Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
Backup Cinta

Backup Cinta

81,839 1,664 15

Isha Humaira, sekali pandang hatinya sudah tertawan. Lelaki itu hadir saat jiwanya hampir mati, namun raut wajah itu mengembalikan senyumannya. Biarpun orang akan kata dia gila sebab tenang melihat muka bengis bak harimau kelaparan itu, hatinya masih lagi tertarik.Shahrul Haikal, kerana kecewa dia membawa diri jauh dari Malaysia. Dia gigih membina kerjaya sendiri dan buktikan dia masih boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kerana jiwanya yang pedih, dia berubah menjadi lelaki yang angkuh, sombong dan pentingkan diri sendiri. Dibenci oleh adik-adik sendiri, membuatkan sikapnya semakin dingin. Pertemuannya dengan Diana Humaira saat pulang ke tanah air, membuatkan dia mengambil satu keputusan dalam hidupnya. Wanita itu ialah perempuan paling layak untuk menjadi isterinya walaupun tanpa cinta.Diana Humaira, kisah semalam membuatkan dia bertegas melindungi diri sendiri. Usah bicara tentang cinta kerana cinta itu hanya kosong baginya. Hanya menyakitkan! Kehadiran Shahrul yang sering kali mendesaknya membuatkan dia bengang. Cinta? Itu bukan dirinya!Kerana satu salah faham, Isha, Shahrul dan Diana terperangkap dalam permainan yang mereka ciptakan sendiri. Diana egois, Shahrul selfish dan Isha yang positif.Will you marry me? - Shahrul HaikalPenipu! Siapa yang awak cinta sebenarnya? - Diana Humaira…

Sehangat Matahari

Sehangat Matahari

22,015 416 15

Cinta dan cita- cita, mampukah digapai kedua-duanya? Percintaan Wirda dengan Razif Firman semakin hari semakin hambar apabila lelaki itu semakin berjaya dalam kerjayanya. Nak berjumpa pun kena buat janji temu.“Kerja saya bukan macam kerja awak.”“Setakat makan- makan tu, bila- bila pun boleh.”“Sudahlah saya sibuk ni.” – RAZIF FIRMANDalam masa yang sama, dalam pertemuan yang tidak dijangka mempertemukan Wirda dengan Adam Haikal.“Jangan sesekali cakap awak menyusahkan saya sebab saya tak pernah rasa macam tu. Saya seronok dan ikhlas kalau dapat tolong awak walaupun untuk hal yang awak rasa tak penting.” -ADAM“Tapi kenapa awak nak buat semua tu?” - WIRDA“Sebab saya suka…pipi awak yang bulat!” - ADAMKemelut melanda satu per satu selepas Wirda menubuhkan Matahari. Adam setia di sisi, manakala Razif sibuk membina kerjayanya. Saat terlihat seorang wanita bersama Razif, Wirda masih tabah hingga akhirnya……

Sayangku Mia

Sayangku Mia

244,044 4,504 15

Hidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata.“Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegup kencang, hati aku ni pula berdebar-debar setiap kali berhadapan dengan dia, mampu buat aku tak lupakan dia walau sesaat dan dia akan menyebabkan aku makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.” – Tengku Zharif Iskandar Namun, kehadiran seorang gadis telah mengubah segala-galanya. Cinta yang telah lama terpadam kini kembali dalam hatinya. Dari buaya bertukar menjadi burung peliharaan.“Awak yang buat saya gila, Mia. Saya tergila-gilakan awak. Orang cakap kalau nak anak, kena tackle mama dan papa dia dulu. Sekarang ni saya tengah tackle hati papa dan mama mentua saya la.” – Tengku Zharif Iskandar“Helo, Encik Iskandar. Saya tak kesahlah siapa awak. Buaya darat ke, buaya tembaga ke ataupun buaya emas. Saya sikit pun tak hairan lelaki macam awak ni. Sekali saya petik seribu yang datang. Yang pasti, mereka bukan buaya macam awak. Lagi satu, jangan berani nak sentuh saya lagi,” – Damia Qalisya…

Jodoh Itu Milik Kita

Jodoh Itu Milik Kita

9,377 228 1

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…"SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq."Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!" – Dahlia"Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!" – SyafiqTatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?Judul : Jodoh Itu Milik KitaPenulis : Sara AishaPenerbit : KaryaSeniSemenanjung : RM26Sabah/Sarawak : RM29Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni…

Hati Perempuan

Hati Perempuan

49,762 753 5

Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya.Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.“This is yours?” - Yuhanis.“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?Tajuk: Hati PerempuanPenulis: Nur Ain al-AbbasPenerbit: Penulisan2uISBN: 978-967-0567-19-8Harga: RM27 (Semenanjung) // RM30 (Sabah & Sarawak)Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni…

Dia... Isteri Luar Biasa

Dia... Isteri Luar Biasa

19,195 319 3

SINGLE is simple, double is trouble...Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRAMaka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZARBagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.Judul : Dis isteri luar biasaPenulis : Umie NadzimahPenerbit : Penulisan2uSemenanjung : RM24Sabah/Sarawak : RM27Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni…

One Day You'll Be Mine

One Day You'll Be Mine

21,813 323 1

Secebis kenangan, sebuah kesetiaan untuk sesuatu bernama… cintaDia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.Tajuk: One Day You'll Be MinePenulis: Inawza YusofPenerbit : KaryaseniISBN: 978-967-0246-40-6 Harga: RM33 (Semenanjung) // RM36 (Sabah & Sarawak)Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni…

Eksperimen Cinta

Eksperimen Cinta

22,779 422 2

Judul : Eksperimen CintaPenulis : AnjellPenerbit : KaryaseniSemenanjung : RM30Sabah/Sarawak : RM33Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi KaryaseniKali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?…

My Indo Chick

My Indo Chick

3,051 43 1

Tajuk: My Indo ChickPenulis: MarissaPenerbit: KaryaseniISBN: 978-967-0246-59-8Harga: RM19 (Semenanjung) // RM22 (Sabah & Sarawak)Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi KaryaseniRAY jejaka tampan yang sudah bertahkta dalam hati Indah Natasya sejak mula, sering saja membuatkan kepala Indah serabut dengan kerenahnya yang selamba dan sedikit angkuh. Tapi disebabkan sayang, Indah pendamkan saja. Mahu diapakan lagi? Nasib badanlah… Siapa suruh gatal bercinta dengan lelaki kerabat diraja itu?“Awak tak takut ke kalau-kalau ada artis yang berkenan kat saya? Manalah tahukan…” - INDAH NATASYA“Awak, tak ada artis yang berkenan kat awak tu. Kalau adapun, sah artis tu hilang skru. Percayalah, selain saya, tak ada siapa yang sanggup ambil awak jadi kekasih.”- RAY“Tapi awak jangan menyesal nanti.” - INDAH NATASYA“Jangan nak perasan lebih-lebih. Tengok cermin dulu kalau masih tak sedar diri. Lawak betullah awak ni.” - RAYNamun kehadiran Gibran Alias, seorang pengurus artis membuatkan pandangan Indah Natasya tentang lelaki dan cinta berubah sama sekali. Rupa-rupanya ada yang lebih istimewa daripada Ray.“Nama saya Gibran Alias. Umur saya 30 tahun. Saya pengurus artis syarikat Prime Rekod. Dan saya handsome orangnya.” - GIBRAN ALIASAduhai, serius tak boleh blah mamat ni. Suka buat Indah ketawa, suka buat perasaan Indah berbunga-bunga. Tetapi hati Indah hanya ada satu. Mana boleh dilapah jadi dua? Dan satu-satunya hati itu mahu diserahkan kepada siapa? Kepada Ray yang bajet bagus itu atau kepada Gibran yang ala-ala kadar saja? Entahlah……

Isteri Untuk Disewa

Isteri Untuk Disewa

120,911 1,302 5

Tajuk: Isteri Untuk DisewaPenulis: SyamnuriezmilPenerbit: KaryaseniISBN: 978-967-0246-60-4Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak)Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi KaryaseniAnda mempunyai masalah dalam perhubungan?Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya...Orang untuk disewa!Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.Anytime, Anywhere... I’ll be there.Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?…

My Preciuos Iris

My Preciuos Iris

12,725 267 1

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

15,256 264 1

Penulis : E-Man SufiProduct: Bukan Kerana Aku Tak CintaSemenanjung : RM24Sabah/Sarawak : RM27Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni---“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”“Mastura!!!!!!!” JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.…

Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama)

Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama)

269,686 4,685 15

Judul : Tuan Anas MikaelPenulis : SyamnuriezmilPenerbit : Penulisan2uSemenanjung : RM25Sabah/Sarawak : RM28Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi KaryaseniPuan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.…

Bila Terlajak Sayang

Bila Terlajak Sayang

70,421 1,064 15

Tajuk: Bila Terlajak SayangPenulis: Umie NadzimahPenerbit: KaryaseniISBN: 978-967-0246-96-3Harga: RM24(Semenanjung) // RM27(Sabah & Sarawak)Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi KaryaseniSambungan novel & drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN, Dapatkan lebih awal di PWTC, Kuala Lumpur dan Sungai Petani, kedah, terbitan bulan Mei BILA TERLAJAK SAYANG - Umie NadzimahINDAH HALINA dan TAJUL RAZIN... Mereka digelar sebagai pasangan paling romantik, macam belangkas dan tak pernah berenggang. Ya... Begitulah realitinya. Rumah tangga mereka rukun dan penuh kasih sayang. Bahagia sepanjang hari dengan kehadiran puterinya dan juga selautan kasih yang tak bertepi.“Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang.” - TAJUL RAZIN“Yalah tu... Tipu jaga!” - INDAH HALINAAdat manusia, apabila bahagia ada sahaja yang tidak puas hati dan dendam sana sini... Belum hilang letih pertahankan cinta mereka, muncul lagi dugaan yang melanda hidup. Dengki dan sakit hati tak pernah penat mengejar kehidupan mereka.…

Tundukkan Playboy Itu

Tundukkan Playboy Itu

314,919 7,035 15

Tajuk: Tundukkan Playboy ItuPenulis: AnjellPenerbit: KaryaseniISBN: 978-967-0246-97-0Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak)Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFALBagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESABagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.…

Assalamualaikum Hawa

Assalamualaikum Hawa

25,443 555 15

Tajuk: Assalamualaikum HawaPenulis: Qstina AlyaPenerbit: KaryaseniISBN: 978-967-0890-02-9Harga: RM22(Semenanjung) // RM25(Sabah & Sarawak)SYIFA pernah tersungkur kerana butanya dia dalam menilai erti kata cinta. Dia terhanyut jauh sehinggakan terasa goyah kakinya untuk terus bertapak saat diri sendiri memutuskan untuk berhenti mencintai. Disebabkan satu kesilapan, Syifa menuntut perpisahan.“Bagi saya ruang untuk cari diri saya semula. Diri yang tenggelam dalam cinta ‘berbayar’ awak…” – Syifa.QAYYUM pula hidup bersama penyesalan yang tidak pernah surut. Merata dia mencari Syifa, tapi bayang si empunya tubuh tidak pernah memunculkan diri. Ya, dia pernah tersilap langkah. Andai dihimpun seberapa banyak tangis yang gugur, tetap hatinya terasa daki dosa itu masih terkumpul.“Baliklah, Qay. Awak nak apa cari saya sampai ke sini?” – Syifa.“Saya nak awak... Saya serius, Syifa!” – Qayyum.“Boleh jalanlah dengan serius awak tu, Qay. Awak sedar tak apa awak cakap ni? Awak sedar tak yang awak tak layak nak minta dekat saya macam tu?” – Syifa.“Awak dah tak cintakan saya?” – Qayyum.…

Cinta Yang Tak Terungkap

Cinta Yang Tak Terungkap

40,955 711 15

Tajuk: Cinta Yang Tak TerungkapPenulis: Puteri NorPenerbit: KaryaseniISBN: 978-967-0890-01-2Harga: RM35(Semenanjung) // RM38(Sabah & Sarawak)SOFIE HANY, seorang gadis yang cekal dan mempunyai matlamat hidup yang tinggi. Namun ahli biologi muda itu patah hati apabila jodohnya cuba diatur oleh keluarga tanpa mempedulikan hati dan perasaannya hanya kerana harta. Akhirnya, dia membawa diri ke England dengan hati yang terluka.Di Southampton, Sofie yang bersifat ‘ladylike’ bertemu dengan dua orang jurutera yang berkawan baik. EMRY, si jejaka Singapura yang gentleman dan AJMAL, askar simpanan pakar yang digelarnya sebagai lelaki barbarian.Namun dalam diam, Emry menyimpan perasaan cinta terhadap Sofie. Seluruh jiwa dan raganya telah diabdikan hanya untuk Sofie.“Awak anugerah daripada Dia. You... are my fairytale.” – EMRYAjmal turut menaruh hati terhadap Sofie tetapi dia terlalu ego untuk mengakui. Hati mula terpikat tetapi mulut tetap berbisa menidakkan perasaan itu.“Awak melanun dalam hati saya. Awak ambush perasaan saya, kemudian bermaharajalela dalam minda saya.” – AJMALDalam usaha untuk melupakan IQBAL, si childhood sweetheart, Sofie membekukan hati. Sayangnya tindakan itu menyebabkan dia kebal kepada perasaan cinta yang mula bersemi. Dan kemunculan semula Iqbal meletakkan Sofie dalam dilema.…

Pencuri Cinta Kelas Satu

Pencuri Cinta Kelas Satu

115,153 1,963 15

Tajuk: Pencuri Cinta Kelas SatuPenulis: Illa ShanahilaPenerbit: Penulisan2uISBN: 978-967-0567-78-5Harga: RM25(Semenanjung) // RM28(Sabah & Sarawak)Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang. Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya! Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah.Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.…

VVIP Dihatiku

VVIP Dihatiku

77,535 1,780 15

Perigi mencari timba? Ya, itulah yang dilakukan oleh Airin Nadia dalam menjalankan misi untuk mendapatkan lelaki idamannya. Dia tidak kesah untuk memikul gelaran itu kerana jodoh perlu dicari, tidak boleh duduk diam. Jika dia tidak mulakan, sampai bila-bila pun lelaki idamannya itu tidak akan tahu isi hatinya.“Fiq, boleh aku tunggu sampai kau balik?” – Airin Nadia“Tunggu aku? Untuk apa?” – Fiqri Aiman“Saja. Nak membazirkan masa.” – Airin Nadia"Tunggulah. Insya-Allah it will worth for us.” – Fiqri Aiman Namun, harapan dan penantian Airin Nadia musnah tatkala lelaki yang dicintainya itu kembali kepada kekasih lamanya, Syasya. Ketika itu pula, munculnya Tengku Haikal yang sangat menyayangi Airin Nadia. Dek rasa sedih dan kecewa dengan lelaki idamannya itu, Airin berusaha memberikan peluang kepada Tengku Haikal. “Airin Nadia, I love you. Kal tahu Kal bukanlah lelaki yang terbaik untuk Rin tapi Kal harap Rin boleh beri Kal peluang. Izinkan Kal untuk memiliki hati Rin?” – Tengku HaikalDua kali Tengku Haikal melamar Airin dan sebanyak kali itu jugalah hati Airin berbelah bahagi untuk menerima. Sehinggalah Airin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke Melbourne, kota yang dihuni oleh cinta pertamanya. Dia tidak mampu membohongi diri sendiri dengan menciptakan alasan kedatangannya ke kota itu hanya untuk belajar, kerana hatinya itu masih bergetar walaupun hanya saat nama Fiqri Aiman disebut.Tajuk: VVIP Di HatikuPenulis: Fatin HassanPenerbit: Penulisan2uISBN: 978-967-0567-79-2Harga: RM27(Semenanjung) // RM30(Sabah & Sarawak)Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni…

Aku, Dia dan Stiletto

Aku, Dia dan Stiletto

42,287 930 5

Tajuk: Aku, Dia Dan StilettoPenulis: Sri SarahPenerbit: KaryaseniISBN: 978-967-0246-83-3Harga: RM33 (Semenanjung) // RM36 (Sabah & Sarawak)Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. Padahal dia pun sama aje.“Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF“Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIABetullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan Si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu.…