BAB 3
"Korang,cuba tengok depan tu ada rumah lah." Suara Jack memecahkan suasana.
Aku yang baru hendak melelapkan mata tersenyum.Bersyukur dengan apa yang diucapkan Jack sebentar tadi.
Setelah berpuluh juga zombie kami tewaskan dalam perjalanan ini,akhirnya kami mencapai tempat berteduh yang sesuai.
"Alhamdulillah.Terima kasih ya Allah." Farid mengucap syukur sebelum kami bergerak ke rumah itu.
"Cari senjata dulu.Mana tahu ada zombie barat dalam ni." Jack bersuara disertai riak aneh Farid dan Zahira.
"Zombie barat?" Mata mereka tajam memandangku.Seolah aku adalah penjahat yang dikehendaki polis.
Jack pun menceritakan apa yang ku ceritakan tadi kepada mereka.Aku hanya tersenyum tatkala mereka memandangku.
"Dimana aku mengetahui perkara itu?" Aku tahu sebab aku suka membaca.Mudah bukan?
Kami memulakan langkah ke depan pintu rumah tersebut.Anehnya hampir kesemua kawasan sekeliling hancur.
Mungkin akibat gempa bumi tadi.Hanya rumah itu yang masih tegak berdiri menayangkan keindahannya.
"Aku buka ya?" Farid menyoal dan dibalas anggukan dari kami.Perlahan lahan Farid membuka.
"Bismillah.." Pintu terbuka.Syukur tidak terkunci.
Tiada apa apa.Namun hanya selangkah apabila Zahira bergerak,kelihatan satu zombie ukuran ibu ibu berlari ke arah Zahira.
"Krekk!" Kepala zombie itu terpatah.Farid memukul kepala zombie barat itu.Mata berapi api zombie tadi sudah hilang.
Zahira menjerit.Aku,Farid dan Jack pantas memberi isyarat diam.
Pintu rumah ditutup.Perlahan lahan kami menjelajah isi rumah itu.Cantik,indah dan beragam rupa.Rumah seperti istana.
Rumahnya besar.Aku dan Jack bergerak sendiri manakala Zahira dan Farid berdua.
"Ada TV lah! " Aku bermonolog.Apa yang terfikir oleh aku saat itu hanya memanggil kawanku yang lain.
"Jack! Ira! Farid!
Dia tidak sedar jeritan yang diucapkannya itu bukan sahaja didengari rakannya malah didengari sesuatu yang lain.
******
"Farid,kita mampu bertahan hidup ke?" Zahira bersuara memecah suasana.
"Insyaallah,lagipun kita tak kena serang teruk kan?" Farid membalas dengan senyuman.
Lautan fikirannya memang selalu penuh dengan kata "senyuman."
"Saya harap polis segera basmikan zombie zombie ni.Saya dah tak tahan dengan semua ni."
Zahira bersuara perlahan.Farid tertawa.
"Hahaha! Mestilah polis tengah bereskan semua ni.Takkanlah polis tak perasan akan zombie zombie ni."
Farid cuba meredakan gelisah Zahira.Sebenarnya dia juga risau kerana dia tidak mendapat maklumat apa apa tentang zombie di kawasan lain.
Ada kemungkinan tiada zombie di kawasan lain.Jika begitu kerajaan dan polis tidak akan tahu tentang zombie ni.
"Tapi..." Pantas percakapan Zahira dipotong Farid.Farid cuba menukar topik.
"Tak ada tapi tapi,jom kita jelajah rumah ni lagi." Farid pantas bergerak ke depan.
Kali ini kedua duanya sudah mampu bertahan.
Meski pada awalnya badan masing masing terluka namum disebabkan cabaran berat ini mereka sudah mampu mengatasi masalah kecil.
"Hurhh! Hurhh! " Terdengar sayup bunyi keluhan sesuatu.
"Kat sana tu ada bunyi bisinglah! Jom kita pergi." Zahira mencadangkan.
Baru mereka hendak melangkah namum terdengar panggilan yang dituju kepada mereka.
Mereka membatalkan niat untuk melihat akan bunyi yang bising itu.Dengan langkah pantas mereka bergerak ke arah Naim.
Syukur mereka tidak bergerak ke belakang waktu itu.Keluhan yang didengar itu mungkin menjadi malapetaka jika didekati mereka.
Hanya waktu yang akan menentukan mereka ke sana atau tidak.
******
"Ktukk! Ktukk! " Bunyi ketukan kedengaran didalam sebuah bilik yang agak hujung.
Jack menapak perlahan kearah bilik itu namun langkahnya terhenti seketika.
Di hadapan bilik itu terdapat dapur.Kali pertama ia lihat ada bilik di depan sebuah dapur.
Selain itu ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
Jack mendekat ke arah meja makan.Dari jauh dia sudah menghidu bau yang kurang menyenangkan.
Busuk! Lebih busuk dari bangkai tikus atau binatang lainnya.Bau itu menusuk tajam ke rongga hidung nya.
Perlahan lahan Jack melangkah.Dia menutup hidungnya.Sesampainya di depan meja makan dia terkedu.
Mual dengan pemandangan yang meloyakan itu.Jack termuntah serta merta di situ.
Pemandangan yang setakat ini hanya dia yang tahu.Sejurus dia muntah, namanya dipanggil.
Jack bergegas kearah tempat tujuan.Dia meninggalkan dua hal yang paling ingin diketahuinya iaitu misteri bilik dengan ketukan itu.
Lagi satu keadaan dapur yang meloyakan itu.Dia bercadang hendak melawat tempat itu bersama dengan kawannya yang lain agar lebih selamat.
*****
Sekitar satu minit mereka semua tiba di tempat tujuan dengan tercungap cungap.
Mungkin penat dengan panggilan mengejutkan itu.Namun hanya sekejap apabila mereka melihat sesuatu yang berada di depan Naim.
Itu adalah televisyen aka TV.Sesuatu yang dapat menghubungkan mereka dengan dunia luar.
"Aku buka tau?"
Naim bersuara menanyakan pendapat.Apabila mendapat izin,punat remote ditekan.Mujur remote nya tidak hilang.
Tepat waktu itu berita terkini sedang ditayangkan.
"Sempadan Birmingcham telah dikelilingi tentera untuk mengelakkan kejadian ini berterusan."
Pembaca berita menyambung lagi.
"Pesan dari Presiden Wengland bagi penduduk Birmingcham yang masih hidup akan diumumkan sebentar lagi."
Kelihatan lah raut wajah tua presiden Wengland sambil membaca pengumumannya.
"Kepada yang masih hidup di Birmingcham,saya ucapkan maaf sebesar besar kerana kami sukar untuk membereskan masalah ini."
Presiden itu meneruskan pengumumannya.
"Saya telah berbincang dengan menteri pertahanan cara terbaik membereskan masalah ini.Kami berpakat akan meletupkan kawasan itu dalam masa 1 minggu lagi."
Terus riak wajah kami berubah.Aku dapat lihat Naim,Jack dan Zahira dalam keadaan gelisah.
Aku meneruskan melihat berita tersebut.
"Jadi kepada yang masih hidup,bertabahlah dan teruskan perjalanan hingga tiba di sempadan dengan selamat.Sekian terima kasih."
"Beralih kepada berita selanjutnya...takk!" Televisyen ditutup Jack.
"Mereka tak risaukan kita ke? Ingat senanglah nak hidup dalam keadaan macam ni.S#@L lah!"
Aku terkejut.Aku pasti bukan aku sahaja yang sebegitu.Semua mesti terkejut dengan sikap Jack.
Ini kali pertama kami melihat Jack mencarut.Selama ini kami tahu Jack seorang yang baik dan suka menolong.
"Istighfar Jack...istighfar." Meski namanya Jack sebenarnya itu hanya nama panggilan.
Nama lahirnya ialah Muhammad Jaafar Cke bin Muhammad.Seorang muslim dari lahir.Seorang berbangsa cina.
Jack seakan tersedar dari halusinasi ngerinya itu.Barulah dia mengucap istighfar berulang kali.
Naim cuba menukar topik.Tidak mahu mengeruhkan keadaan yang sememangnya sudah keruh.
"Hah..aku nak tanya tadi korang ada jumpa apa apa yang pelik tak?" Soalan yang tak dijangkakan itu seolah tertuju kepadaku.
"Ada,tadi aku dengan Ira dengar bunyi bising macam ada orang mengeluh.Betul kan? "
Pantas Zahira mengangguk.
"Masa kitorang nak pergi tiba tiba awak panggil.Kitorang batalkan niat nak pergi." Zahira menyambung.
Tiba tiba Jack menoleh.Mungkin sudah kembali ke asal.
"Cakap pasal tu aku pun ada dengar bunyi pelik.Lagi satu korang pernah nampak ada bilik depan dapur tak?"
Jack cepat bersuara.
"Biasalah ada bilik depan dapur.." Zahira membalas namun terhenti sekejap lalu dia memandang kami.
"Dapur?!" Aku juga turut sama terkejut.Kalau ada dapur pasti ada makanan.Jadi bolehlah teruskan hidup.
Jack laju mengatur bicara selanjutnya
"Rileks dulu,baik korang jangan pergi dulu.Dapur tu macam neraka!"
Pernyataan Jack menutup bicara kami.Jack menceritakan keadaan dapur.
"Jom kita pergi tengok bilik depan dapur tu.Mana tahu dia orang.Bolehlah kita dapat geng baru."
Aku mencadangkan.Aku sememangnya suka untuk mendapat kawan baharu.
Pernyataan ku diterima semua.Kami bergegas ke bilik itu.
Namun belum sampai didepan bilik itu,kami sudah terhidu bau yang amat busuk.Pantas aku menoleh ke arah punca bau itu.
Seperti yang diceritakan Jack.Ikan keli dimeja itu berulat ulat.Kami mendekati.
"Urgh! Gelinya." Zahira menahan muntah.
Kepala ikan itu didapati hancur bukan kerana dimakan manusia tapi dimakan ulat.Ikan yang dimakan seakan sudah dapat hidup.
Matanya memerah.Badannya yang sudah diratah kembali melekat dengan kulit baru.Kulit ulat.
Ulat itu sungguh pelik.Ada yang warnanya kemerahan seakan warna darah.
Ada yang berwarna kekuningan seakan warna kencing manusia.Ekornya sedikit tajam.
Ulat itu juga seakan bertanduk.
Badannya bergerak lembut kekiri kekanan.Pemandangan itu sangat meloyakan.
Tiba tiba sahaja tanpa disedari sesiapa.Sekumpulan ulat itu masuk pantas kedalam luka gigitan yang dialami Jack.
Menembus masuk deria kulitnya hingga terhenti di jantung.Ulat ulat itu bermain main perlahan di sekitar jantung Jack.
"Auchh!" Jack menyentuh kulitnya.Semakin memerah.Sudah masanya mungkin.
Kepalanya mulai pening.Dia tidak berdaya.Perlahan dia bersuara.
Mungkin faktor dia mencarut adalah permulaan berubah ke makhluk baru.
"Naim,Ira dan Farid!" Mereka menoleh.Dapat dilihat jelas Jack seakan hendak jatuh.
"Kenapa Jack?!" Farid lantas bersuara.Dia mahu berlari kearah Jack.
"Jangan!, Larilah! Selamatkan diri! " Jack membantah.Farid,Naim dan Zahira terdiam.
"Aku akan ingat korang.."
Senyumannya luntur.Perlahan lahan Jack rebah.
"Jack!" Seru tiga sahabat yang baru kehilangan seorang yang penting bagi mereka.
Tidak disangka Jack akan rebah begitu sahaja dengan muka pucat lesi itu.Mereka menafikan perkara yang berlaku didepan mereka itu.
Dalam nyawa nyawa ikan,Jack mengimbau kembali kenangan pahit yang berlaku padanya.
Beberapa minit sebelum bertemu Naim..
"Aduh! " Jack terbangun.Dia memandang sekeliling.Hancur.
"Aku kat mana?" Perlahan dia menuturnya.Kepalanya dipegang.Sakit.
Dia bangun perlahan sambil mengingat apa yang terjadi.Zombie!
Dengan pantas ia mengambil kayu didekatnya.Hanya langkah berjaga jaga.
Mindanya ligat berfikir kemungkinan zombie akan menyerangnya secepat mungkin.
Tiba tiba..
"Aumm!" Seekor zombie mengigit perutnya.Sakit tak tertahan.
"Pakk!" Kepala zombie itu patah.Pantas Jack memegang perutnya.
"Kurang asam punya zombie! Ada ke gigit perut aku.Aku nak selamat!"
Jack seakan mahu menangis.Sakit diperut bercampur sakit dihati.Terimbau akan rakannya yang lain.
Perutnya makin merah.Selamat hanya sedikit kawasan yang tergigit.
"Sre..t!" Perlahan bunyi buku diselak.Jack merenung dari balik semak.
"Lelaki itu masih hidup.Ehh! Itu Naim!" Sakitnya tidak terasa lagi.
Gembira akan bertemunya rakan lama menghilangkan rasa sakit yang baru.
Perlahan Jack menapak ke belakang Naim.Dia menyentuh bahu Naim.
Naim terkejut.
"Jack!" Naim meluru memeluk sahabatnya.Jack terkesima.Tidak disangka kehadirannya disambut sedemikian rupa.
"Naim?" Jack memandang wajah Naim.Menangis.Itu hidangan pertama yang diberikan Naim setelah sekitar 10 jam mereka tidak bertemu.
"Kau nangis Naim?" Jack bertanya dengan riak terkejut.
"Mana ada aku nangis." Cepat cepat Naim mengelap air matanya.Jack tersenyum.
"Tak apa kau nangis.Aku pun rindu sangat kau." Jack memeluk kuat Naim sambil menangis.
Naim tersenyum perlahan sebelum kembali menangis.
"Terima kasih Ya Khaliq sebab izinkan aku bertemu balik sahabat aku." Jack memejam mata erat.
______________________________________
👆👆-1516 words
Elemen elemen yang dimasukkan:
1)Hiperbola - Mata berapi api zombie tadi sudah hilang.
2)Show don't tell - Nama lahirnya ialah Muhammad Jaafar Cke bin Muhammad.Seorang muslim dari lahir.Seorang berbangsa cina.
3)Plot Twist - Mereka menoleh.Dapat dilihat jelas Jack seakan hendak jatuh.
4)Flashback - Mula dari perenggan 24 dari bawah.
Terima kasih sudi membaca buku saya yang tak seberapa ini.Salah silap harap betulkan.
🙇🙇
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro