Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
Dalam sebuah kehidupan, ada jiwa yang berantakan. Ia wujud daripada khilaf dan ujian. Insan belajar daripadanya. Mallah, membina syukur dan sabar atas setiap perkara.Kisah-kisah terpencil menukil pelbagai watak dan perasaan mereka.…
Qaseh, zahiriahnya seorang pegawai Sumber Manusia di sebuah kilang elektronik.Qalbu, diketahui sebagai warga Indonesia yang datang ke Malaysia, bekerja sebagai operator pengeluaran.Tetapi hakikatnya, mereka memiliki identiti berbeza dengan misi berbahaya.Qasehnya Qalbu, adakah akan bersatu. Atau, ada yang perlu dikorbankan demi sesuatu yang lebih besar.…
***"The Missing Puzzles'.Tentang hijrah seorang Aqilah yang sebelum ini jiwanya penuh dengan pemberontakan kepada si ayah. Tetapi pada masa yang sama dia rindu. Dia tercari-cari rasa kasih itu. Tetapi tidak bertemu, sehingga muncul si abang tiri, Ahmad Amsyar."Kenapa buat ayah macam tu?""Diamlah Amsyar!" Panas hati aku bila tiba-tiba ditegur begitu oleh Ahmad Amsyar. Hilang hormat aku pada dia. Hilang sebutan 'abang' di pangkal nama. Aku tak menoleh langsung pada dia."Macam ini ke Nur Aqilah Najwa yang baru? Tak ada perubahan pun?""Kau tak faham. Dan, kau tak akan faham apa yang ada dalam aku. Jalan cerita kita berbeza, Amsyar." Aku melepas rasa. Memang aku dah mula kurang ajar dengan dia. Itu yang dia nak, kan?"Qilah pernah tahu ke jalan cerita hidup abang?"Ibarat mencari sekeping puzzle. Di antara yang berserakan. Aqilah perlu mencari yang tepat untuk melengkapkan.***Start: Dec 2017End: 28 Nov 2018…
Tak ada sesiapa yang salah. Jatuh cinta tak salah. Ia satu perasaan yang diciptakan Allah dalam hati setiap hamba-Nya. Hanya yang menjadi kesalahan, apabila kita nak semuanya sempurna di mata kita. Maka tanpa sengaja ia menjadi luka. Luka-luka pada musim kenangan.…
[Pemenang Anugerah Wattys2019, di bawah kategori 'New Adult']***Tidak semua yang dibuang itu hina, jijik, dan tiada nilai."Aku anak sampah. Tidak mulia, tetapi tidak juga hina."AMARAN:Cerita ini akan termuat beberapa aksi ganas sepak terajang dan kata-kata kesat. Jangan ditiru atau digunakan di alam realiti.Start: 17 Mar 2019End: 16 Mar 2020…
Kisah Abel.Gadis yang mencipta pendirian daripada kisah-kisah yang berlaku di sekelilingnya. Cerita di dalam cerita.Sejauh mana setiap cerita mempengaruhi dirinya. Dan, apakah kisah yang merubah pendiriannya pula?Start: 03 Jun 2020Re-write: 11 Julai 2021End: 15 Niv 2021…
Bila aku hanyut, tapi masih ingin menulis ... aku coretkan beberapa kata yang aku panggil puisi.Puisi yang aku sahaja mengerti.Start: 1 April 2018End: -…
Cuba lari dari tinta dan pena.Duduk dalam dunia realiti dengan secawan kopi hitam.Pilihan?Dengan gula atau tanpa gula, ikut suka.Start: 26 Feb 2018End: -…
"Cantik!"."Hensem!"Manusia memuji manusia. Mungkin juga ada yang memuja. .Kirana tersengih. Bahagia melihat gelagat manusia. Tidak sedar ada yang memerhatikannya. Dan, yang memerhatikannya itu pun, sedang tersengih sama...***Cerita ini ditulis tidak ada hala. Hanya contengan hati yang janaannya tatapan dunia. Satu penulisan santai, suka-suka nak menghibur hati..Mula: 3 Jun 2022Tamat: -…
"Lastik kayu ini ada tiga cabang. Satu pemegang, dua yang mencapang. Dua yang mencapang itu, aku dan dia. Dan kau ... pemegang yang menyokong.Aku nak kau simpan lastik kayu ini sampai bila-bila. Lastik kayu ini tanda persahabatan kita." - Azril.Start: 20 Mar 2020End: 09 May 2020…
16 September, terkumpul bab-bab terpilih daripada semua cerita saya. Bolehlah kalau nak layan sikit-sikit. Sekadar mengenali bentuk penulisan saya. Dan, ia juga sebagai track record untuk rujukan saya sendiri. Kadang-kadang saya tak ingat cerita apa yang saya dah tulis 😂. Selamat membaca!…
Amar dan Amira. Adik-beradik kembar yang bukan hanya pada nama, tapi juga pada jiwa.Amira tanpa Amar ibarat kaca rapuh.Allah sediakan ujian, Allah juga sediakan jalan. Percaya janji Tuhan!Start: 20 Feb 2018End: 22 Mei 2018…
Kisah remaja.Berkawan dan bercinta.Di antara realiti dan khayalan.Kadangkala, kita rasa kita kenal kawan kita, tapi tidak. Kita tak kenal mereka. Masa juga sering merubah mereka yang kita panggil kawan. Kawan kita, macam musim. Ada musim panas, dingin, bunga dan ... musim luruh."Kau kawan aku, Amy." - Lan"Kawan sebenar akan menegur khilaf kawan." - Hadi"Awak patut bagi dia peluang." - Nurul Liyana***Start: 20 Jun 2020End: 26 Jul 2020Peringatan:Cerita ini hanya untuk siaran di Wattpad sahaja. Jika ditemui di platform lain, jangan buka. Anda mungkin terdedah dengan virus.…
Cerita ini ditulis adalah sebagai menyahut cabaran penulisan manuskrip dalam tempoh dua bulan #60hari yang diusulkan oleh @metalheadmitch.***Kisah Kasyaf yang hidupnya didampingi oleh Mia, roh bebas yang terhutang budi dengan Kasyaf si budak nakal.Belum reda misteri hidupnya dengan Mia, muncul seorang lagi gadis yang ingin membantu dia. Yang entah datang dari mana. Dan, gadis itu tahu setiap satu kisah Kasyaf....Start: 14 Oct 2020End: 04 Dis 2020…
Kisah dua jiwa berbeza latar keluarga, tetapi terikat dengan satu rahsia.Qaseh Imani, gadis yatim piatu yang pendiam, tanpa sengaja mengetahui rahsia besar hidup seorang Ahmad Huzair.Dia yakin yang lelaki itu memerlukan bantuan, tetapi niat baiknya dibalas dengan ugutan ketakutan.Manusia, bila terlalu sempurna, di situlah celanya bermula.Andai syaitan itu kelihatan, manusia akan lari menjauhi. Tetapi, bila ia muncul dalam falsafah yang mengelirukan, manusia bijak akal juga hilang diri."Aku perlukan kau, Qaseh Imani." - Ahmad Huzair.Start: 16 Ogos 2020End:…