Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
[Completed]Short Story✨📌Recommended untuk orang yang sendu + single macam korang huehuehueAeden Hakkan. Dikenali sebagai pakcik askar mulut puaka. Gelaran yang si Esra berikan kepadanya. Semua yang keluar daripada mulutnya sentap ke lubang hidung. Sebeku-beku Kapten Aeden, Esra Feriha satu-satunya gadis yang mampu melembutkan hatinya. Walaupun dua-dua masuk air. Dan end up bergaduh. Namun masing-masing saling melengkapi. Esra Feriha. Gadis bermulut lancang. Perangai usah dikata, ranggi. Tiada erti kata cinta dalam kamus hidupnya. Status hubungannya dengan Abang Ayman hanyalah sekadar mencuba nasib. Entah mengapa orang lain bahagia bercinta, namun padanya rasa biasa sahaja. Duo ini bertemu. Dan boom!Bermulalah kisah percintaan mereka. Erk-- Tidaklah semanis kisah cinta orang lain, hanyalah semanis author asyaash. Eh---Untuk selanjutnya boleh baca ya story ni❤️…
TAD series 3(Ready File)Tuan Anrique Danial. Dengar saja nama ini pasti semua kenal budak kecik mulut pedas dulu kala kan? Hm, sampai ke besar mulutnya begitu. Malah, lebih teruk. Selepas kematian arwah isterinya Nurliya, dia menutup pintu hatinya untuk bercinta lagi. Kehilangan isteri tercinta membuatkannya tidak mahu lagi membuka hati kepada mana-mana gadis. Baginya, tiada siapa yang mampu gantikan tempat arwah Nurliya.Maka, dia tekad membesarkan anak mereka sendirian. Tanpa kasih sayang seorang isteri. Dan anak itu membesar tanpa seorang ibu. Sehingga satu hari dia bertemu seseorang yang familiar baginya. Cuma dia tidak ingat sepenuhnya tentang gadis itu."Kita pernah kenal ke?" "T-tak!" Nurin. Gadis polos yang berusia 17 tahun. Sebaya dengan adik bongsu Anrique, Arash. Sejak Arash menginjak ke tahun akhir dalam persekolahan, Ayeena meminta bantuan Anrique untuk mengambil dan menghantar Arash ke sekolah. Dari situlah bermula detik perkenalan antara Anrique dan Nurin. "Oit, Nurin! Kau syok dekat abang aku eh?" "M-mana ada."Semakin hari, mereka asyik bertembung tanpa diduga. Entah suratan atau kebetulan. Sikap aneh Nurin membuatkan Anrique tertanya-tanya. Gadis itu bagai menyimpan seribu satu rahsia. Sehingga satu kejadian berlaku yang pasti bukan tangkap basah macam lagi dua ekor tu. Akibat daripada kejadian itu Anrique mengambil keputusan untuk memperisterikan Nurin. Satu per satu misteri dirungkaikan. Rahsia bahawa selama ini Nurin adalah----Saksikan sendiri. Ciao.Start : 25/7/2022End : -…
[Ebook & Novel Selfpub]Rayssa Nawra. Seorang gadis berumur 20 tahun yang lemah lembut mempunyai dua orang abang yang possesive. Memiliki muka kacukan Korean-Malaysia.Thariq Aldrich Edward. He's one of Edward's. Seorang ketua mafia Rusia berumur 27 tahun. Mempunyai mix Rusia-Malaysia. Percaya atau tak sememangnya ketua mafia ini tidak pernah membunuh. Weirdo!Pertemuan mereka bukanlah seindah yang disangka.Tetapi pertemuan mereka tidak pernah dijangka oleh benak fikiran. Nawwaf dan Nawfal. Si kembar handal. Sungguh terkenal. Sahabat karib dan juga teammate kepada Thariq."Wait! Korang tak pernah cakap pun yang korang ada adik perempuan?!"Eh, tunggu tunggu tunggu. Ya, si kembar adalah abang-abang possesive kepada Rayssa Nawra. Selama 15 tahun persahabatan mereka, Thariq langsung tidak mengenali adik mereka, Nawra.Pertemuan pertama mereka membuatkan Thariq tertarik. Seperti ada medan magnet pada Nawra. Membuatkannya menjadi satu persoalan.Tetapi semuanya berakhir apabila si kumbang ingin melindungi dan terpaksa mengakhiri hubungan mereka tanpa penjelasan sedangkan si bunga tidak mengetahui apa-apa. Kumbangnya hilang tanpa khabar. Semuanya berubah dalam sekelip mata.Selepas 2 tahun, mereka bersua kembali. Namun Thariq nampaknya tidak tertarik lagi."Let's get married"Rayssa Nawra yang mengoffernya."Kau pasti ke nak kahwin dengan aku?""Tersangatlah pasti.""Fine! Kau jangan menyesal bila masuk dunia aku! Sekali kau masuk jangan harap aku akan lepaskan kau."Terselit satu niat di sebalik perkahwinan tersebut. Balas dendam? Mencari kebenaran? "Promise me abang that you will always trust me.""InsyaAllah sayang."Namun ada satu rahsia yang disimpan oleh Nawra. The Queeny. Nama yang sering didengari sejak kebelakangan ini. Dapatkah mereka pertahankan mahligai yang dibina? Kukuhkah kepercayaan antara satu sama lain?Start : 25/10/2021End : 6/1/2022…
TAD series 1[Completed]📌Amaran story ini cringe ya, memandang this is my very first storyAyeena Danisha. Seorang gadis berumur 19 tahun. Seorang pelajar yang cemerlang di kolejnya. Memang famous habis la budak ni. Sebab rupa parasnya yang cantik, bulu mata lentik, kulit putih kemerah-merahan, mata berwarna hitam likat dan hidung mancung. Dia seorang yang ceria dan peramah.Aayyan Danish. Seorang jejaka tampan yang mempunyai sepasang mata greyish green, rambut light brown dan hidung mancung. Nama lebih kurang tapi perangai macam langit dan bumi. Satu je sama. Ego. Aayyan bekerja sebagai lecturer sementara selama setahun setengah. Atas sebab perjanjiannya dengan ayahnya. Kemudian dia akan mengambil alih syarikat ayahnya dan menjadi CEO. Typical drama melayu anak orang kaya jadi CEO.Ikatan pertunangan terjalin atas dasar cinta. Namun ada suatu tragedi yang menyebabkan mereka jadi renggang. Kepercayaan hilang dengan mudah hingga timbul rasa benci antara satu sama lain. Selepas 2 tahun berpisah, kini bersua kembali."K-kalau ikutkan hati memang tak nak! Tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana, nak ja la!" "Sekali lagi aku tanya nak kahwin dengan aku ke tak?" "Ish ya laa nak. Haa nak kawin. Jom kawin!" Untuk menjaga maruah keluarga, Ayeena terpaksa menerima Aayyan dalam hidupnya sebagai suami. Sudahlah lelaki ni paling dia anti. Dan sekarang jadi suami pulak. Bala! "Mummy!" "La pulak anak sapa pulak ni?! ""Anak kita.""Hah?!"Dapat anak express. Mantap hang Ayeena!"Ye sayang mummy!""Anrique sayang, tunggu mummy!""Mummy sentiasa ada untuk Anrique.""Mummy sayang Anrique."Aayyan tersentuh melihat layanan Ayeena terhadap anaknya, Anrique Danial.Sedang diulit kebahagian, tiba masanya badai melanda. Macam-macam dugaan yang melanda. Dapatkah mereka bertiga bahagia macam keluarga normal di luar sana?Siapakah Ariana Humayra?Siapa pula Aiman Haqir ?Start : 15/8/2021End : 22/10/2021…
TAD series 2[Completed]Tuan Aryan Darmish anak ketiga kepada Ayeena Danisha dan Tuan Aayyan Danish. Muka sebijik muka bapaknya. Penat mak lahir bapak yang dapat lebih. Akibat satu peristiwa tak terduga, Aryan ditemukan semula dengan Natalya Rozella melalui takdir mereka. Natalya seorang gadis yang cantik paras rupa serta akhlaknya. Gadis yang pernah menjadikannya sebagai crush.Gadis polos itu telah diperangkap oleh sahabat karibnya sendiri, Elianna Saffya. Semuanya kerana dengki.Namun, plannya gagal dengan munculnya seketul hero salah alamat iaitu Aryan Darmish, kekasih hatinya sendiri.Aryan yang tidak mengetahui perkara sebenar itu, menuduh Natalya yang memerangkapnya sehingga mereka berdua ditangkap khalwat. Anak bapak sungguh, bapak kau dua kali kena cekup! "Kau sengaja nak perangkap aku kan?!" "Saya kenal awak pun tak, dah kenapa saya nak perangkap awak! Fikir la sikit. Muka hensem otak senget tak guna juga." Ada sahaja jawapan daripada mulut Natalya. Muka baik tapi mulut tu perghh pedas menyentap jiwa raga.Oleh kerana ingin menutup malu keluarga, mereka dikahwinkan. Aryan tampak sahaja macam tidak suka. Tapi jauh di sudut hatinya, dialah manusia paling gembira."Ingat eh! Aku tak benarkan kau sentuh aku paham?!" "Eleh, awak ingat saya hengen sangat nak sentuh awak ke hah? Euwww. Awak pun jangan sentuh saya.""Tak, abang tarik balik kata-kata tu. Sentuhlah abang. Tugas bini kena jadi bantal peluk bila tidur."Baru sahaja hubungan mereka mahu membentuk, ada pula malaun jibake datang kacau. Semak samun betul."Stay with me no matter what, sayang!""Saya akan pergi kalau itu yang abang nak." Kata-kata cinta diungkapkan di saat mereka menempuh dugaan rumah tangga. Dapatkah rumah tangga mereka bertahan? Adakah mereka akan tetap bersama?Start : 24/12/2021End : 22/5/2022…