Seindah Bulan Cinta (Bonus bab Awal)
Pertemuan pertama dengan Yuhanis, gadis ceria yang terlebih jujur sudah cukup buat Benjamin rasa tercuit."Benjamin Yusuf. Emmm... saya suka nama tu. Nama nabi yang paling tampan. Awak pun... lelaki paling tampan yang saya pernah jumpa. Tapi sayang... saya ni bukannya Zulaikha." - YUHANIS"Kalau bukan Zulaikha, siapa nama awak?" - BENJAMINTapi tak lama kemudian, Benjamin terlihat Yuhanis mencium pipi Tuan Khalid. Terus hilang senyum angaunya. Yuhanis rupa-rupanya ada hubungan sulit dengan lelaki tua? Dengan bos dia pula! Sejak hari itu, setiap kali jumpa pasti ada saja yang tak kena. Benjamin sengaja cari pasal, Yuhanis pula bukan jenis nak diam."Saya menyesallah berbaik dengan awak. Kalau saya tahu perangai awak macam ni, sampai tua pun saya akan jadi musuh awak!" - YUHANISBila kebenaran terbongkar bahawa Yuhanis sebenarnya anak Tuan Khalid, barulah Benjamin sedar dia dah jauh tersalah faham. Tapi ketika itu, hubungan mereka sudah terlanjur tegang. Asal bercakap saja, mesti bertekak.Namun sedikit demi sedikit, Benjamin mula nampak sisi Yuhanis yang lain. Cara gadis itu melayan Che Aa yang serba kekurangan, tanpa rasa jijik atau malu, buat hatinya berubah.Entah sejak bila, gadis yang selalu buat dia sakit hati itu juga yang mula buat dia jatuh hati.Tak sempat hendak layan perasaannya lebih jauh, Yuhanis acukan pisau dan paksa dia kahwin! Ah, cuak dia dibuatnya. "Awak jangan nak mengelak kali ni, awak kena kahwin dengan saya! Awak kena jadi suami saya. Kita kena kahwin!"Tak pernah dibuat orang ajak orang kahwin tapi ugut guna pisau dapur. Kalaulah Yuhanis tahu, hatinya sanggup ditikam panahan cinta Yuhanis. Tapi masalahnya, asal bercakap saja, bergaduh. Mereka ditakdirkan sebagai apa sebenarnya?Musuh?Kawan?Atau memang dari awal lagi... jodoh?…



















