Teaser 7
"Kau tak nak maafkan aku Lisa? Aku tahu kesalahan aku besar. Sekarang ni aku berusaha setiap hari untuk kau maafkan aku. Tapi macam ni penerimaan kau." Fahim beriak kesal. Terkilan lebih tepatnya.
“Saya dah maafkan Encik Fahim. Cuma saya tak mahu kita macam ni. Saya dah ada kehidupan saya sendiri. Saya bahagia dengan hidup saya sekarang. Kalau Encik Fahim betul-betul rasa bersalah, tolonglah jangan ganggu saya lagi.”
“Kau dah move on dari aku ya Lisa?"
"Bukan ke Encik Fahim yang minta, jangan ada apa-apa kenangan pun antara kita? Saya tunaikan permintaan Encik Fahim. Tapi Encik Fahim sendiri yang bubarkan peraturan yang Encik Fahim buat."
"Aku menyesal. Sungguh Lisa. Kalau kau tak percaya, aku nak buktikan macam mana lagi? Bagi aku peluang. Sekali je. Kita mulakan sekali lagi. Please Lisa."
"Tak nak!"
"Lisa."
"Saya bukan isteri yang baik untuk awak Encik Fahim. Yang baik cuma Intan. Saya tak mahu jadi penghalang cinta awak pada Intan. Lagipun kita tak pernah ada apa-apa perasaan selama kita berkahwin. Jadi takde sebab untuk kita nikah semula."
"Tapi kita berdua langgar perjanjian yang aku buat tu dua tahun selepas kita nikah. Jadi, peraturan tu tak termaktub lagi."
Terbuntang mata Alisa mendengar kata-kata Fahim."Apa maksud awak?"
"Masa kita 'honeymoon' tu. Pulau Tioman. Kau tahu apa yang terjadi."
Panas pipi Alisa. Fahim sengaja memancing kelemahannya kali ini.
"Itu kesilapan. Ia berlaku sebab perompak tu. Bukan sebab kita. Awak jangan perasan!"
"Tak kisahlah apa pun penyebabnya. Kita sama-sama langgar peraturan tu Lisa. Jadi, kita pernah ada perasaan antara satu sama lain. Kenapa kau nak menafikan?"
Alisa bingkas bangun dari duduknya. Merah padam pipinya saat ini.
"Cukup Encik Fahim. Cukup! Jangan cakap lagi!"
Berbaki 10 hari lagi preorder. Sapa yg berminat blh pm saya 0175816031
Cetak POD. ( Ikut permintaan)
arenayidin
20 September 2022
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro