Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 1


TAK BERHENTI MENGHARAP - ARENA YIDIN

TEASER 1

Okey, macam ni. Aku nak kau fahamkan betul-betul. Masuk hari ni dah dua minggu ya kita nikah. Macam yang kau tahu ini atas pilihan mama. Bukan atas kehendak aku sendiri. Apa pun alasan aku, aku nak kau faham. Aku belum lupakan Intan. Jadi kau kena faham. Okey?"

Alisa mengangguk tanda faham. Dia akur atas penikahan ini memandangkan banyak terhutang budi dengan
Puan Azeema, ibu mentuanya kini.

"Okey, itu aku harap kau dah faham dari awal. Dari hari pertama kita nikah lagi. Yang aku nak cakap hari ni lain. Aku nak kau dengar betul-betul. Malam ni, mama nak datang rumah kita. Aku nak kau masak sedap-sedap."

Alisa mengangguk mengiyakan tanda faham. Namun tatapan Fahim sangat lain macam.

"Masak tu satu, takde masalah kan? Aku tahu kau pandai masak. Ini paling penting, sebelum mama sampai, aku nak kau pindah masuk ke bilik aku. Bilik kau tu kunci rapat-rapat. Jangan sampai mama tahu kau dengan aku tidur bilik asing-asing. Mama cakap dia nak tidur sini dua malam, jadi kau faham kan maksud aku apa?"

"Faham."

"Apa?"

"Pindah bilik Encik Fahim."

"Hmm, lagi satu. Jangan lupa panggil aku abang depan mama. Just depan mama. Bila mama dah balik, aku nak semua kembali seperti asal. Sekarang kau bawa sikit barang-barang kau ke bilik aku. Jangan nanti masa mama ada kau sibuk nak masuk bilik kau pulak."

"Baik Encik Fahim. Lisa Faham."

"Hmm, tu je. Kalau ada apa-apa lagi aku bagitahu." Fahim terus baring semula di atas sofa dan memejamkan mata tanpa peduli Alisa yang ada di situ.

Fahim geleng kepala. Betapa dia menyesal atas apa yang terjadi. Jika dulu dia sedikit menghargai Alisa, hidupnya takkan diburu rasa bersalah seperti ini.

Kini, status mereka sudah berbeza sejak lima tahun mereka berdua berpisah. Dia masih lagi tidak punya pengganti. Entah bagaimana dengan Alisa. Yang pasti, saat bertemu dengan wanita itu secara tidak sengaja dua tiga hari yang lalu, buat dia tidak keruan. Dia penasaran.


arenayidin
24 Ogos 2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro