Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 4

"Im, makan bubur dulu. Nanti nak makan ubat." Puan Azeema mengejutkan Fahim dari lamunan.

"Aduh mama! Im tak suka bubur. Tak nak, mama." Fahim geleng kepala.

"Makanlah sikit. Nak makan ubat ni. Nanti melarat demam tu. Tulah. Siapa suruh main hujan? Macam budak-budak."

"Im nak pujuk Lisa la mama. Mana Im tahu dia keras hati macam tu. Mama ingat Im nak ke berdiri dalam hujan macam orang bodoh tu? Nak minta maaf punya pasal. Im sanggup la..." Meleret nada suara Fahim.

"Hmm... Im yang cari pasal dulu kan? Bukan mama tak ingatkan? Dah berbuih mama nasihat. Intan tu dah ditakdirkan pergi. Im nak meratap menangis sampai keluar air mata darah pun tak guna. Dia takkan hidup balik. Alisa yang depan mata tak mahu pula dihargai. Dah tu nak salahkan siapa? Sekarang hadap. Mama tak mahu nasihat lagi. Im dah dewasa. Fikir sendiri."

"Ma... dahlah. Im tak larat ni. Dari tadi mama membebel. Kalau macam ni biar Im balik je," rajuk Fahim.

"Pergilah balik. Nanti nak makan minum siapa nak urus? Nak angkat jari pun tak larat. Elok-elok ada isteri boleh jaga makan pakai Im, Im buat perangai. Padan muka tu." Pipi Fahim ditepuk Puan Azeema dengan geram.

"Dah ma. Im nak tidur. Jangan kacau Im."

"Pergi tidur kat bilik. Takkan kat sini je?"

"Tak larat mama. Sini je." Fahim menarik selimutnya mahu menutup kepalanya pula.

"Takde, takde. Makan bubur dulu. Sini mama suap."

"Tak mahu bubur ma. Tak sedap." Geleng Fahim tanda tidak mahu.

"Habis, nak makan kfc ke? Mengada-ngada betul ya? Kalau nak mama tolong pujuk Lisa, makan sikit. Cepat Im."

Laju tangan Fahim menyelak selimut dari kepalanya. Dia tayang sengih. "Betul ni mama nak tolong? Janji mama?"

"Ya! Buka mulut cepat. Dah telan ubat nanti tidur. Mama cuba telefon Lisa."

"Thank you, mama."

Puan Azeema melepaskan keluhan. Pening dia dengan sikap Fahim. Satu sudu bubur nasi disua ke mulut Fahim. Lelaki itu mengerutkan mukanya.


arenayidin
10 September 2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro