Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
[ E-Book Version ] Kerinduan Buatmu Dato' Aryan Irsyad

[ E-Book Version ] Kerinduan Buatmu Dato' Aryan Irsyad

17 2 5

💙Kerinduan Buatmu Dato' Aryan Irsyad💙Pencintaan seorang DHIYA HAFEEZA dan ARYAN IRSYAD mendapat tentangan hebat daripada ibu Aryan disebabkan perbezaan darjat dan kerana Datin Afrina menyangka Dhiya adalah anak luar nikah. Namun demi cinta yang mendalam, Aryan tetap nekad untuk menjadikan Dhiya sebagai isteri walaupun sedar bukan mudah untuk melembutkan hati si ibu.Perkahwinan mereka diteruskan tanpa restu. Baik Dhiya atau Aryan, mereka mengharapkan jodoh mereka terus berpanjangan dan fikir dengan perkahwinan itu, mereka akan mudah untuk mengambil hati Datin Afrina. Tetapi bahagia Dhiya dan Aryan hanya seketika apabila ujian kembali mengekori mereka. Kekerasan hati Datin Afrina begitu sukar untuk dilembutkan, apatah lagi wanita itu sudah mempunyai calon isteri pilihannya untuk Aryan.Dihadapkan dengan kebencian serta munculnya penyondol begitu memeritkan bagi Dhiya. Hanna calon pilihan si ibu mentua tidak pernah putus asa untuk merebut Aryan daripada Dhiya. Gadis itu terlalu berani kerana mendapat sokongan penuh daripada Datin Afrina. Dek kerana benci dan keinginan untuk mendapatkan Aryan begitu membuak-buak, Hanna sanggup mengotorkan tangan serta mempertaruhkan masa depan.Kemalangan Aryan dirancang dengan menjadikan Dhiya sebagai kambing hitam. Rancangan Datin Afrina dan Hanna untuk memisahkan si anak dan Dhiya akhirnya berjaya. Selepas kemalangan sikap Aryan berubah kerana termakan dengan kata-kata hasutan, hingga sanggup menceraikan Dhiya.Dhiya membawa diri dengan kelukaan yang dalam. Meskipun berjauhan, di sanubari terselit perasaan rindu yang tidak pernah padam. Perginya Dhiya turut membawa satu rahsia besar. Dan apabila kebenaran terbongkar, apakah masih ada ruang untuk Dhiya dan Aryan kembali mencipta bahagia? Adakah kerinduan Dhiya terhadap Aryan dibalas? Bagaimana pula pengakhiran untuk Datin Afrina dan Hanna?Temui jawapannya dalam... Kerinduan Buatmu Dato' Aryan Irsyad.…

Cinta Seperti Dulu [ EBOOK VERSION ] ✔️

Cinta Seperti Dulu [ EBOOK VERSION ] ✔️

162 53 26

Fall In Love Again telah berganti tajuk menjadi Cinta Seperti Dulu.E-ISBN : 978-967-18994-0-3Hak Cipta TerpeliharaCyrena Rosealla - Telah membenci bekas kekasihnya kerana telah menghilangkan diri tanpa khabar dan pesan. Kejadian tiga tahun yang lalu tanpa sedar telah meruntuhkan hubungan mereka. Sekaligus hubungan pertunangan mereka telah diputuskan oleh Cyrena sendiri.Do Kyungjae - Merupakan salah seorang ahli kumpulan KNIGHT yang sedang terkenal di seluruh pelosok dunia. Namun malangnya 3 tahun lalu, sebuah kemalangan telah menimpa kumpulan tersebut. Akibatnya Kyungjae kehilangan separuh daripada memorinya. Termasuk kenangan indahnya bersama Cyrena.3 tahun berlalu,Kyungjae dan Cyrena dipertemukan kembali. Namun keadaannya tidak sama seperti dulu. Kyungjae harus berjuang kembali demi cintanya. Dia mahu cintanya mekar seperti dulu. Namun keegoan Cyrena begitu keras untuk diruntuhkan. Sehinggalah satu kejadian yang tidak di duga telah berlaku kepada Kyungjae.Menyedari kesilapannya merosakkan segala, Cyrena mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halamannya. Tanpa diketahui, kejadian tersebut telah mengembalikan ingatan Kyungjae sepenuhnya.Adakah Kyungjae & Cyrena kembali mencintai seperti dahulu?"Rena... Oppa minta maaf kerana selama ini tidak memberi khabar kepada awak. Semua ini berlaku tiba-tiba. Oppa sendiri tak mengingati sesiapa kecuali ahli Knight." - Do Kyungjae"Ah... sudahlah oppa. Hati saya bukannya mainan. Saya pun ada perasaan. Oppa tak tahu bagaimana perasaan saya selama 3 tahun ini. Saya rindukan oppa tapi satu pesan pun saya tak dapat." - Cyrena Rosealla…