Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PROLOG




"KITA kahwin."

Setelah sepuluh tahun berlalu, tak Jasmin sangka telinga akan mendengar dua patah perkataan itu lagi. Satu ayat yang bagaikan menjadi sumpahan pada diri. Sungguh, jika sepuluh tahun yang lalu dia takut mahu mendengar ayat itu kerana memikirkan masa hadapan. Sekarang walaupun hidupnya sudah terjamin, ketakutan yang Jasmin alami saat telinga mendengar dua patah perkataan berhantu itu lebih lagi dia rasakan.

Kerana dia yang dulu bukanlah yang sekarang.

Kerana dia yang dulu bukan seperti sekarang. Dia lebih rela hidup bersendirian.

"Min dengar tak abang cakap apa?" Soalan itu bagaikan ulangan masa lalu. Beza hanya pada lelaki yang sedang menuturkannya. Berbeza kerana keadaan dia yang benar-benar telah membezakan.

Tak mampu menjawab dengan mulut, hanya kepalanya yang bergerak tergeleng.

"Tak sudi terima abang jadi suami Min? Sebab abang ni tak hensem?"

Jasmin tahu lelaki itu sekadar bercanda. Namun, tiada rasa yang menggeletek perut untuk dia ketawa. Jika dulu soal usia menjadi alasan untuk dia menolak sebuah ikatan yang dinamakan pernikahan, kini...

"Jangan Min anggap sebab kelemahan Min, Min akan bersendirian sampai bila-bila. Abang ada. Abang cintakan Min."

"Iq cintakan Min. Dulu, kini dan selamanya..."

Tidak semena-mena ungkapan ayat yang pernah dia dengar suatu masa dahulu terngiang di telinga. Jasmin pejamkan mata rapat. Kembali dia geleng demi menghalau suara itu daripada terus kedengaran. Menghalau wajah pemilik hati yang suatu masa dulu pernah bertakhta di hati. Tak mustahil akan selamanya.

Cinta dia buat lelaki itu masih ada. Mekar di dalam jiwa.

"Min... abang..."

"Maaf, abang. Min tak boleh." Jasmin tetap menggeleng. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan lelaki itu yang terkesima memandang.

Sungguh. Kini bukan kerana masa depan lagi yang dia fikirkan. Bukan soal masa depan yang boleh dijadikan alasan untuk menghalang. Melainkan satu rasa yang lebih mendalam.

Seperti orang lain, Jasmin juga mahukan bahagia yang dapat dikecapi untuk jangka masa yang panjang. Bahagia yang akan kekal selama-lamanya. Bukan sekadar sehari dua.


VOTE & COMMENTS ARE VERY APPRECIATED.

_FROM_ME_WITH_LOVE_


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro