Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
Sekolah Farid Dan Watak2nya

Sekolah Farid Dan Watak2nya

1,849 383 43

Novel ini mengisahkan... PAKK!!! *ditampar dari belakang*Aisyah: Tak payah nak formal sangat!!Faiz: Entah, Farid niEmy: Bukannya boleh terbit jadi buku punFadzelin: Sabar... Sabar...Yalah, kita buat gaya kasual😒....Scene 1, Take 2. Action!Buku ni pasal watak-watak aku dalam novel aku je. Tak ada apa yang menarik pun. Nak baca, bacalah. Jangan vote sudah! Kalau kau vote cerita ni, aku vote cerita kau balik.Ayano: Ugutan apakah ini??😂Ami: Seumur hidup aku jadi gengster, tak pernah dengar ugutan macam ni😂Minatozaki: LOL😂😂😂Anvell: Typo rasanya. Apapun, silalah membaca buku yang tak seberapa ni. Saya sudi menanti pembaca sekalian😇LIMA TAHUN KEMUDIAN...Masa untuk nafas baru…

Himpunan Lagu Sendiri

Himpunan Lagu Sendiri

163 8 21

Hanyalah himpunan lirik lagu sendiri yang diterbitkan di YouTube…

All-In

All-In

2,521 478 62

My timeline story:2007•Kelas DSB2017•Ustazah Kpop (UK)2018•Coming Back (CB): I'll be Back•Hipsteria•Hipsteria 2•Coming Back (CB): I'm Back•Penulis Malam (PM)•Tundukkan Tiga Tuxedo (3T)2019•Penulis Malam 2 (PM2)•Split Love (SL)•Hipsteria is Coming Back (HCB)2026•ALL-INBuku ini mengisahkan sebuah peperangan besar yang terjadi di seluruh dunia yang disebabkan wabak virus zombi. Yang mati dihidupkan semula menjadi zombi. Luthman Harith yang di bawah jagaan Arif Hakimi dan Nurul Fadzelin, cuba mencari penawar penyakit wabak bersama kekasihnya Aminah Safawiyah dan sahabatnya, Azizul Rahman. Mereka mengembara ke seluruh dunia bersama pasangan Faiz Azzudin dan Aisyah Maisarah, tidak lupa juga dengan Samantha Lee.Sementara di luar negara, Emy Zulkifli dan Elizabeth terpaksa bertahan di Los Angeles bersama mereka yang terselamat termasuk Cindy Hawk. Ilyana Zhamuri dan adiknya, Jennie Zhamuri berperang habis-habisan di sekitar gurun sejuk di Rusia.Dalam asyik mengembara, mereka bertembung dengan para bekas pelajar 5F, yakni kelas DSB yang diketuai Iskandar. Pada mulanya, mereka bergaduh. Danial Nabil dan Niratcha muncul mendamaikan keadaan. Rahsia mereka sebagai ibubapa Aminah Safawiyah terserlah di mata pelajar DSB. Mereka bergabung memerangi wabak. Seorang demi seorang menghilang dan mati dimakan zombi.Setelah bumi dipenuhi wabak zombi, Aisyah Maisarah membongkarkan rahsianya sebagai puak Mermaid dan Cyborg. Dia membimbing kawan mereka yang lain menuju ke Freaky World yang diperintah oleh Ayano Hiruka. Rahsia Aisyah Maisarah sebagai Ratu Metrolantis turut terserlah. Seusai bersatu dan berganding bahu, dua dunia itu bergabung untuk berperang dengan zombi.Tanpa disangka, mereka yang hilang sebelum ini berjaya diselamatkan Alif Najmi dan Isma Fatieha. Siapa sangka Alif Najmi dan Arif Hakimi adalah kembar yang lama terpisah.Seusai berperang dengan zombi, muncullah dalang di sebalik angkara ini, Farid Sattar.…

Hipsteria is Coming Back

Hipsteria is Coming Back

411 71 18

Buku yang mengisahkan gandingan dua sepupu, Arif Hakimi (HIPSTERIA) dan Emy Zulkifli (COMING BACK) dalam selesaikan kes jenayah di Amerika Syarikat bersama bantuan Cindy Hawk, polis korupsi untuk membunuh si pembelot yang menjadi dalang kes pembunuhan besar-besaran.Gengster, dadah, lumba haram sudah lama tersemat di jiwa dua sepupu itu. Dari kawasan Compton yang dipenuhi gengster hingga ke kawasan Bronx yang dipenuhi dadah. Los Angeles dan New York, dua bandar yang menemukan mereka dengan rapper-rapper lain, sama ada West Coast atau East Coast.Seusai sahaja kes di Amerika, mereka pulang ke tanah air dan mulakan kerjaya baharu sebagai guru bersama Nurul Fadzelin, bertujuan untuk penyamaran. Arif Hakimi yang bekas gengster dan Emy Zulkifli yang bekas pelumba jalanan, terpaksa mengendalikan keadaan pelajar kelas tercorot dan pada masa yang sama, cuba selesaikan kes yang berkaitan.Tidak cukup dengan itu, mereka menjalankan lawatan di Seoul menjejak para pelajar. Di sanalah mereka bertemu dengan dalang kes pembunuhan yang melibatkan artis Kpop.Apakah kes dari Hipsteria muncul semula di luar negara? Benarkah Nate Denver dari Coming Back sudah dilepaskan dari penjara kerana kurang bukti? Siapakah artis Korea yang menjadi dalang kes selama ini? Segalanya terjawab di HIPSTERIA IS COMING BACK.…

Split Love

Split Love

3,865 567 56

Sambungan dari novel Kelas DSBSetelah apa yang berlaku 11 tahun yang lalu, hidup Alif Najmi berubah 360 darjah sebaik mendapat tahu dia memilik lima personaliti yang berbeza. Alif, seorang insan sadis yang tiada haluan. Farid, seorang penulis sinis. Musang atau MC Fox, seorang penyanyi rap psiko. Hoshiko, seorang otaku tsundere. Najmi, seorang insan yang mulia.Selepas kematian cinta pertamanya, Alif Najmi terpaksa selesaikan kes kematian Siti Sarah biarpun menghidap simptom MPD, Multiple Personality Disorder atau dikenali sebagai split personality. Pada masa yang sama, dia perlu siapkan novel thriller untuk satu pertandingan menulis novel yang dianjurkan syarikatnya.Dalam sedang asyik menyiasat, muncul pula insan lain yang mencintai Alif Najmi. Paling menghairankan setiap insan yang mencintai Alif Najmi pasti ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Segala siasatannya diambil dan dijadikan inspirasi novelnya.Siapakah pembunuh bersiri yang membunuh wanita-wanita yang mencintai Alif Najmi? Apakah motif pembunuhan yang melibatkan penggunaan sudu perak? Siapakah psikopat yang teramat mencintai Alif Najmi itu? Ayuh selesaikan kes cinta maut yang penuh misteri dalam novel SPLIT LOVE."Mengikut apa yang saya nampak, awak ada lima personaliti." - Siti Sarah"Bagi saya, awak ni taklah pelik sangat." - Isma Fatieha"Sebab... benda ni libatkan nyawa dia." - Inspektor Insyirah"Depan mata Liyana tadi... ada orang... bunuh Nisa... dengan sudu.." - Nurliyana"Kau boleh nampak tubuh dia,... tapi kau tak boleh nampak jejak dia. Itulah hantu." - Aya…

Kelas DSB

Kelas DSB

10,816 1,763 51

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikgu Wan, makhluk berupa harimau dan bergerak pantas. Ramai pelajar memulau pelajar 5F di sekolah mereka.Kemunculan Danial Nabil, pegawai pertahanan sebagai guru sukan dan Niratcha, seorang teroris sebagai guru Bahasa Inggeris telah mengubah hidup pelajar itu. Kedatangan Alif Najmi, pelajar yang terlepas dari tempoh gantung sekolah, Ruby, robot yang dicipta oleh satu persatuan sulit dan Khairil, lelaki yang dianggap adik kepada Cikgu Wan telah membuatkan kelas 5F menjadi lebih kuat.Semakin lama mereka bersama Cikgu Wan, semakin banyak perkara rahsia Cikgu Wan terungkai sehinggalah dia memberitahu kebenarannya tentang kisah silamnya yang penuh dengan darah.Apakah rahsia yang dipendam Cikgu Wan? Kenapa Cikgu Wan menjadi guru sedangkan dahulunya dia pembunuh? Berjayakah mereka membunuh Cikgu Wan dalam tempoh setahun itu? Mari sertai kelas yang penuh debaran dalam KELAS DSB sekarang.P/s: Tengok cover dah tahu kan cerita dari anime mana? ಠ_ಠ…

Penulis Malam 2

Penulis Malam 2

7,886 1,143 51

Sambungan dari PENULIS MALAM...Mengisahkan tentang Faiz Azzudin yang sudah berkahwin dengan Aisyah Maisarah. Sesuatu telah terjadi pada malam pertama di mana pasangan pengantin baharu itu memasuki alam maya yang menakutkan.Sedar sahaja dari pengsan, mereka mendapati, mereka berada di alam lain walaupun persekitarannya seperti di dunia realiti. Mereka menemui makhluk aneh yang lain juga. Mereka berdua mengambil keputusan untuk mengembara alam itu sambil mencari jalan keluar dari alam tersebut.Siapakah makhluk yang ditemui mereka berdua? Bagaimana pula mereka boleh mendapat kuasa? Berjayakah mereka menewaskan kuasa jahat yang cuba menguasai Freaky World? Dapatkah mereka keluar dari alam mistik itu? Segalanya terjawab di novel PENULIS MALAM 2."Eeeeiiiuuu.... apa ni??? Nama kita bukan Faiz, okey!! Nama kita sekarang ni, Faizah Azimah. Kau ada?"-Faiz Azzudin"Akak mana tak menangis kalau adiknya tiada biarpun tidaklah rapat hubungan."-Aisyah Maisarah"Apa yang kau cakap ni? Kita memang sepadan. Kalau kau tak nak bercinta dengan aku, pedang aku dah sedia hisap darah kau."-Ayano Hiruka a.k.a. Aina Baroqah, adik Aisyah Maisarah"Dengan ini, beta mengumumkan bahawa beta akan menyerahkan takhta diraja kepada anak sulung beta iaitu kepada Ice Serra bahawasanya beta akan mengundurkan diri dari pemerintahan kota Atlantis. Dan dengan itu, beta mahu pemerintahan ini diatur oleh puteri sulung beta. Harap kalian dapat mengikut perintahnya nanti."-Rozepa a.k.a. Ruzaifah, ibu Aisyah Maisarah"Kalau ayahanda tak ada nanti, Ayano jaga kerajaan kita ya."-Hamashita NatsumeCover by @fq_farz…

Tundukkan Tiga Tuxedo

Tundukkan Tiga Tuxedo

10,352 983 123

Mengisahkan tiga sepupu yang bernama Arif Hakimi (dari novel HIPSTERIA), Emy Zulkifli (dari novel COMING BACK) dan Faiz Azzudin (dari novel PENULIS MALAM) mendapat sepucuk surat dari datuk mereka, Farid Sattar (sayalah tu😎). Mereka diajak untuk melawat vila Farid Sattar yang terletak di Yan, Kedah. Setelah bertemu dan saling memperkenalkan diri masing-masing, tiga sepupu itu bertemu dengan nenek tiri mereka, iaitu Safiyah Zulaikha (dari tiga novel tersebut). Mereka akan dijaga oleh seorang ustazah, Nurul Fadzelin (dari novel USTAZAH KPOP) yang diupah oleh Farid Sattar sepanjang tempoh satu tahun itu.Pada awalnya, Arif Hakimi dan Emy Zulkifli berebut untuk mencintai Nurul Fadzelin. Faiz Azzudin tidak berminat langsung untuk mencintai ustazah tersebut kerana memikirkan tentang Aisyah Maisarah, kekasihnya. Hakikatnya, Nurul Fadzelin lebih banyak luangkan masa dengan Faiz Azzudin.Kehadiran Elizabeth Foxe, tunang Emy Zulkifli datang ke vila tersebut membuatkan Emy Zulkifli menjadi tidak keruan sama ada untuk kekal mencintai cinta lamanya, Elizabeth Foxe ataupun cinta baharunya, Nurul Fadzelin.Adakah cinta antara Emy Zulkifli dan Elizabeth Foxe kekal hingga ke hujungnya? Apakah strategi yang bakal dirancang Faiz Azzudin demi menawan hati Aisyah Maisarah semula? Bolehkah Arif Hakimi mendapat cinta sejatinya di situ? Siapakah pula yang bakal menawan hati Nurul Fadzelin? Mampukah Nurul Fadzelin menundukkan tiga jejaka itu? Jom jatuh cinta dengan mereka dalam novel TUNDUKKAN TIGA TUXEDO👔"Whoa! Rileks! Jangan bergaduh boleh, tak!? Kita duduk dekat sini setahun. Ustazah tu pun duduk sini setahun. Apa kata kita berbaik sikit? Baru kenal dah gaduh. Apa ni?"- Faiz Azzudin"I'm back!"- Elizabeth Foxe"Tak, aku tak nak jadi gengster balik. Sejak aku jumpa dengan ustazah tu, aku macam nak berubah. Terasa titik hitam dalam hati makin membesar. Aku takut... Aku takut, dia tak terima aku lagi lepas apa yang aku dah buat sebelum ni."- Arif Hakimi…

Ustazah Kpop

Ustazah Kpop

15,189 634 43

Kisahnya bermula di sekolah menengah di mana pasangan kembar Syed Hamzah dan Syarifah Izzati menjadi pelajar baharu untuk Nurul Fadzelin, seorang ustazah muda. Perhubungan mereka menjadi intim setelah sesuatu perkara terjadi terhadap Nurul Fadzelin. Tidak selepas itu, Nurul Fadzelin mendapat tawaran untuk melanjutkan pembelajarannya ke sebuah politeknik.Setahun kemudian, Nurul Fadzelin bertemu dengan seorang bekas pelajarnya, Syed Hamzah di kelas yang sama sebagai senior. Hubungan mereka menjadi erat serta-merta sejak pertemuan itu. Syed Hamzah melihat perwatakan Nurul Fadzelin berubah kepada Kpopper berbanding yang dulu. Dalam diam, Syed Hamzah cuba mengubah diri Nurul Fadzelin kepada yang dulu.Berjayakah Syed Hamzah mengembalikan diri Nurul Fadzelin? Mampukah Nurul Fadzelin berubah seperti dahulu semula? Adakah mereka saling mencintai satu sama lain? Apakah yang bakal terjadi pada diri Syed Hamzah di penghujung cerita? Segalanya terjawab di novel USTAZAH KPOP."Musuh takkan berhenti selagi lawannya masih berdiri."-Tengku Iskandar"Ustazah nak kau jadi macam dia juga. Izzati pun nak tengok juga pasangan sepadan nanti."-Syarifah Izzati"Bila saya tak ada nanti, awak masih sayangkan saya ke?"-Aina Farhana"Zai, semua insan tak pernah sempurna. Semua orang dilahirkan untuk membuat kesilapan."-Arif Hakimi a.k.a. Ami"Sahabat,...jaga Lin untuk aku."-Syed Hamzah a.k.a. Zai…

Coming Back: I'm Back!

Coming Back: I'm Back!

2,452 208 44

[DIALOG INGGERIS]Sambungan dari novel COMING BACK: I'LL BE BACK...Novel ini mengisahkan Amy Foxe baru berpindah ke rumah baharu di New York City untuk memulakan hidup baharu... tanpa Elizabeth Foxe, cintanya. Dia menemui kawan baharu, Ali Rashed dan musuh baharu, Sonny Weng dan juga cinta baharu, Susan Winterson di sekolah baharu.Setiap malam, Amy Foxe mencabar para pelumba di situ, berlumba sehinggalah dia menawan bandar raya itu dengan mengalahkan Sonny Weng. Satu ketika, dia menyertai satu pertandingan lumba kereta di bandar itu demi mendapat tiket penerbangan ke Malaysia, tempat asalnya. Amy Foxe terdapat satu pilihan setelah memenangi pertandingan itu; sama ada hendak menerima Elizabeth Foxe atau Susan Winterson sebagai cinta abadi. Tunangan Amy Foxe terletak di tangannya.Setelah bertunang, Amy Foxe kembali ke tanah kelahirannya seorang diri dengan nama sebenarnya, Emy Zulkifli. Namun, segalanya terus berubah dan tidak menentu sebaik sebahagian daripada keluarga Emy Zulkifli tidak menerima kepulangannya.Adakah cinta Emy Zulkifli dan Elizabeth Foxe akan kekal selamanya? Bagaimana Emy Zulkifli membuatkan keluarganya terima kewujudannya itu? Apakah yang telah berlaku terhadap Fadhli Haikal, abang kepada Emy Zulkifli setelah melebihi 10 tahun berpisah? Segala jawapan ada dalam novel COMING BACK: I'M BACK!"I don't want to take sides with anyone here! So, let us go! Or you wanna eat my dust?"-Emy Zulkifli"I wanna race against you in city race soon. The winner would get Amy."-Elizabeth Foxe"We need to beat her. She is Drift King here."-Sonny Weng"Dah tahu hukum Islam? Ibu tak nak orang kampung kata, bini orang putih tapi tak tahu Islam. Ibu tak nak macam tu."-Zainab, ibu Emy Zulkifli"Minta maaf, Zul! Abang gagal selamatkan Zul waktu tu!"-Fadhli Haikal…

Hipsteria 2

Hipsteria 2

911 197 26

Sambungan dari novel HIPSTERIA...Kali ini, Ami akan berangkat pulang ke tempat kelahirannya setelah berjaya menumpaskan sindiket ahli kongsi gelap di Kuala Lumpur. Dia bakal menempuhi cabaran di Shah Alam bersama Ayda Jebat untuk menyelesaikan kes pembunuhan ibu mereka dan membersihkan nama Ami dari senaraihitam. Dalam penyiasatan, Ami dilamun cinta dengan gadis 7Eleven, Safiyah Zulaikha (dari novel PENULIS MALAM). Caprice menuduh Ayda Jebat tentang penculikan temannya, Mimifly.Caprice yang salah faham tentang kehilangan temannya itu, mula berganding bahu dengan Ami dan Ayda Jebat sebaik Shah Alam menjadi kucar-kacir. Mereka menubuhkan satu pasukan yang dipanggil, UK atau namanya, Unit Keamanan. Mereka menempuh pelbagai musuh yang lebih ganas dan kejam sekitar Shah Alam sampailah bertemu dengan dalang segala kekacauan itu. Namun, dalam diam, Ami mendapat tahu tentang sejarah silamnya. Satu demi satu rahsia sejarahnya dibongkar sendiri.Benarkah Ayda Jebat kakak kepada Ami? Adakah AC Mizal yang pernah dilanggar tren satu ketika dahulu, muncul sebagai raksasa semula? Siapakah dalang di sebalik kekacauan bandar Shah Alam itu? Berjayakah Ami membersihkan namanya dari senaraihitam? Ikuti kisah selanjutnya di buku ini, HIPSTERIA 2. Bang! Bang!"Sekarang ni, akak nak kau masuk polis macam akak ni!"-Ayda Jebat"AKU TAK BUNUH MAMA KAU TU!!!"-Caprice"Haa... Aku tak tahu langsung pasal mama kau orang ke bonda kau orang ke... Aku nak bagitau awal-awal. Kau orang sepatutnya jangan cari aku! Tapi, cari orang yang upah aku!"-Syamsul Yusof"Musuh takkan berhenti, selagi lawannya masih berdiri."-Ami a.k.a. Arif Hakimi#jangankecamsaya...lagi…

Penulis Malam

Penulis Malam

21,922 2,734 46

Novel ini mengisahkan seorang penulis seram amatur, Faiz Azzudin, lelaki yang mampu buka hijabnya untuk melihat makhluk halus di mana-mana sahaja, telah berpindah ke rumah baharunya. Dia menemui seekor hantu bernama Aisyah Maisarah di rumah itu lalu menjadi kawan baik. Dia sering dipulaukan di sekolah sehinggalah dia mendapat kawan baharu, Safiyah Zulaikha.Satu malam, Faiz Azzudin menemui sebuah manuskrip lama yang belum siap lalu berfikir untuk menyambung menulis manuskrip itu menerusi pengalamannya menghalau hantu dan bantuan Aisyah Maisarah.Hari demi hari, hidup Faiz Azzudin menjadi tidak keruan dengan kemunculan seorang lelaki tua yang tidak dikenalinya. Aisyah Maisarah sedang diburu oleh roh lelaki tua yang jahat yang mahu membunuhnya itu. Faiz Azzudin bertanggungjawab untuk melindungi Aisyah Maisarah dari gangguan roh jahat itu. Pada masa yang sama Farah Natasha menyimpan perasaan terhadap Faiz Azzudin.Siapakah lelaki tua yang ingin membunuh Aisyah Maisarah itu? Apakah punca kematian Aisyah Maisarah? Mampukah Faiz Azzudin melindungi Aisyah Maisarah? Apakah kaitan lelaki tua itu dengan manuskrip yang giat dikembangkan oleh Faiz Azzudin itu? Apakah pula kaitan antara Emy Zulkifli (dari novel COMING BACK) dengan Aisyah Maisarah? Antara Farah Natasha dan Aisyah Maisarah, siapakah yang bakal menawan hati Faiz Azzudin? Segala rahsia bakal terungkai di novel PENULIS MALAM."Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."-Aisyah Maisarah"Betul! Saya jadi kawan awak, eh!?"-Safiyah Zulaikha"Sabarlah, nak! Dia memang macam tu. Shah boleh bezakan angin dia elok ke tak melalui mata dia."-Kamilah, ibu Faiz Azzudin"Jangan datang dekat dengan aku!"-Faiz Azzudin"Sebab... saya pun macam awak. Mata saya... boleh nampak 'benda' tu juga."-Farah Natasha…

Coming Back: I'll be Back!

Coming Back: I'll be Back!

1,889 98 28

[DIALOG INGGERIS]Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki, Emy Zulkifli diculik ke negara asing. Sedar-sedar sahaja, dia berada di Los Angeles, bukannya negara Siam seperti dia sangka. Dia bertemu dengan keluarga Foxe secara tidak sengaja. Mereka sekeluarga mengambil Emy Zulkifli sebagai anak angkat lalu menamakannya sebagai Amy Foxe.Sempena hari kelahirannya ke-18 tahun, Amy Foxe mendapat sebuah kereta baharu sebagai hadiah walaupun kereta tersebut tidak diminatinya. Dia membawa Elizabeth Foxe, adik angkatnya bercuti untuk seminggu manakala ibubapa mereka pergi ke New York City dalam masa dua bulan atas urusan tentang rumah baharu untuk Amy Foxe.Setelah Amy Foxe pulang dari bercuti bersama Elizabeth Foxe, mereka mendapati rumah agam mereka dipecah masuk. Kereta-kereta pula dicuri. Mereka menyangka semuanya angkara Ray Denver, pembuli pasangan Foxe.Selepas kematian Ray Denver, hidup Amy Foxe berubah dengan kehadiran musuh baharu, Nate Denver, abang kepada Ray Denver. Karier Elizabeth Foxe berubah menjadi daripada pelumba jalanan kepada pelumba litar.Mampukah Amy Foxe mengembalikan kereta-kereta yang dicuri itu sebelum kepulangan ibubapa angkatnya dalam masa dua bulan? Dapatkah Amy Foxe menewaskan Nate Denver dalam perlumbaan terakhir dan menawan bandar Los Angeles? Adakah cinta Amy Foxe terhadap Elizabeth Foxe akan kekal di hujung cerita? Nak tahu lebih lanjut? Jom kembara novel COMING BACK: I'LL BE BACK."You know what? Actually,... I love you!"-Elizabeth Foxe"Actually, I'm an undercover cop. And no one know about me,"-Cindy Hawk"See that! He wanna shoot you because he hate you,"-Ray Denver"I don't let my brother dead futile. I would take a revenge on your boy,"-Nate Denver"Don't worry about me! I'll be back, as I said."-Emy Zulkifli a.k.a. Amy Foxe#2-aksi (13 OGOS 2018)…

Hipsteria

Hipsteria

1,386 264 28

Dunia kini dilanda penyakit hipsteria, sejenis penyakit histeria yang menyebabkan seseorang berlagak hipster-di mana para artis hip-hop menjadi ganas pada setiap malam di kawasan terpencil.Novel ini mengisahkan tentang seorang artis jalanan, Arif Hakimi atau nama pendeknya, Ami menjalani kehidupannya sebagai ahli kongsi gelap di bawah pimpinan Joe Flizzow di Kuala Lumpur. Bersama Altimet, sebagai orang kanan dan penasihat Joe Flizzow, mereka menempuh cabaran dari musuh mereka, Salam. Satu demi satu perlawanan ditempuhi bagi menawan tempat jajahan sampaikan Kru Joe Flizzow berjaya menawan hampir seluruh tempat di ibu kota.Namun, Salam mengugut Ami untuk menyertainya dengan menculik teman wanita Ami, Fathia Latif. Fiquetional telah membelot Kru Joe Flizzow dan menyertai Geng Salam. Ami terpaksa membuat pilihan antara sahabat atau cinta.Dapatkah Ami berbaik semula dengan Kru Joe Flizzow setelah apa yang dilakukannya? Berjayakah Ami menyelamatkan Fathia Latif dari ancaman bahaya Geng Salam? Dapatkah Ami menewaskan Salam? Ikuti kisah aksi ganas yang mendebarkan di novel HIPSTERIA.😎"Dia ni... adik aku, Arif Hakimi namanya" -Inspektor Ayda Jebat"Whoa! Kau jangan nak curang dengan awek kau! Awek kau dah cukup 'caring' dan setia dengan kau tahu, tak?"-Altimet"Habis tu, saya ni siapa bagi awak?"-Fathia Latif"Kau nak aku lawan dengan kau? Satu lawan satu di sini? Tolonglah!? Kau tu berseorangan sekarang,"-Salam"Hanya pengecut saja yang tembak belakang daripada tikam belakang,"-Arif Hakimi a.k.a. Ami#jangankecamsaya🙏…

Ritma Atas Puisi (RAP): Bahagian II

Ritma Atas Puisi (RAP): Bahagian II

1,923 86 136

Hanya ritma atas puisi hasil karya sendiri.Boleh kongsikan karya anda ke dalam RAP: Bahagian IISelamat berkarya dan selamat membaca ^^Mula: 16 Mac 2021Tamat: ???…

Ritma Atas Puisi (RAP)

Ritma Atas Puisi (RAP)

40,583 1,373 200

Hanya ritma atas puisi dan lirik rap sendiri.Ada ritma tapi tiada makna.Ada makna tapi tiada ritma.Selamat membaca.Mula: 14 MEI 2018Tamat: 10 MAC 2021Cover by: @cikqueenoftypo_…

Muzium Karakterku

Muzium Karakterku

1,135 117 22

Buku ni hanyalah dokumentari tentang idea bagaimana saya mencipta sesuatu watak yang direka. Tidak salah berkongsi ilmu kan?Saya selitkan satu kisah di setiap watak sebelum mereka beralih ke novel besar.[AMARAN: SPOILER ALERT!!!]…