Dear, My Love [HIATUS]
Rain Natasha. Seindah nama orangnya, dia cantik dan tabah seperti hujan yang menangisi bumi.Rain atau Ain, namanya yang agak keras itu Rain dan lembut itu Ain. Cinta sejati? Bukanlah satu isu yang dia ingin bangkitkan, kerana dia tidak pernah memikir hal masa hadapan tentang CINTA. No, untuk CINTA is ya! Bagi Rain, gelanggang perlawanan adalah satu penghormatan bagi dirinya. Pertama, tekad. Kedua, lawan. Dan ketiga, menang. Ya, itulah presepsinya, apabila berada di dalam gelanggang. Darah, dan kesakitan itu semua belakang cerita, yang penting dia menang dengan semangat! Cinta adalah perkara paling karut yang pernah ada dalam kamus hidupnya. Dan dia tarik balik kata-kata itu, kerana dia sudah terjebak di alam percintaan yang dikatanya karut itu. Mengenali seorang lelaki tampan, yang berkerja sebagai juruterbang, mengubah presepsinya tentang cinta. Nyle Uzzahir mengajarnya erti mencintai dan dicintai. Walaupun Rain rasa menyampah dengan tindak tanduk lelaki itu, namun... Dalam diam, Rain simpan senyuman buat lelaki itu, kerana dia akan menjadi beku apabila bertemu dengan lelaki itu. "Awak ni memang kurang senyum ke? Atau awak sakit?" - Nyle Uzzahir."Saya tak senyum bukan masalah awak, dan saya tak sakit" - Rain Natasha.Menyampah dengan Nyle itu hanya sementara, apabila Rain merasakan taman telah berputik buat lelaki itu. Namun... Semuanya tidak betah, apabila pelbagai konflik yang tercetus angkara ada pihak yang tidak menyukai hubungan Rain dan Nyle semakin rapat.Dalam diam ubi berisi, ada juga yang mahu menghancurkan hubungan Rain dan Nyle.Rahsia demi rahsia yang Rain simpan, menjadikan hal menjadi rumit. Sehingga membuatkan Nyle berbelah bahagi terhadap kepercayaan Rain. Tatkala itu, mampu Rain capai bahagia lagi? Mampukah kisah cinta menjadi buku 'Happy Ending?' atau, adakah dia patut mengalah pada cintanya... Semuanya terjawab di sini.'Dear, My Love'Layakkah aku mencintai dan dicintai? - QouteAuthor: sashaleezzz…