Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 1

"Korang nak tahu tak exam nanti keluar..."

"Hahaha,aku tak sangka dia macam tu.."

"Kau nak tahu tak.."

Pelbagai bahan pembicaraan dan pelbagai bunyi dapat dihasilkan dari makhluk yang dinamakan manusia ini.

Namun sekejap sahaja suasana seperti pasar malam itu berubah menjadi suasana sewaktu di perpustakaan.

Mata semua orang tertancap ke arah seorang mahasiswa yang meraung secara tiba tiba.Wajahnya pucat umpama mayat hidup yang baru keluar dari kuburnya.

Secara mengejut mahasiswa itu berlari kearah sekumpulan jejaka dan mengigit salah seorang dari jejaka itu.

Semua yang berada di situ terkaku.Ada yang terduduk.Ada yang terbaring.Ada juga yang berlari berkeliaran.

Sekejap sahaja keadaan sekeliling berubah menjadi penjara manusia.Keadaan menjadi haru biru.Mula terdengar jeritan sana sini.

Farid yang sedang duduk bertapa di makmal komputer terkejut mendengar jeritan homo-sapien disana sini.

"Apa yang berlaku?" Akal fikirannya mulai berjalan.Ada sesuatu yang tak kena.

Farid mengambil keputusan memanggil rakan rakannya yang sedang sibuk melayan komputer sambil mendengar headphone.

"Naim! Jack! Ira!" Satu satu nama disebut Farid.Mereka yang lena diulit lagu lagu lagha tersentak.

Mereka dengan segera membuka headphonenya sejurus melihat wajah Farid.Farid memandang mereka dengan wajah hairan.

"Korang dengar tak?" Barulah wajah mereka semua berubah.Tak pernah pernah mereka mendengar suara jeritan yang sangat kuat seperti kali ini.

Zahira dan Jack bergegas ke tingkap.Makmal ini berada di tingkat 4.Tak semena mena mereka menjerit.

Farid terdiam.Naim pula seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya namun dia dapat mengawal dirinya.

"Korang tahu kan ni benda apa?Ini bukan gurauan universiti ni.Ni betul betul." Ujar Naim.

"Ya Allah,apa benda aku nampak ni." Zahira menekup mukanya.Disebabkan dia satu satunya perempuan dia merasa gelisah.

"Jangan risau Ira.Kitorang akan jaga kau." Farid bersuara diiringi anggukan dari Jack dan Naim.

Tiba tiba keadaan berubah.Bangunan mulai bergoyang.Tanah mulai retak.Langit mulai mendung.

Dalam sekejap hujan turun membasahi bumi.Namun ada perkara yang lebih dahsyat berlaku.

Mereka berempat bergoyang goyang sebelum jatuh ke lantai.Yang berlaku kini ialah Gempa Bumi.

"Tolong aku! Tolong!" Jeritan Jack tidak kedengaran dek kerana keadaan waktu itu.

Bumm! Pandangan mereka mulai memudar.

Farid terjaga dari lenanya.

"Aduh!" Dia memegang kepalanya.Berdarah.Badannya lencun dan busuk.Baunya yang sebelum ini seharum kasturi kini menjadi sebusuk badan monyet.

"Kat mana ni?" Dia baru tersedar hakikat dia berada di tempat lain dari yang ditempatinya dulu.

Atau boleh dikatakan tempat ditempatinya dulu berubah menjadi tempat lain.

"Tolong! Tolong!" Tak semena mena Farid terdengar suara jeritan.Suara seorang gadis.

Farid ternampak Zahira yang sedang bergelut dengan seekor zombie diatasnya.

Farid ternampak guni.Farid bertindak mengambil guni tersebut dan menutup kepala zombie itu sebelum menarik Zahira ke pangkuannya.

"Farid!..Farid.." Sedu sedan Zahira bersuara sambil memeluk erat badan tegap Farid.

Muka Farid mulai memerah.Tak pernah dia dipeluk gadis seperti yang dilakukan Zahira.

"Sudah,jom kita cari Naim dengan Jack pula." Farid menolak dipeluk Zahira.Dia hanya memimpin Zahira berjalan walau diri sendiri luka.

******

Naim masih lagi berjalan mencari rakannya yang lain.Dia sudah terbangun sejak tadi.Tubuhnya teguh meneruskan perjalanan.

Naim berhenti tak lama kemudian.Dia ternampak tempat rehat yang menarik.Di bawah sepohon kayu yang rendang.

Sesampainya di situ terlihat oleh Naim sebuah kotak kecil yang lembap.Keadaan hujan mungkin menyebabkan nya seperti itu.

Dia membuka kotak tersebut.Didapati sebuah buku kecil dan diyakini sebuah diari.

Naim membaca bait-bait tulisan didalam diari itu.Sungguh hatinya luluh seketika walau diari di dalam tidak begitu sedih.

Antara tulisan tulisan di diari itu ada terselit sebuah kisah sedih iaitu pengorbanan seorang sahabat kepada si watak utama.

"Aku tahu dulu aku sel..alu saki..tkan hat..i kau,aku min..ta maaf san...gat"

Zaidi terbaring perlahan di depan Roy sebelum berubah menjadi makhluk aneh dalam waktu terdekat.

"Zaidi.."

Roy pula tidak sanggup meninggalkan kawan baiknya.Roy akhirnya membiarkan dirinya menjadi seperti Zaidi.

TAMAT

Naim mengelap air matanya sambil teringat akan sahabatnya Farid,Zahira dan Jack.

"Seperti yang diharapkan dari pelajar terbaik."

Farid menepuk bahu Naim sambil tersenyum manis.Jack dan Zahira pula mengejutkan Naim dari belakang.

Itu merupakan waktu Naim dianugerahkan pelajar Sejarah terbaik peringkat negeri.

Kenangan itu tidak akan lenyap dari buah fikirannya.Naim terus mengimbau kenangan yang masih tersimpan di buah fikirannya.

"Kau daftar U mana? Aku ingat nak daftar U sama macam kau lah."

Jack mengutarakan isi hatinya.Namun cepat dibalas Farid.

"Alah,Naim ni pandai.Lain dari kita,mesti Naim dapat Universiti yang jauh lagi bagus dari kita."

Zahira tidak mahu ketinggalan.Dia menyambung kata kata Farid.

"Kita pun entah dapat skor SPM pun tak tahu.Naim ni lainnya 10A dah ada kat tangan."

Mereka ketawa bersama waktu itu.Namun waktu ini?

Naim terus mengeluarkan airmata deras.Naim yang dianggap mampu menahan perkara sensitif menangis hanya kerana kehilangan rakannya.

"Far..id.."

"Jack.."

"Ira.."

Tiba tiba bahu Naim disentuh.Naim dengan takut dan gentar menoleh.Alangkah terkejutnya dirinya melihat gerangan yang menyentuhnya.

"Jack!" Naim meluru memeluk sahabatnya.Jack terkesima.Tidak disangka kehadirannya disambut sedemikian rupa.

"Naim?" Jack memandang wajah Naim.Menangis.Itu hidangan pertama yang diberikan Naim setelah sekitar 10 jam mereka tidak bertemu.

"Kau nangis Naim?" Jack bertanya dengan riak terkejut.

"Mana ada aku nangis." Cepat cepat Naim mengelap air matanya.Jack tersenyum.

"Tak apa kau nangis.Aku pun rindu sangat kau." Jack memeluk kuat Naim sambil menangis.Naim tersenyum perlahan sebelum kembali menangis.

____________________________________
👆👆- 834 words

Saya memasukkan beberapa elemen di bab ini seperti

1)Simile

2)Responsi

3)Metafora

4)Hiperbola

TERIMA KASIH KEPADA PEMBACA..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro