Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

B L U R B

TAK SEINDAH BIASA

By EYRA SHAZLEYRA

'INDAHNYA CINTA DI JIWA BUKAN KERANA MENCARI SEMPURNA'


Sepuluh tahun dia lari membawa diri. Bersembunyi daripada ditemui. Namun, sepuluh tahun bukan waktu yang sekejap untuk dia membuang rasa di jiwa. Bukan mudah melupakan cinta yang pernah hadir walaupun cinta itu takkan pernah sempurna.


Sempurnakah cinta jika dua jiwa tidak mampu bersama?


Sepuluh tahun Jasmin menghindar, cinta datang lagi mengetuk pintu hatinya. Dia berusaha menolak, tetap ia datang termasuk pakej perlindungan. Sepanjang hayat pun tak mustahil. Hadif sanggup lakukan apa saja demi dia.


Masalahnya, Doktor Hadif terlalu sempurna untuk wanita sekerdil dia.


"Manalah Min tahu hujan akan turun pukul tiga pagi. Kalau awal-awal ada tanda, Min dah bungkus selimut bantal pergi tidur dengan ibu." – Jasmin Hani.


"Lepas ni tak payah susah-susah nak kacau ibu. Min tidur dengan abang je." – Umar Al-Hadif.


Jasmin sangka bahagia sudah menjadi miliknya setelah dia bersetuju menerima Hadif. Ternyata semua itu hanyalah mimpi di siang hari. Hilang lenyap ditelan sinar mentari.


"Iq tahu Min hidup lagi. Iq rindu Min." – Iqmal Hafizi.


"Oh god! Kalau auntie tahu inilah perempuan yang Hadif bangga-banggakan sangat tu, tak hingin auntie nak sponsor baju nikah Hadif. My god! Hadif kena mandi bunga. Buang sial yang melekat pada tubuh Hadif tu!" – Datin Saerah.


Jasmin menangis hiba. Terluka hatinya dengan caci maki yang kembali terdengar di telinga. Walaupun dia sudah berusaha sembunyikan diri, siapa tahu takdir kembali menemukan mereka?


Rasa di hati Jasmin juga tak disangka goyah. Hanya kerana lelaki cinta pertamanya kembali muncul di depan mata.


Namun, layakkah Jasmin menggenggam bahagia kerana dia sudah tak sempurna? Mampukah dia palingkan diri dan memilih Iqmal kembali sedangkan cinta mereka tak pernah direstui?


Paling penting, tegakah dia melukakan hati Hadif yang sanggup berkorban segala?


"Sepuluh tahun abang ada dengan Min, sekelip mata Min berubah sebab lelaki ni." – Hadif.


Kerana mencintai tak semestinya kita memiliki. Mungkin melepaskan jalan yang terbaik daripada diri terus merana.


VOTE & COMMENTS ARE VERY APPRECIATED.

_FROM_ME_WITH_LOVE_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro