Duda Pujaan Hati
Ⓢⓛⓞⓦ Ⓤⓟⓓⓐⓣⓔ[ ᴄɪɴᴛᴀ + ᴋᴏɴꜰʟɪᴋ + ᴋᴇʟᴜᴀʀɢᴀ ]Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Puteri Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Puteri Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan yang merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya." Macam ni Hani janji Hani tak kan kacau along. Hani tak kan kacau hidup along. Hani tak kan susahkan along. Hani tak kan mintak apa-apa dari along, cuma satu je Hani mintak tolong kahwin dengan Hani please " - Puteri Yuhanis"Eh, awak ni perempuan macam apa? Tak malu ke merayu dekat lelaki yang tak inginkan awak? Ni nama dia perigi mencari timba! Saya tengok awak pun dah tak lalu, inikan pula saya nak kahwin dengan awak..." - Saiful MizanPada mulanya Saiful Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak mahu menjadi pak turut. Saiful Mizan juga masih trauma dengan perceraiannya dua tahun lalu.Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara.Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Puteri Yuhanis gara-gara sifat Puteri Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Puteri Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukah Saiful Mizan mempertahankan Puteri Yuhanis sebagai isterinya?…