..akan selamat." Farid memegang lembut tangan Naim.
Mulalah sesi kesedihan berlaku.
"Kau mesti....selamatkan..di..ri..aku doa..kan dari..sini." Farid tersenyum.
Matanya memancarkan sinar harapan.Farid menarik Naim berbisik.Zahira diam.
Naim mengangguk tak lama kemudian.Farid kembali bersuara.
"In..gat tak..masa..first time..kita semua berkawan?" Ingatan masing masing mulai terbuka.
Siapa yang tak ingat? Kenangan itu adalah kenangan yang kekal di minda masing masing.
Waktu itu darjah 1,mereka ditugaskan bekerja berkumpulan.
Jack mulai mengenalkan diri.
"Hello,nama saya Muhammad Jaafar Cke bin Muhammad." Masa itu masih saling memanggil nama penuh.
Jack amat berjasa waktu itu.Jack orang yang membawa segalanya ke arah persahabatan.
"Aku panggil kau Jack boleh tak? Sedap sikit! " Naim bergurau.
Tapi anggukan dibalas Jack.Mulalah Farid dan Zahira perkenalkan diri.
Ajaibnya masing masing berkawan dari darjah satu hingga sudah bergelar mahasiswa.
Tiada yang berani berpindah.
Suasana kembali sunyi.Naim mendekati Farid dan menutup mata Farid.
Farid kembali ke rahmatullah.Zahira terpaku di situ.Menangis yang teramat.
Mereka meneruskan langkah.Hanya tinggal 100 km lagi.
Naim berjalan sambil teringat permintaan Farid.
"Selamatkan Ira tak kira apa terjadi.Perempuan perlukan pelindung.Kalau boleh kahwinilah dia.Aku yakin dia pasti terima."
"Insyaallah!" Naim berkata dalam hati.
Akhirnya dengan langkah berani mati,keduanya tiba di sempadan.Askar penuh dikiri kanan.Zombie sudah terbaring sepi.
"Mari cepat! " Arah seorang sarjan.
Televisyen gergasi dibuka di gerai gerai.Upacara pemboman disiarkan.Naim dan Zahira dipindahkan ke lokasi yang selamat.
Perempuan bersama perempuan lelaki bersama lelaki.Mereka akhirnya terpisah.
"3!"
"2!"
"1!"
"Boom!"
Kawasan Birmingcham diletupkan.
TAMAT
______________________________________
👆👆 - 1315 words
Elemen yang dimasukkan:
1)Show don't tell
Zahira ditugaskan memberitahu jarak dan kedudukan untuk tiba di destinasi.
2)Responsi
mencari rumah tempat berlindung,mencari rumah tempat berteduh.
3)Hiperbola
Matanya berkaca kaca.
4)Plot twist
"Hiarghh!" Dapat ditangkis mudah oleh Farid.
5)Flashback
Perenggan yang menunjukkan 2 hari lagi...
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA TAK WUJUD ZOMBIE.
NANTIKAN EPILOG...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro