House Of Cards
Tidak pernah terbayang, seseorang seperti dia dapat memasuki 'dunia' yang mengarut? Bahkan dia sendiri ingin memaksa dirinya untuk percaya bahawa ini semua hanyalah mimpi ngeri semata. Tetapi apabila dia membuka mata untuk kali kedua, tetaplah sama. Tidak berubah. Dia masih bernafas dan perlu menelan realiti bahawa dia sudah berada di sebuah rumah penuh misteri dan realiti itu hampir membuatnya gila. "Emma Lee, kau diarahkan untuk bekerja di rumah Tuan Reid Houston mengikut perjanjian yang sudah kau tanda tangani sebelum ini. Tiada penolakan diterima. Faham?" Bekerja di rumah yang penuh dengan suasana dan manusia menggerikan? Reid Houston, seorang lelaki penuh misteri dan dikelilingi aura tidak menyenangkan sama sekali. Bagaimana dia dapat berhadapan dengan lelaki itu dan orang yang turut berada di rumah itu nanti? Tidak! Ikutkan hati mahu saja dia menolak tetapi jika dia mengikut perasaan, dia bagaikan menempah maut! "Kenapa kau berkeliaran di sini? Kau lupa peraturan di rumah ini yang semua pekerja perlu berada di bilik masing-masing tepat pukul 1 malam?""Maaf, Bonda!"Tiada siapa boleh dipercayai di dalam rumah ini. Sama ada Tuan Reid ataupun pekerja yang lain. Dia di dalam posisi yang bahaya. Tersilap langkah, habis nyawa melayang sekelip mata. Dia perlu berhati-hati selagi misteri di rumah itu tidak terungkap dan dalang utama di balik misteri tersebut masih berlegar bebas."Kau tahu apa yang lebih menakutkan berbanding ketakutan kau dengan kegelapan?""Apa Tuan Reid?""Manusia yang memakai topeng untuk terlihat mereka itu baik seperti orang lain. Tetapi sebenarnya, mereka itulah sanggup bertindak luar kawalan untuk memenuhi bahagia yang dicari. Bahagia melihat orang lain sengsara penuh keperitan."…